Eriksen Telah Ditanya Tentang Insiden Beliau Bersama Brandon Williams Pada Musim Lalu

Christian Eriksen telah ditanya tentang perhubungan beliau dengan Brandon Williams selepas berlakunya insiden unik yang melibatkan kedua-dua pemain itu pada musim lalu.

Eriksen dan Brandon telah melalui detik yang sangat unik pada musim lalu ketika aksi pertemuan antara Norwich City bertemu Brentford.

Pemain kebangsaan Denmark itu menyertai Manchester United sebagai pemain bebas ejen dengan beliau menandatangani kontrak selama tiga musim bersama skuad setan merah itu.

Beliau merupakan pemain kedua yang Manchester United tandatangani di bawah kendalian pengurus baru kelab, Erik ten Hag.

Berita pengumuman Eriksen menyertai Man United telah diumumkan secara rasmi pada 15 Julai lalu, namun beliau baru sahaja tiba di Carrington pada minggu ini untuk sertai sesi latihan bersama rakan sepasukannya yang baru.

Beliau juga turut melakukan temu bual pertamanya sebagai pemain Manchester United bersama media rasmi kelab dan Eriksen turut terlibat dengan sesi bergambar sebelum temu bual tersebut.

Ketika sesi temu bual tersebut, pemain kebangsaan Denmark itu telah ditanya tentang situasi sebenar yang berlaku antara beliau bersama Brandon Williams pada musim lalu.

Ditambah pula mereka pada ketika ini merupakan rakan sepasukan, maka kerana itulah wartawan tersebut menyoal tentang hal tersebut.

Ketika beraksi sebagai pemain pinjaman bersama Norwich, Williams telah dijatuhkan oleh Eriksen ketika beliau sedang dalam usahanya untuk melancarkan serangan balas.

Williams bengang ketika dirinya ditarik dengan beliau kemudiannya mencekak leher pemain yang menjatuhkan beliau itu dengan penuh kemarahan.

Walau bagaimanapun, ketika beliau sedar yang menariknya itu adalah Eriksen, reaksi beliau segera berubah dengan Williams dilihat tersenyum lalu segera memeluk bintang Denmark itu.

Ketika temu bual pertamanya bersama Man United itu, wartawan telah memberitahu Eriksen bahawa:

β€œJelas sekali kami sedar tentang perhubungan dengan Brandon Williams dan apa yang berlaku pada musim lalu.”

Eriksen kemudiannya sambil bergurau menjawab:

β€œApa? Kita panggil itu sebagai perhubungan?”

Williams yang turut baru kembali menyertai skuad setan merah dilihat bertemu dan memeluk rakan sepasukannya yang baru itu.

Selepas beliau memakai ICD ekoran dari serangan cardiac arrest yang menimpanya ketika beraksi untuk Denmark dalam saingan Euro 2020 lalu, Eriksen telah dilepaskan oleh Inter Milan.

Inter terpaksa melepaskan Eriksen kerana mereka mahu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Serie A.

Eriksen kemudiannya telah ditandatangani oleh Brentford dan beliau berjaya bersinar bersama kelab dari England itu dalam saingan Premier League.

Brentford bahkan turut sangat terdesak mahu memastikan mereka akan mampu melanjutkan kontrak bintang Denmark itu, namun Eriksen lebih memilih untuk menyertai Manchester United.

Eriksen mahu bekerjasama dengan Erik ten Hag yang sebelum ini cemerlang memimpin bekas kelabnya, Ajax sebelum dilantik sebagai pengurus Man Utd.

β€œSaya mahu datang ke sini untuk bermain bola sepak, saya bukan datang ke sini hanya kerana logo ini semata-mata, saya mahu datang ke sini dan bermain.”

Jelas Eriksen kepada laman rasmi kelab.

β€œJelas sekali untuk bercakap dengan pengurus dan mendengar pendapat dia dan ada perbualan dengan dia tentang bola sepak, ia sesuatu yang sangat hebat dan sangat sesuai untuk saya memilih untuk menyertai Manchester United.”

Eriksen berkemungkinan akan melakukan debutnya bersama Man United ketika aksi bertemu Atletico Madrid di Oslo pada hujung minggu ini.

Beliau juga berkemungkinan akan diturunkan dalam aksi perlawanan persahabatan bertemu Rayo Vallecano sehari selepas itu.

Sumber: SPORTbible

Baca Juga

Baca Juga