ESL Menunjukkan Wajah Sebenar Bola Sepak Inggeris

Daripada European Super League (ESL) ini kita dapat melihat wajah sebenar bola sepak Inggeris. Kenapa mereka menganggap bola sepak ni milik rakyat dan kelas pekerja.

Para penyokong lantang bersuara. Liverpool walaupun Fenway Sports Group (FSG) bagi Champion League (UCL) dan Premier League (EPL) era mereka, masih tak mampu membeli para penyokong mereka.

Semalam sebelum game Chelsea vs Brighton, fans Chelsea berkumpul depan Stamford Bridge membantah tindakan kelab. Walaupun era Abramovich dianggap era paling berjaya dan bagi mereka banyak piala.

Manchester City, walaupun pak arab menukar City daripada kelab yang dibayangi Manchester United kepada kelab power. Tetap fans mereka tak boleh bagi toleransi.

Seterusnya, Coach dan pemain pemain juga memainkan peranan penting. Pemain Man United bersemuka dengan Woodward cakap pendirian mereka.

Pemain pemain Liverpool buat kenyataan secara kolektif ataupun bersama.

Tertarik dengan satu komen pasal Milner yang secara langsung cakap dia tak setuju. Milner adalah orang Inggeris yang faham budaya bola sepak di sana dan dia mewakili suara ramai orang.

Pemain pemain kelab lain dan legenda bola sepak England juga lantang mengecam.

Pemain pemain luar seperti Bellerin, orang luar seperti Wenger yang faham dengan budaya bola sepak Inggeris juga menyatakan mereka tak setuju.

Henderson panggil kesatuan kapten buat meeting.

Dan media mereka tidak menyokong ESL.

Semua pemain dan coach yang menentang ESL ni, semua mereka ada periuk nasi nak dijaga. Tapi dalam soal ini, semua kena jangan fikir diri sendiri. Bagaimana dengan kelab kecil yang lain?

Kau besar tak semestinya kau fikir kau seorang je.

Di England, mereka sentiasa percaya, kelab adalah kelab, owner adalah owner. Sebab tu penyokong fanatik mereka di sana sentiasa ada gap dengan pemilik sebab mereka tak mahu kena pegang.

Banyak persatuan penyokong rasmi mereka bersuara dan membantah walaupun mereka ada akses ke dalam kelab dan diiktiraf kelab itu sebagai partner.

ESL ni gagal kerana semua orang mempertahankan prinsip. Gula gula geran starter pack £3.5 billion yang boleh dibahagi kepada £320juta kepada setiap pasukan hanya dengan pendaftaran – itu masih tak mampu membeli jiwa dan roh peminat dan rakyat England.

Mereka mempertahankan sukan yang dibina kelas pekerja di negara mereka. Yang kini memang sudah dirompak orang kaya. Tetapi mereka tidak rela rompakan itu lebih besar.

Syabas kepada peminat bola sepak England.

Sekian

Jurucakap FA Pajam – Axello Riise

Baca Juga

Baca Juga