Erling Braut Haaland Tampar Rakan Sepasukan Kerana Berperangai Tidak Matang

Semalam Borussia Dortmund telah muncul sebagai pemenang DFB Pokal selepas membelasah RB Leipzig 4-1. Gol Dortmund dijaringkan oleh bekas bakal pemain Manchester United, Jadon Sancho dan juga penyerang paling padu di atas muka bumi, Erling Braut Haaland di mana masing-masing telah menyumbang dua gol.

Walaupun bermain tanpa kehadiran penyokong, pemain Dortmund memastikan mereka berpesta dengan kemenangan tersebut selepas musim yang tidak menentu pasukan berpusat di Westfalenstadion tersebut.

Pun begitu, saham Haaland terus melonjak dan menunggu masa dipetik segelintir pasukan kayangan Eropah seperti Manchester City, Real Madrid atau Barcelona.

Kalau nak ikutkan, pasti seluruh pasukan Dortmund bakal bersedih dengan kehilangan Haaland nanti(kalau jadi lah), kecuali Mahmoud Dahoud.

Ketika pemain Dortmund beratur untuk menjulang piala, Dahoud telah diberikan pengajaran yang berguna oleh pemain yang lebih muda daripadanya, Haaland.

Disebabkan terlalu teruja, Mahmoud tanpa rasa malu telah cuba mengangkat piala terlebih dahulu berbanding kapten mereka, Marco Reus.

Tindakan tersebut tidak disenangi Haaland, lantas dia menampar belakang kepala Mahmoud dengan muka tak puas hati.

Orang kata Haaland saja bergurau dengan Mahmoud tapi tengok ke muka tu macam nak makan kawan tu kan? Ini juga menunjukkan personaliti elit yang ada dalam diri Haaland sekaligus menawan lagi hati kelab yang berminat dengannya.

Dalam temubual selepas perlawanan, Haaland sekali lagi memberikan jawapan yang ikonik di mana dia mengatakan bahawa dia berasa ada ‘kekuatan tambahan di bicepnya’ lantas membawa kepada kejayaan di final.

Dalam kedudukan liga sekarang ini, Dortmund kini berada di tangga keempat, hanya satu mata di atas Eintracht Frankfurt, dengan 2 baki perlawanan.

Andai Dortmund gagal melangkah ke kempen Liga Juara-Juara musim depan, jodoh mereka bersama penyerang berusia 20 tahun itu mungkin akan berakhir.

Baca Juga

Baca Juga