Erik Ten Hag Tampil Pertahankan Antony Yang Dikritik Hebat

Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag telah tampil menjalankan tugasanya dengan mempertahankan pemain sayap, Antony yang dikritik hebat seperti tidak berguna seduit pun.

Rio Ferdinand, Gary Neville, Gabriel Agbonlahor dan Darrent Bent tampil mengkritik dengan menggunakan ayat-ayat yang sangat kejam namun maksudnya sama, Antony terlalu berlebihan mempamerkan skil yang tiada hasil.

Bunga je lebih,tapi tiada seorang pun pemain lawan yang berjaya dilepasi dan tugasnya sebagai pengumpan bola ke dalam kawasan lawan tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

Mereka semua mempersoalkan adakah sumbangan Antony yang membuatkan Erik Ten Hag sangat terdesak untuk mendapatkannya pada musim lalu cukup untuk membantu Manchester United?

Namun Erik Ten Hag tampil menepis semua kritikan itu dengan kepala bercahayanya dalam sidang media menjelang perlawanan separuh akhir pertama Carabao Cup bertemu Nottingham Forest.

“Dia boleh lakukan yang lebih baik, saya melihat ruang untuk penambahbaikan. Sebagai contoh dan saya fikir anda juga tahu perkara ini, kami mahu di lebih direct dan terlibat dalam permainan.”

“Tetapi seperti yang saya katakan, pasukan akan mempamerkan prestasi yang lebih bagus jika dia berada di atas padang.”

“Itu adalah perkara yang bagus, itu asas yang baik untuk dibina lebih jauh. Saya rasa dia sudah membuat peningkatan.”

Dalam mempertahankan Antony, Erik Ten Hag bersetuju dengan kritikan dari Rio Ferdinand dan Gary Neville itu yang mahu Antony lebih direct dalam perlawanan tanpa perlu berbunga-bunga dan skil bodo tak melepasi lawan pun.

“Dalam tiga perlawanan pertama [Liga Perdana], dia menjaringkan tiga gol. Sekarang dia menjaringkan gol menentang Everton [dalam Piala FA], dia menjaringkan gol menentang Charlton [dalam Piala Carabao], begitu juga fakta itu, dia mempunyai impak.”

“Tetapi saya fikir dengan keupayaannya, dengan bakatnya, dia boleh melakukan lebih banyak lagi. Tetapi seperti yang saya katakan, saya fikir dia telah membuat sumbangan [baik] dalam pasukan.”

Erik Ten Hag menyatakan Antony memberi impak dalam permainan namun dia tetap mahukan lebih lagi sebagaimana peminat yang pastinya akan melihat kepada tanda harganya yang pastinya nampak seperti tidak setimpal.

Neville berkata dia mahu melihat lebih banyak daripada Antony selepas dia digantikan oleh Fred pada minit ke-71 di Stadium Emirates ketika United ditewaskan oleh pendahulu liga, Arsenal. Bercakap di The Gary Neville Podcast, Neville berkata:

“Saya harap mereka mempunyai kualiti yang lebih baik di hadapan dalam sepertiga terakhir. Jelas sekali Sancho tidak berada di luar sana dan anda menjangkakan bahawa Manchester United akan mempunyai pilihan yang lebih baik dari bangku simpanan, tetapi mereka tidak melakukannya pada masa ini.”

“Saya mahu melihat sedikit lagi daripada Antony, sejujurnya dengan awak. £90 juta untuk menandatanganinya.”

“Saya rasa terpaksa mengeluarkannya adalah mengecewakan kerana anda ingin berfikir bahawa seperti Martinelli dan Saka, yang juga pemain muda, Rashford dan Antony mungkin menjadi pihak lain yang boleh melakukan serangan balas untuk United.”

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand juga telah menyatakan kebimbangan terhadap Antony dan senada dengan Gary Neville apabila mendakwa Antony tidak ‘menewaskan sesiapa’.

“Dia tidak menewaskan sesiapa dan saya duduk di sana berfikir, ‘Adakah itu selalu begitu? Saya telah melihat klip dia ketika dia di Ajax dan dia adalah seseorang yang pernah mengalahkan pemain lawan.”

“Saya melihat Thomas Partey, yang saya tidak akan meletakkannya sebagai pelari pecut, telah berjaya melepasinya, dan saya berfikir, ‘Wah, dia (Antony) tidak mempunyai banyak kuasa di kakinya!”

“Dia seorang pemain sayap yang licik, tetapi dengan pemain sayap yang licik anda mahu mereka sebolehnya menewaskan pemain pertahanan.”

BACA:  Ten Hag: "Newcastle Pasukan Menjengkelkan, Kami Juga Bergantung Kepada Pengadil"