Erling Haaland Ketawa Sampai Mengekek Melihat Ulang Tayang Aksi ‘Diving’ Rakan Sepasukan

Pemain sensasi Norway, Erling Haaland tidak dapat menahan dirinya daripada gelak besar ketika dia menonton kembali aksi rakan senegaranya, Morten Thorsby, melakukan aksi diving ketika dalam perlawanan menentang Sweden.

Norway muncul pemenang dengan dua gol berbalas satu ke atas jiran Scadinavia mereka tersebut, dalam perlawanan kumpulan H Liga Negara-Negara UEFA dan kedua-dua gol pasukannya dijaringkan oleh penyerang baru Manchester City ini.

Pemain muda Manchester United, Anthony Elanga, menjaringkan gol saguhati Sweden pada masa kecederaan dalam perlawanan di Friends Arena tersebut.

Sebaik tamat perlawanan, Haaland dilihat sangat cerita kerana menjaringkan dua gol yang membawa tiga mata penting buat Norway dalam kejohanan tersebut.

Gol pertama diperoleh menerusi sepakan penalti selepas Thorsby dijatuhkan dalam kotak penalt oleh pertahanan Sweden, tetapi keputusan untuk menghadiahkan sepakan tersebut menimbulkan persoalan.

Pada mulanya Thorsby mendapat bola dan menolaknya ke dalam kotak penalti lalu berhadapan dengan Emil Krafth. Thorsby berjaya menguis bola ke sebelah kiri Krafth, namun dia melakukan aksi bagaikan kakinya disauk oleh kaki Krafth.

Pengadil perlawanan, Anthony Taylor dari Liga Perdana Inggeris, bertindak menganugerahkan Norway sepakan penalti. Yang kelakarnya, cara Thorsby jatuh tu macam pelakon ekstra dalam filem berbajet rendah – sangat tidak realistik – di mana dia hanya jatuh selepas berganjak lebih kurang dua kaki jaraknya daripada Krafth.

Haaland mengambil sepakan tersebut dan dengan mudah menewaskan Robin Olsen di gawang Sweden. Norway mendominasi separuh masa pertama namun gagal menambah jaringan.

Pada minit ke-67, Haaland menjadikan kedudukan 2-0 selepas dia mengambil kesempatan akibat kesilapan pertahanan Sweden, Joakim Nilsson, yang sepak bola tapi tak kena di dalam kotak penalti.

Haaland yang sudah mempunyai momentum larian, terus melakukan sepakan sekali lagi menewaskan Olsen.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Haaland memberikan pandangannya tentang aksi Thorsby pada separuh masa pertama.

“Aku rasa kalau dia hantar bola kepada aku, aku boleh sumbat tu,” ujar Haaland, dengan lagak skema sebelum memberi ulasan lanjut.

“Tapi nampak macam ala-ala diving gitu, aku rasa gitu la,” akuinya lagi.

Sampai satu ketika, Haaland tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa sampai mengekek dan turut memberikan komen yang lucu.

“Jujurnya, memang satu diving dari pada Morten Thorsby. Cara orang Itali, kau boleh cakap macam tu,” ujarnya dengan merujuk kepada Thorsby yang bermain di Serie A bersama Sampdoria, dan belajar diving macam tu daripada liga tersebut.

“Itu memang dia bawa dari Itali,” tambahnya lagi sambil ketawa.

Erling Haaland on the penalty incident from Sweden vs. Norway last night: "In all honesty, it’s a dive by Morten Thorsby (Sampdoria player). In an Italian way, you can say. You can say this is something he brought from Italy. Oh well, it is what it is." from soccer

Selepas ini Haaland dan rakan-rakannya akan turun menentang Slovenia pada 10 Jun untuk melengkap perlawanan pusingan pertama Liga Negara-Negara UEFA sebelum bercuti panjang dan memulakan musim baru bersama Manchester City.

Perpindahannya ke City semestinya menarik perhatian seluruh dunia bola sepak kerana pemain berbisa ini bakal bergabung tenaga dengan pengurus terbaik dunia, Pep Guardiola.

Peninjau bakat [selepas ini akan disebut sebagai scout] pasukan The Citizens, sememangnya telah mula menghidu bakat Haalad sejak melakukan debut pasukan senior bersama pasukan Bryne pada usia 15 tahun pada 2016 dan reputasinya sebagai penyerang prolifik mirip Azman Adnan dan memiliki kekuatan yang mengagumkan semakin bertambah pada setiap tahun.

Keharmonian bilik persalinan sememangnya menjadi keutamaan Guardiola tanpa mengira siapa pun pemain itu, manakala orang yang rapat dengan Haaland pula memberitahu bahawa duit bukanlah matlamat utama dalam perpindahan penyerang ini ke England.

Sumber dalaman juga memberitahu bahawa, jika Haaland mahu duit yang lebih, dia boleh sahaja memilih pasukan merah dari Manchester, namun keputusan United memecat Ole – kawan rapat kepada ayah Haaland, Alf-Inge – pada tahun lalu telah memutuskan segala jenis hubungan yang terbina antara kelab dan pemain ini.

Bersama-sama Kylian Mbappe, Haaland adalah pemain yang menduduki tangga teratas senarai 89 pemain bawah 21 tahun yang disenaraikan oleh ESPN, dan kedua-dua pemain ini dilihat bakal mengambil alih takhta G.O.A.T daripada dua legenda zaman moden – Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Sumber : GMS

BACA:  Florentino Perez Anggap Haaland Hanya Setaraf Pemain Simpanan Real Madrid Sahaja