Penandatanganan terbaru Manchester City, Erling Haaland hanya memerlukan 12 minit sahaja untuk membuka akaun gol beliau bersama Manchester City.
Beliau berjaya meledak gol ketika melakukan debutnya untuk Manchester City dalam aksi perlawanan persahabatan bertemu Bayern Munich di Green Bay, Wisconsin.
Selepas diketepikan ketika aksi kemenangan 2-1 Man City bertemu kelab dari Amerika Syarikat pada awal minggu baru-baru ini, Haaland telah diberi kepercayaan untuk turun beraksi bertemu Bayern Munich.
ERLING HAALAND IS OFF THE MARK! The Norwegian striker scores on his debut for Manchester City! pic.twitter.com/lCrLoaYGka
— SPORTbible (@sportbible) July 23, 2022
Beliau jelas sekali sudah benar-benar mengenali Bayern Munich kerana Haaland sebelum ini pernah menjadi seteru utama mereka ketika beliau beraksi dalam saingan Bundesliga.
Dan walaupun beliau masih belum begitu terlibat dengan build up permainan,pemain bernombor sembilan Man City itu tetap berjaya menghasilkan sesuatu.
Memandangkan beliau sememangnya seorang pemain penyerang klinikal, beliau berjaya meledak gol selepas memanfaatkan peluang pertama beliau dalam perlawanan ini.
Jack Grealish berjaya melorongkan bola yang cukup cantik untuk bintang Norway itu, Haaland dengan mudah melepaskan percubaan untuk membuka akaun golnya bersama Liverpool.
Walaupun gol tersebut dianggap gol mudah, namun harus diakui yang gol seperti itulah yang akan kerap Haaland jaringkan bersama Manchester City selepas ini.
Goal #️⃣1️⃣ for @ErlingHaaland. 🇳🇴💙pic.twitter.com/DHuaIaptrA
— City Xtra (@City_Xtra) July 23, 2022
Dek kerana beliau sememangnya klinikal, maka gol tap in seperti itu akan lebih kerap dilakukan oleh Haaland selepas ini, apa lagi memikirkan yang beliau memiliki ramai pemain berkualiti di sekeliling beliau.
12 minutos le tomó a Erling Haaland marcar su primer gol con el Manchester City.
pic.twitter.com/g2Gy0Vk8j5— Fútbol Vertical (@futbol_vertical) July 23, 2022
Tidak lama selepas beliau menjaringkan gol, perlawanan tersebut terpaksa dihentikan seketika kerana masalah cuaca buruk.
Para pemain kedua-dua pasukan terpaksa keluar selepas berlakunya ribut petir di kawasan tersebut.
Perlawanan tersebut turut ditangguhkan sejak awal lagi atas masalah cuaca dan para penyokong tetap sabar menanti untuk menonton perlawanan tersebut.
Perlawanan tersebut tetap berlangsung selepas keadaan cuaca kembali pulih seperti biasa dan ketika artikel ini ditulis, aksi babak pertama perlawanan baru sahaja tamat.
Pengurus Man City, Pep Guardiola sebelum ini mendedahkan yang Erling Haaland tidak diturunkan ketika aksi perlawanan persahabatan pertama mereka kerana mengalami masalah kecergasan.
It took Erling Haaland 12 minutes to score his first Man City goal.
He has arrived 🌟 pic.twitter.com/ewIyER5M3Y
— B/R Football (@brfootball) July 23, 2022
Bintang Norway itu pada ketika ini sedang dalam usahanya untuk mendapatkan tahap kecergasan terbaik beliau dan beliau juga sangat diharapkan bakal mampu menjadi antara pemain terpenting kelab.
“Dia ada masalah sama ketika bersama Borussia Dortmund pada musim lalu, tapi kita masih boleh kawal itu, ia bukan masalah besar.”
Jelas Pep Guardiola ketika bercakap dalam satu sidang media.
“Kita mahu menjaga mereka. ketika kita kembali, kita mahu semuanya cergas, pemain itu perlu sentiasa dalam tahap kecergasan terbaiknya. Itu tiada masalah.”
Pemain berusia 22 tahun itu dengan segera dapat menyesuaikan diri bersama rakan sepasukannya, dan Man City sendiri sememangnya tidak asing lagi dengan Haaland.
New team, no problem.
Erling Haaland scores his first goal for Manchester City 🤖 pic.twitter.com/phJOk2SISw
— B/R Football (@brfootball) July 23, 2022
Ayah Haaland, Alf Inge turut pernah tiga musim beraksi bersama Manchester City dan kerana itulah beliau dilihat mudah dapat keserasian dengan penyokong Man City.
Penandatanganan mega Man City, Jack Grealish turut mendedahkan keyakinan beliau terhadap kehebatan Erling Haaland.
Beliau yakin Haaland bakal terus menjadi mesin peledak gol untuk Man City sebaik beliau menemui rentak persembahan terbaiknya.
“Dia seorang manusia yang hebat. Hari pertama saya bertemu dia kami naik kereta bersama dan bahkan selepas itu saya rasa dia memang menakjubkan.”
The moment you’ve all been waiting for! 😍🇳🇴 @ErlingHaaland pic.twitter.com/ZHxtMuVnw8
— City Xtra (@City_Xtra) July 23, 2022
Jelas Jack Grealish kepada Manchester Evening News selepas tamat aksi kemenangan bertemu kelab dari Amerika itu.
“Dia sangat merendah diri dan agak bersemangat dengan cara dia sendiri. Kamu perlu biasakan diri untuk itu. Dia nampak bagus ketika dalam sesi latihan dan sebaik dia dapatkan tahap kecergasan terbaik dia, dia bakal tidak terkawal.”
“Saya tak sabar mahu bermain bersama dia dan saya betul-betul teruja menanti itu.”
Sumber: SPORTbible