Erling Haaland Jaringkan Gol Ala Zlatan Ibrahimovic

Erling Haaland menggunakan skill Zlatan Ibrahimovic untuk menghasilkan jaringan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika bertemu Union Berlin malam semalam.

Haaland menjaringkan dua gol ketika membantu skuadnya membelasah Union Berlin 4-2 di Signal Iduna Park.

Haaland terus mempamerkan kecemerlangan beliau sebagai salah seorang penyerang terhebat dunia dengan menjaringkan 11 gol hanya dari tujuh penampilan dalam semua pertandingan.

Minggu lalu, pemain kebangsaan Norway itu berhasil menerima ciuman penghargaan dari Jude Bellingham selepas menjaringkan gol kemenangan bertemu Besiktas dalam saingan Champions League.

Beliau meneruskan rentak kecemerlangannya ketika beraksi bertemu Union Berlin malam semalam dan meledak dua gol untuk bantu kemenangan 4-2 mereka menewaskan pasukan pelawat.

Gol kedua Halaand yang juga merupakan gol keempat Dortmund dalam perlawanan ini berjaya mencuri tumpuan ramai selepas penyerang muda itu menjaringkan gol akrobatik yang sungguh menakjubkan.

Beliau berjaya melambungkan bola melepasi Andreas Luthe seterusnya menerjah jaring gawang gol lawan dengan skill yang menakjubkan.

Dua gol jaringan beliau dalam perlawanan ini menjadikan bekas penyerang Red Bull Salzburg itu kini sudah menjaringkan 68 gol dari hanya 67 penampilan dalam semua pertandingan untuk Borussia Dortmund.

Haaland merupakan pemain penyerang paling dimahukan oleh kesemua kelab gergasi dalam dunia bola sepak hari ini atas kemampuan dan ketajaman yang beliau miliki.

Chelsea sebelum ini antara pasukan paling berminat untuk mendapatkan khidmatnya dengan mereka sanggup mengeluarkan dana besar dalam usaha untuk menandatangani bintang Norway itu.

Walau bagaimanapun, dek kerana Dortmund tidak mahu melepaskan penyerang handalan mereka itu, maka Chelsea terus memulakan langkah mereka untuk mendapatkan Romelu Lukaku.

Musim panas akan datang, beliau boleh ditandatangani dengan yuran perpindahan bernilai £63 juta dan tentunya banyak kelab yang akan bersaing untuk mendapatkan tandatangan beliau.

Sangat berbaloi untuk mana-mana kelab mendapatkan pemain sehebat dan mempunyai kualiti penyudah setajam Haaland.

Real Madrid, Barcelona, Manchester United, Manchester City antara pasukan yang sangat berminat untuk menandatangani Erling Haaland dan mereka berkemungkinan akan memulakan langkah pada jendela perpindahan akan datang.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Haaland Balas Kenyataan Dengki Trent Alexander Arnold