EURO 2020: Belgium Pasukan Pertama Umum Senarai Skuad Utama

Belgium menjadi pasukan pertama yang mengumumkan senarai skuad utama bagi menghadapi kejohanan European Championship (EURO) 2020 yang tertangguh sejak setahun yang lalu kerana wabak yang melanda.

Seramai 26 nama pemain telah disenaraikan dalam skuad utama bimbingan Roberto Martinez untuk mengggalas tugas di EURO 2020 berserta 11 pemain yang berada dalam senarai simpanan.

Pemain yang berada dalam senarai simpanan berpeluang dipanggil untuk masuk ke skuad utama jika ada kecederaan atau kejadian tidak diingini.

Tiada kejutan dalam senarai pemilihan pemain oleh Roberto Martinez yang menyenaraikan bintang Belgium pemain tengah genius Manchester City, Kevin De Bruyne, penyerang berbisa Romelu Lukaku dan Thibaut Courtois yang mempunyai tapak tangan emas.

Eden Hazard yang sendu dan tidak banyak beraksi bersama Real Madrid kerana dirundung masalah kecederaan turut menjadi pilihan utama Roberto Martinez.

Belgium telah pun diundi berada dalam kumpulan B bagi EURO 2020 ini bersama Denmark, Finland, Belgium dan Rusia.

Untuk perlawanan pertama Belgium dijadualkan bertemu Rusia pada 12 Jun kemudian menetang Denmark lima hari kemudian sebelum bertemu Finland untuk perlawanan terakhir pada 21 jun.

Jika Belgium muncul juara kumpulan, Belgium mungkin akan bertemu salah satu pasukan tempat ketiga terbaik dari kumpulan A, D, E atau F atau mungkin juga England.

Belgium boleh dikatakan berada dalam prestasi yang agak baik dan tidak tewas sejak Oktober 2020 di mana mereka kecundang di kaki England 2-1 di kejohanan Nation League.

Sejak itu Belgium telah menang enam kali dalam tujuh perlawanan terakhir berserta satu seri.

Roberto Marinez telah menyenaraikan 2 penjaga gol, 5 pemain pertahanan, 11 pemain tengah, 7 pemain penyerang dan 11 pemain dalam senarai simpanan.

Penjaga Gol (3 Pemain):

1. Thibaut Courtois (Real Madrid)
2. Simon Mignolet (Club Brugge)
3. Matz Sels (Strasbourg)

Pemain Pertahanan (4 Pemain):

4. Toby Alderweireld (Tottenham)
5. Dedryck Boyata (Hertha Berlin)
6. Jason Denayer (Lyon)
7. Thomas Vermaelen (Vissel Kobe)
8. Jan Vertonghen (Benfica)

Pemain Tengah (11 Pemain):

9. Yannick Carrasco (Atletico Madrid)
10. Timothy Castagne (Leicester)
11. Nacer Chadli (Istanbul Basaksehir)
12. Thorgan Hazard (Borussia Dortmund)
13. Thomas Meunier (Borussia Dortmund)
14. Kevin De Bruyne (Manchester City)
15. Leander Dendoncker (Wolves)
16. Dennis Praet (Leicester)
17. Youri Tielemans (Leicester)
18. Hans Vanaken (Club Brugge)
19. Axel Witsel (Borussia Dortmund)

Pemain Penyerang (7 Pemain):

20. Jeremy Doku (Rennes)
21. Eden Hazard (Real Madrid)
22. Dries Mertens (Napoli)
23. Leandro Trossard (Brighton)
24. Michy Batshuayi (Crystal Palace)
25. Christian Benteke (Crystal Palace)
26. Romelu Lukaku (Inter Milan)

Senarai simpanan (11 Pemain):

1. Thomas Kaminski (Blackburn)
2. Alexis Saelemaekers (AC Milan
3. Albert Sambi Lokonga (Anderlecht)
4. Bryan Heynen (Genk)
5. Thomas Foket (Reims)
6. Adnan Januzaj (Real Sociedad)
7. Brandon Mechele (Brugge)
8. Jordan Lukaku (Antwerp)
9. Zino Vanheusden (Standard Liege)
10. Yari Verschaeren (Anderlecht)
11. Charles De Ketelaere (Brugge).

Pengurus:

Roberto Martinez

Kejutan juga terjadi dalam senarai pemilihan Roberto Martinez yang telah memilih si pokok renek, Axel Witsel berbanding si pokok rendang, Marouane Fellaini.

Rupanya mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Marouane Fellaini sudah lama bersara dan telah pun bersara secara rasmi pada 7 mac 2019 dan kenapa Witsel menjadi kejutan?

Axel Witsel telah menjalani pembedahan tendon achilles pada januari lalu dan hanya mampu mula berlari beberapa hari yang lalu dan menimbulkan persoalan mampukah beliau beraksi?

Roberto Martinez menjawab persoalan ini dan berani menanggung risiko.

โ€œDengan skuad yang dibesarkan menjadi 26 orang pemain (bukannya 23), Aku berani mengambil risiko ini (senaraikan Witsel), dia pemain yang unik,โ€ kata Martinez.

Fellaini, yang tidak bermain untuk Belgium sejak Piala Dunia 2018 selepas dia berangkat ke China untuk kariernya, tidak dipanggil untuk dari persaraan antarabangsa.

BACA:ย  Cristiano Ronaldo Cari Gaduh Dengan Botol Coke