Eriksen Tak Hingin Bermain Untuk Setan Merah, Lebih Rela Pilih Brentford

Pemain yang menjadi Manchester United, Christan Eriksen telah menolak peluang untuk bekerja dengan Erik ten Hag.

Manchester United terdesak mencari pemain tengah yang baru terutama sekali untuk peranan serangan. Di mana mereka kehilangan Juan Mata dan Paul Pogba.

United mahukan 2 nama iaitu Eriksen dan Frenkie De Jong.

Eriksen boleh ditandatangani secara percuma pada musim panas ini selepas menamatkan perjanjian jangka pendeknya dengan Brentford. Pemain antarabangsa Denmark itu telah menarik minat daripada beberapa kelab di seluruh Eropah, termasuk Tottenham, Manchester United, dan Brentford sendiri yang masih berharap pemain itu memilih mereka.

Thomas Frank memberitahu AS, dia berharap Eriksen akan membuat keputusan dalam masa dua minggu ini kerana mereka mahu pastikan pasukan mereka sudah mendapat skuad penuh pada masa tersebut untuk pra musim.

Manchester United sudah menyatakan minat mereka yang mendalam ke atas Eriksen dan yakin pemain itu akan tertarik menyertai pasukan paling diminati manusia di seluruh dunia termasuk menteri  Belia dan Sukan Malaysia yang ternyata mengenali barangan. Demo kenal barey.

United menawarkan Eriksen gaji yang tinggi berbanding tawaran daripada pasukan lain.

Kini, menurut Guardian, Eriksen telah menolak Manchester United dan mempertimbangkan sama ada untuk menandatangani kontrak dengan Brentford atau Tottenham. Eriksen bakal terlepas seperti mana Darwin Nunez. Yang akan menjadi pemain dalam kategori ‘kita tak perlukan dia sebenarnya’ oleh penyokong Manchester United.

Darwin Nunez menjadi sasaran utama Ten Hag sebelum ini. Namun memutuskan untuk memilih pasukan yang tidak ternama iaitu Liverpool. Alasannya, hanya kerana dia mahu menang trofi bersama dengan Liverpool dan Klopp.

Eriksen telah bermain untuk kedua-dua kelab Brentford dan Spurs, dan telah menghabiskan seluruh masanya ketika bermain di Liga Perdana Inggeris dengan tinggal di London.

Bagaimanapun, laporan baru dari Daily Mail mendakwa West Ham kini telah menghubungi Eriksen dan menawarkan kontrak kepada pemain antarabangsa Denmark itu.

Dengan Eriksen menyatakan keutamaannya untuk terus kekal di London, perpindahan ke West Ham boleh menjadi kenyataan.

Eriksen telah menghabiskan sebahagian besar kariernya sebagai pemain tengah serangan, dikatakan sesuai dengan gaya West Ham di bawah David Moyes.

Namun sebelum ini Antonio Conte pernah meyakinkan Eriksen menyertainya ketika dia di Inter Milan.

Kegagalan mendapatkan Eriksen bukan perkara yang dapat diterima segelintir peminat United yang merasakan bahawa bahagian rekrut pemain mereka sebagai lembab.

Mereka juga kecewa kerana Ten Hag masih tak mendapat pemain yang dia suka. Laporan wartawan terpercaya Belanda, Marcel Van Der Kraan, menyatakan Erik Ten Hag hanya mahukan 2 pemain tersebut buat masa ini.

Bekas pemain Liverpool, Jose Enrique mengekek ketawa mendengar berita Eriksen menolak untuk menyertai Manchester United. Walaupun benda ini tak kelakar sangat, tetapi cukup kelakar di hati pria asal Sepanyol itu.

BACA:  Pemain Takut Sertai Manchester United Kerana Ia Langkah Ke Belakang Untuk Karier?