Eriksen Pulang Bertongkat Selepas Digunting Andy Carroll

Cristian Eriksen meninggalkan Old Trafford dan pulang ke rumah dengan bertongkan selepas diterjah keras, digunting oleh Andy Carroll dalam perlawanan pusingan ke-4 Piala FA menentang Reading.

Pemain tengah Denmark itu memulakan permainan di Old Trafford itu namun terpaksa digantikan pada minit ke-57 selepas menerima terjahan keras dari pemain penyerang Reading Andy Carroll.

Ketika menerima bola di bulatan tengah bekas pemain tengah Tottehnham Hotspur dan Inter Milan cuba berpusing lalu Andy Carroll datang dari belakangnya dan terus menggungting kaki Eriksen.

Walaupun terjahan itu jelas kelihatan sangat keras, pengadil perlawanan, Darren England tidak menganggapnya cukup jahat untuk memberikan kad kuning kepada penyerang itu.

Andy Carroll walaubagaimanapun telah dilayangkan kad kuning dua kali dan dibuang padang kemudian dalam permainan kerana terjahan ke atas Tyrell Malacia dan Casemiro.

Sudah pasti situasi ini membimbangkan Erik Ten Hag di mana perlawanan agak padat perlu dilalui jika Cristian Eriksen yang menjadi nadi pasukan terpaksa berehat panjang.

Manchester United masih lagi bersaing di semua kejohanan domestik, separuh akhir Carabao Cup, pusingan kelima Piala FA, Premier League dan aksi Europa League yang bakal menentang Barcelona.

Cristian Eriksen telah menjadi pemain penting untuk Red Devils sejak tiba dengan perpindahan percuma dari Brentford di jendela perpindahan musim panas dan setakat ini aksinya teramat berbaloi.

Pemain berusia 30 tahun itu sudah beraksi sebanyak 30 kali dalam semua pertandingan untuk Erik Ten Hag dan bisanya masih ada walaupun bergelut dengan masalah jantung apabila menjaringkan dua gol dan mencatat sembilan assist.

Pengurus United, Erik ten Hag percaya keyakinan Eriksen terhadap bola membuatkan pasukannya lebih selesa menguasai bola. Di bawah bos terdahulu, pemain tengah Manchester United lebih sesuai untuk mengejar lawan.

Erik Ten Hag mengesahkan Eriksen telah mengalami kecederaan buku lali dengan tahap keparahannya akan ditentukan selepas imbasan dalam beberapa hari akan datang.

Cristian Eriksen kini mengurangkan beban yang dipikul oleh Bruno Fernandes sebagai pemain kreatif dalam mencipta gerakan dan penghasilan gol, dengan kehadiran Casemiro di bahagian belakang telah memberikan Eriksen dan Bruno perlindungan meyakinkan.

Apabila ditanya mengenai kecederaan dalam sidang akhbar selepas perlawanannya, Ten Hag menjawab:

“Ia sentiasa sukar untuk mengatakan pada saat ini begitu singkat selepas permainan tamat. Tetapi ia adalah buku lali [kecederaan].

“Kami perlu melihat apakah diagnosisnya, jadi ia memerlukan masa sekurang-kurangnya 24 jam sebelum kami mengetahuinya dan kemudian saya boleh mengatakan lebih banyak lagi.”

Isu bahagian tengah United mula memuncak. Mereka tanpa Scott McTominay menentang Reading kerana sakit, manakala Donny van de Beek diketepikan untuk baki musim ini.

Eriksen terus dikeluarkan selepas kena dengan Carroll ketika mendahului 1-0 gol melalui gol sungkitan Casemiro, Fred masuk menggalas tugas dengan baik dan cemerlang.

Seminit di padang Fred telah mencipta assist untuk gol kedua Casemiro yang merembat cantik dari jarak jauh sebelum Fred menjaringkan gol melalui satu backheel yang jahat.

Andy Carroll akhirnya dilayangkan merah pada minit ke-65 selepas mengutip dua kad kuning dalam tempoh 5 minit dengan kekasaran ke atas Tryrell Malacia dan tackle lambat kepada Casemiro.

BACA:  Debut Masterclass Eriksen Hadirkan Harapan Buat Peminat Setan Merah