Erling Haaland Terlalu Selesa Berada Dalam Poket Van Dijk

Pertembungan antara Manchester City dan Liverpool jelas sekali dianggap sebagai perlawanan yang dinanti-nantikan oleh para peminat seluruh dunia.

Kedua-dua gergasi Premier League itu turun bertemu dalam perlawanan yang dilangsungkan di King Power Stadium untuk merebut gelaran Community Shield.

Para peminat sebenarnya sangat teruja mahu menyaksikan pertembungan antara dua pemain penyerang terhebat dunia, Erling Haaland bertemu Darwin Nunez.

Walau bagaimanapun, memandangkan Darwin Nunez tidak diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool, maka mata peminat jelas sekali akan memberi perhatian kepada Erling Haaland.

Bintang Norway itu jelas sekali akan berusaha sehabis daya untuk membuktikan kualiti sebenar yang beliau miliki.

Walau bagaimanapun, memandangkan beliau akan berdepan dengan Virgil Van Dijk dalam perlawanan ini, maka jelas sekali para peminat mahu melihat bagaimana cara bekas bintang Dortmund itu mahu menghadap pemain pertahanan terhebat Premier League itu.

Haaland dikatakan terlalu selesa berada dalam poket Van Dijk dengan beliau dilihat langsung tidak berfungsi dalam perlawanan ini.

Haaland hanya mampu melakukan 16 sentuhan sahaja sepanjang 90 minit permainan berlangsung.

Lebih mengejutkan lagi, Haaland yang dianggap sebagai pemain penyerang terhebat dunia itu gagal untuk memenangi kesemua duel beliau berdepan dengan Van Dijk.

Tidak keterlaluan untuk menganggap yang Van Dijk sebenarnya langsung tidak merasakan sebarang ancaman dari penandatanganan terbaru Manchester City itu.

Pep Guardiola turut memberi kepercayaan kepada pemain penyerang itu dengan beliau membenarkan Haaland beraksi selama 90 minit dalam perlawanan tersebut.

Bekas bintang Borussia Dortmund itu turut mensia-siakan dua kesempatan emas untuk menjaringkan gol dalam perlawanan ini termasuk satu peluang berdepan gawang terbuka.

Jelas sekali Haaland tak mampu untuk bersaing dengan Van Dijk dan barisan pertahanan Liverpool.

Kualiti yang dimiliki oleh Haaland sememangnya tidak boleh diragukan dan masih ramai percaya beliau akan menjaringkan gol yang banyak selepas ini.

Walau bagaimanapun, aksi bertemu Liverpool bukanlah malam untuk Haaland sebaliknya ia malam yang cukup gemilang untuk pemain termahal Liverpool, Darwin Nunez.

Bintang kebangsaan Uruguay itu dimasukkan pada aksi babak kedua permainan dan beliau dengan segera meninggalkan impak seperti yang diharapkan.

Darwin Nunez berjaya mencipta beberapa gerakan yang merbahaya dengan beliau cemerlang membantu menajamkan lagi jentera serangan Liverpool.

The Reds turut berjaya memenangi penalti hasil gerakan Darwin Nunez dengan Mohamed Salah cemerlang meledak gol kedua Liverpool dari sudut sepakan penalti itu.

Darwin Nunez juga turut berjaya meledak gol dalam perlawanan ini selepas beliau menanduk masuk bola hantaran dari Andy Robertson untuk membantu Liverpool mendahului perlawanan dengan keputusan 3-1.

Ia jelas sekali satu permulaan yang sangat baik untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu dengan mereka memulakan kempen musim baharu ini dengan sudah memenangi satu gelaran.

Walau mereka melalui aksi pra musim dengan agak mendukacitakan, namun skuad Liverpool berjaya membuktikan yang kualiti mereka tidak boleh diukur dari aksi perlawanan persahabatan.

Corak permainan yang dipamerkan oleh skuad Liverpool dalam perlawanan ini juga sangat berbeza dengan The Reds dilihat benar-benar dominan dan tak beri ruang kepada Man City untuk mendapatkan rentak persembahan terbaik mereka.

Selepas mudah memenangi gelaran Community Shield, para penyokong jelas sekali sangat berharap agar Liverpool akan mampu memenangi pelbagai lagi kejuaraan pada musim baharu nanti.

Adakah Liverpool akan mampu memenangi Piala lain selepas ini? atau mereka akan menamatkan saingan musim baharu nanti hanya dengan memenangi gelaran Community Shield sahaja? bincangkan di ruangan komen.

BACA:Β  David Beckham Rayu Zinedine Zidane Supaya Tewaskan Liverpool