Erik Ten Hag Tidak Boleh Terima Perangai Kurang Ajar Ronaldo Balik Awal

Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag telah menyatakan bahawa dia tidak boleh menerima dan sikap kurang ajar Cristiano Ronaldo yang pulang awal ketika perlawanan masih lagi berlangsung.

Cristiano Ronaldo membuat kemunculan pertama di pra musim ketika Manchester United seri 1-1 menentang Rayo Vellacano selepas menyambung cuti atas alasan peribadi.

Kerana Ronaldo buat perangai, spekulasi mengenai masa depan pemenang Ballon d’Or sebanyak 5 kali itu kembali menjadi bualan.

Selepas beraksi 45 minit, Ronaldo dikeluarkan pada separuh masa kedua dan digantikan oleh Amad Dialo.

Ketika perlawanan masih lagi berlangsung, Ronaldo telah mencipta geruh bersama penyokong Man United di mana dia dilihat keluar stadium awal ditambah pula dengan segala kisahnya yang ingin berpindah daripada kelab Syaitan Merah tersebut.

Menerusi gambar yang tersebar di laman media sosial, Ronaldo dilihat berada di perkarangan stadium sambil memakai baju sejuk dan menggalas beg sambil berjalan menuju ke ruang parkir, menandakan bahawa dia mahu pulang.

Turut ada bersamanya ketika itu adalah rakan senegara, Diogo Dalot yang tidak berada dalam senarai pemain pada hari perlawanan.

Manchester United enggan mengulas sama ada hajat pemain diva ini untuk berpindah kelab sudah direstu, namun itu tidak menutup kepada pintu-pintu fitnah ke atas pemenang Ballon d’Or lima kali ini.

Ada peminat menyatakan bahawa Ronaldo diberikan pelepasan khas bersama sama pemain di coporate box bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Ada juga yang menyatakan bahawa, Ronaldo dan Dalot balik awal atas arahan Ten Hag untuk conditioning – proses pemulihan badan selepas perlawanan.

Namun akhirnya Erik Ten Hag yang berkepala licin itu telah membuka mulut dan menutup pendapat peminat kenapa pemain ini pulang awal.

Pengendali dari Belanda itu dengan tegas menyatakan apa yang dilakukan oleh Cristiano Ronaldo itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Malah Erik Ten Hag sendiri terkejut melihat gambar Cristiano Ronaldo berada di luar yang tersebar di media sosial ketika perlawanan masih lagi berlangsung.

Ten Hag memberitahu media Belanda AD dan Viaplay:

“Saya pastinya tidak membenarkan perkara ini. Ini tidak boleh diterima. Untuk semua orang. Kami adalah satu pasukan dan anda perlu kekal sehingga tamat.”

Pengurus itu tidak menamakan Cristiano Ronaldo atau Diogo Dalot secara khusus dalam kenyataannya. Jelas sekali kenyataannya adalah untuk kesemua pemain yang balik awal meninggalkan pasukan pada hari itu.

Ini termasuk pemain yang berada di kotak koporat orang kaya seperti David De Gea, Bruno Fernandes dan Martial yang juga dikatakan balik awal.

Erik Ten Hag sebelum ini sudah menyatakan bahawa beliau tak akan memanjakan mana mana pemain termasuk superstar.

Sudah beberapa tahun lamanya, Manchester United berdepan dengan masalah kuasa pemain yang terlalu tinggi dan membuatkan pengurus menjadi sukar mengawal bilik persalinan.


Erik Ten Hag memberikan bayangan bahawa Cristiano Ronaldo kemungkinan besar tidak akan bermula sebagai kesbelasan utama dalam aksi pertama EPL mereka pada hujung minggu ini.

Hal ini kerana Ten Hag menegaskan bahawa pemain itu tak cukup bersedia dan tidak berada di tahap yang dia tetapkan. Semuanya gara gara Ronaldo terlepas banyak perlawanan dan latihan pra musim sebelum ini.

Erik ten Hag mengakui Cristiano Ronaldo tidak berada di tahap rakan-rakan skuad Manchester United yang lain dalam aspek kecergasan perlawanan.

Ten Hag dikenali dengan sikapnya yang meletakkan standard yang tinggi dalam skuad Manchester United yang ada sekarang. Dia sentiasa menuntut pemainnya untuk konsisten dalam melakukan pressing.

Selain itu Ten Hag turut mengenakan beberapa peraturan ketat dalam kem United termasuk melarang pemain melantik cef peribadi untuk pemakanan mereka.

Ten Hag telah memberitahu bahawa ketidakhadiran Ronaldo sepanjang pramusim mungkin menjadi isu utama kepada isu kecergasan pemain itu. Ten Hag memberitahu bahawa solusinya kini adalah, Ronaldo perlu menggandakan latihannya dan juga mendapatkan semula minit perlawanan.

Minit perlawanan ini mungkin akan diberikan daripada bangku simpanan. Isu berkaitan Ronaldo pasti akan terus menjadi perhatian media apabila musim membuka tirainya secara rasmi.

BACA:  Ronaldo Rancang Kekal Bersama Real Madrid, Mahu Bermain Sehingga Umur 41