Erik Ten Hag Tidak Dapat Terima Hakikat Akan Kegagalan Pasukannya Jaring Gol

Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag tidak dapat menerima hakikat akan kegagalan pemain pasukannya untuk menjaringkan gol ketika Setan Merah tewas 1-0 kepada Atletico Madrid.

Perubahan drastik dapat dilihat dilakukan oleh Erik Ten Hag sepanjang jelajah pramusim ini yang mahukan pemain bermain mengikut falsafah bola sepak yang dipegangnya.

Gol lewat dari Joao Felix mengesahkan kemenangan 1-0 untuk anak buah Diego Simeone dan selepas tamat perlawanan, bekas bos Ajax, Ten Hag memberikan maklum balas jujurnya seperti biasa.

Bagi pengurus dari Belanda itu bermain cantik dan mencipta peluang tidak akan bermakna kerana keputasan akhir adalah yang dimahukan.

“Akhirnya ia mengenai keputusan dan jaringan itu tidak baik,” katanya kepada MUTV.

“Anda perlu mengambil manfaat jika anda mencipta peluang. Saya fikir kami mencipta banyak peluang, untuk menghasilkan sekurang-kurangnya satu gol – ketika itu, saya tidak berpuas hati. Saya telah memberitahu pasukan ia tidak boleh diterima.”

Dia menambah:

“Juga dari set-play kami mempunyai peluang besar daripada Harry Maguire, jadi kami mempunyai cukup peluang untuk memenangi perlawanan dan itu sentiasa menjadi matlamat kami.”

Erik Ten Hag bersikap positif tentang aspek tertentu dalam permainan, tetapi dia terus mengkritik kegagalan pemainnya di hadapan gawang.

“Ia adalah satu latihan yang sukar tetapi kami menyumbang dengan sangat baik dan persembahan untuk pasukan sangat bagus,.” katanya.

“Sudah tentu, kami belajar sesuatu tetapi akhirnya ia mengenai keputusan dan jaringan itu tidak baik.”

Dalam berita yang lebih positif, Christian Eriksen membuat penampilan pertamanya menyarung jersi United semasa perlawanan dan dia mempamerkan aksi mengagumkan selepas dimasukkan pada minit ke-69 menggantikan Anthony Martial.

Dia kelihatan sangat hidup sepanjang berada di atas padang. Malah, dia dengan mudah hampir mencipta dua bantuan gol pada penampilan sulung tidak rasminya.

Ten Hag tahu betapa pentingnya bekas pemain tengah Inter Milan dan Spurs itu dalam beberapa bulan akan datang.

“Kami tahu apa yang dia mampu lakukan,” katanya lagi.

“Dan saya fikir dengan pemain penyerang kami, dia mampu memberikan mereka peluang yang tepat pada saat yang tepat tetapi kemudian ia mengenai penyudah.”

Dalam jelajah pra musim ini, Erik Ten Hag sentiasa jujur dan tidak berselindung ketika berbicara mengenai perlawanan dan pemainnya selepas tamat untuk terus diperbaiki.

Selepas perlawanan pertamanya sebagai pengurus United – kemenangan 4-0 ke atas Liverpool – pengurus Belanda itu mengakui melihat “banyak kesilapan” sepanjang perlawanan dan memberi amaran kepada pemainnya supaya tidak memandang tinggi keputusan itu.

Ten Hag terus memberikan maklum balas yang membina kepada pemainnya dalam temu bual selepas kemenangan menentang Crystal Palace dan Melbourne Victory.

Dan dia terus mengkritik prestasi separuh masa kedua mereka berikutan keputusan seri 2-2 Aston Villa.

“Pada separuh masa pertama, saya melihat bola sepak yang sangat bagus, benar-benar mengawal dan menguasai permainan tetapi kami perlu belajar daripada apa yang berlaku pada separuh masa kedua.”

“Tidak mungkin mendahului 2-0 dan kemudian membuang kelebihan itu pergi begitu saja.”

“Itulah yang baru saya katakan di bilik persalinan: penurunan fokus tidak boleh diterima tetapi untuk musim ini saya gembira kerana sekarang saya boleh memberitahu mereka ia tidak boleh berlaku.”

“Kami perlu keluar dari bilik persalinan dan kembali ke rancangan asal dan fokus dan kembali kepada prestasi dan itulah yang kami tidak lakukan.”

Penambaikan sentiasa dilakukan oleh Ten Hag sepanjang jelajah pra musim dan akan dibuktikan pada minggu hadapan apabila musim baru bermula.

Atletico Madrid 1-0 Manchester United

Pasukan yang sebelum ini tampak berkeyakinan tinggi, Manchester United, ditunjukkan cara-cara bermain bola sepak di peringkat elit yang sebenar oleh jaguh La Liga, Atletico Madrid.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Ullevaal Satdion, Oslo, Norway itu, United turun dengan barisan terkuat mereka dengan David De Gea sebagai penjaga gawang.

Barisan pertahan dilengkapkan oleh empat anak muda – Diogo Dalot di sebelah kanan, Tyrell Malacia di sebelah kiri serta gandingan legenda Harry Maguire dan Victor Lindelof di bahagian tengah.

Sudah empat pengurus bertukar, Scott McTominay dan Fred masih lagi menjadi pilihan untuk menjadi pelindung kepada pertahanan dan juga pencetus di bahagian serangan.

Anthony Elanga diletakkan di bahagian serangan kanan, dengan Marcus Rashford bermain di posisi penyerang kiri, mengapit Bruno Fernandes sebagai pemain perancang serangan.

Anthony Martial bermain selaku penyerang tunggal perlawanan dan dia turun dengan semangat yang berkobar-kobar selepas menjadi penjaring terbanyak pasukan dalam jelajah pra musim.

