Euro 2016 : Mampukah Jerman Menamatkan Badi Menentang Italy

Jerman tidak pernah menewaskan Itlay dalam Kejohanan Utama samada Di Euro atau piala Dunia. Mampukah Jerman menamatkan badi menentang Italy di Suku Akhir Euro 2016? Untuk rekod Jerman telah tewas 4 dan seri 4 ketika menentang Italy di Kejohanan utama.

Lebih teruk Jerman tewas kesemua perlawanan menentang Italy di pusingan kalah mati sebanyak empat kali. 3 kali di Piala Dunia iaitu separuh akhir 1970, Final 1982 dan separuh akhir 2006 serta sekali di separuh akhir Euro 2012 dimana Balotelli menjaringkan 2 gol.

Pertemuan terakhir Italy dan Jerman pada 29 Mac 2016 dimana anak buah Low membelasah Italy 4-1 dalam satu perlawanan persahabatan.

Fakta Pasukan Jerman

Die Mannschaft telah mara ke separuh akhir dalam kesemua 5 kejohanan utama mereka di Piala Dunia 2006, EURO 2008, Piala Dunia 2010, EURO 2012 dan Piala Dunia 2014).

Anak buah Low telah menang 14 perlawanan daripada 17 perlawanan terakhir mereka di kejohanan utama selain 2 seri dan 1 kekalahan kepada Italy pada Euro 2012.

Jerman merupakan satu-satunya pasukan yang belum bolos di Euro 2016. Jerman pernah melalui perlawanan tanpa bolos untuk 4 perlawanan di kejohanan utama adalah pada Piala Dunia 1978.

Purata penguasaan bola Jerman untuk 4 perlawanan pertama adalah 69%, ratio tertiggi setakat ini di Euro 2016.

Mario Gomez muncul pemain Jerman yang menjaringkan gol terbanyak di Kejohanan Euro dengan 5 gol berkongsi menyamai rekod lagenda Jerman Jürgen Klinsmann.

Bastian Schweinsteiger telah bermain sebanyak 36 perlawanan di kejohanan utama untuk Jerman, kurang satu perlawanan di belakang Miroslav Klose (37).

Fakta Pasukan Italy

Jika Italy menjaringkan gol menentang Jerman awal pagi esok, gol tersebut bakal menjadi gol ke-50 Italy ke atas Jerman.

Gli Azzurri memegang rekod 19 clean sheet dari 37 perlawanan Euro, Clean sheet terbanyak dan dibezakan hanya satu perlawanan berbanding Jerman (18 clean sheet dari 47 perlawanan).

Italy juga merupakan pasukan yang paling banyak mengutip kad kuning di Euro 2016 dengan 13 kad kuning dalam 4 perlawanan.

Hanya Andrea Barzagli dan Leonardo Bonucci pemain Italy yang bermula di kesebelasan utama dalam 4 perlawanan di Euro 2016.

Dua jaringan Graziano Pellè di Euro 2016 hadir pada minit 92 dan 91.

Pemilihan pemain oleh Conte ke Euro 2016 di kritik ramai pihak malah ada yang menggelarkan skuad Euro kali ini yang terburuk dalam sejarah Italy, namun Conte dan anak buahnya membuktikan sebaliknya dengan bermain sebagai sebuah pasukan.

Baca Juga

Baca Juga