Atletico Madrid yang dikendalikan oleh Diego Simeone pula turun dengan formasi yang lebihi ringkas dengan 4-4-2.

Jan Oblak bermain selaku penjaga gol, sambil dibantu oleh Reinildo Mandava selaku bek kiri, dan Nahuel Molina di bahagian pertahanan kanan. Stefan Savic dan Jose Maria Gimenez pula digandingkan di bahagian pertahanan tengah.

Simeone meletakkan pemain bukan pilihan utama di bahagian tengah dengan Yannick Carrasco, Thomas Lemar, Marcos Llorente dan Geoffry Kondogbia memberi perlingungan kepada pertahanan pasukan.

Matheus Cunha dan Angel Correa pula diletakkan selaku pemain penyerang pasukan.

Sepanjang separuh masa pertama, Atletico bermain secara tradisinya iaitu bertahan dengan cukup rendah di bawah dan sekali sekala melancarkan serangan balas.

Bruno Fernandes dilihat agak tergopoh gapah dan tidak tentu hala hantarannya dalam mencari Martial, Rashford dan juga Elanga.

Tidak banyak yang dapat dilakukan oleh United sepanjang separuh masa pertama di mana mereka sekadar melakukan cubaan dari luar kotak penalti dan jika ada hantaran cantik ke dalam kotak penalti pun, penyerang mereka gagal untuk menyambut baik bola tersebut.

Pada hujung separuh masa pertama, gerakan build up yang cantik daripada United, diakhiri dengan satu sepakan yang lemah daripada Elanga di dalam kotak penalti dan dengan mudah ditangkap olehn Oblak.

Pada separuh masa kedua, Atletico Madrid melakukan pertukaran besar-besaran di mana sembilan pemain dimasukkan.

Rodrigo De Paul masuk menggantikan Yannick Carasso, Alvaro Morata menggantikan Matheus Cunha, Axel Witsel dan Koke masing-masing menggantikan Angel Correa dan Thomas Lemar.

Bekas pemain Barcelona, Antoine Griezmann pula dimasukkan menggantikan Stefan Savic manakala pemain yang beraksi di Chelsea secara pinjaman pada musim lalu, Saul Niguez menggantikan Jose Maria Gimenez.

Nahuel Molina dikeluarkan untuk memberi laluan kepada pemain termahal kelab, Joao Feliz dan Sergio Diez Roldan pula mengambil tempat Geoffrey Kondogbia.

Melengkapkan pertukaran ini adalah Daniel Wass yang masuk buat Marcos Llorente.

Pasukan lawan, Manchester United, hanya mula melakukan pertukaran pada minit ke-69 di mana pemain baru, Christien Eriksen masuk menggantikan Anthony Martial manakala pemain yang tidak pernah mendapat tempat di hati pengurus sebelum ini, Donny Van De Beek dimasukkan menggantikan Scott McTominay.

Selepas kedua-dua pemain ini dimasukkan, baru lah United dilihat mendapat rentak dan mula melakukan ancaman serius kepada pasukan lawan.

Pada suatu ketika, hantaran lintang Eriksen ke dalam kotak penalti Atleti sepatutnya sudah mampu untuk memberikan gol pertama perlawanan namun Rashford yang berada di dalam kotak penalti gagal membaca hantaran tersebut.

Bosan dengan Elanga yang tak pandai main bola, Erik Ten Hag bertindak memasukkan pemain muda, Facundo Pellistri.

Pada sepuluh minit terakhir, rentak serangan United semakin baik dan Pellistri dapat melakukan satu hantaran leret tepat ke arah Rashford yang berlari ke arah kotak penalti Atletico Madrid.

Sebaik mendapat bola, Rashford mengawal dengan begitu baik sebelum melepaskan rembatan ke arah gol, namun rembatan tersebut terkena kaki Witsel dan bola kemudiannya melantun kepada Peliistri yang melakukan larian susulan.

Sebaik bola sampai, Pellistri tanpa fikir panjang cuba melepaskan satu rembatan deras ke arah gol dalam kotak penalti, namun mungkin nervousnya tebal, rembatan tersebut sekadar kelepek terkena badan Wass.

Bruno yang berada di sebelah kirinya pula mula membuat muka kecewa kerana bola tidak dilorongkan kepadanya meskipun dia tidak dikawal.

Pada mint ke-85, menerusi satu serangan balas yang biasa, Atletico Madrid berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Morata yang mendapat bola di attacking third, telah melorongkan bola kepada Felix di sebelah kirinya. Felix kemudiannya buat acah-acah nak berlai sikit, lantas melepaskan rembatan leret menipu Dalot yang sudah membuat terjahan di depannya.

Bola bergolek laju ke sebelah kanan dan masuk ke dalam gol sambil hanya dapat dilihat oleh David De Gea.

Pada hujung perlawanan, pemain wonderkid, Fred, telah dilayangkan kad kuning kedua, sekaligus muncul pemain kedua United dilayangkan kad merah dalam kempen pra musim pada tahun ini.

Tidak lama kemudian, pengadil meniup wisel penamat.

Perlawanan ini menunjukkan bahawa ada sebab kenapa Atletico Madrid bermain di UCL, dan United bermain di Europa.

Manakala penjaring terbanyak musim lalu, Cristiano Ronaldo pula pasti tersenyum sinis melihat keputusan perlawanan.

Sempena jaringan tunggal Felix dalam perlawanan ini, admin belanja lagu yang pernah dinyanyikan pemain ini dalam pentas akhir Akademi Fantasia musim ketiga suatu ketika dahulu.

BACA:  Eriksen Tak Hingin Bermain Untuk Setan Merah, Lebih Rela Pilih Brentford