EURO 2020: Hungary 0-3 Portugal

Pertembungan Hungary menentang Portugal merupakan perlawanan pembukaan kumpulan maut iaitu kumpulan F di mana aksi perlawanan kumpulan ini ditunggu ramai peminat bola sepak.

Kumpulan ini turut dihuni oleh juara Piala Dunia 2018, Perancis dan juga juara Piala Konfederasi 2017, Jerman. Untuk makluman, Portugal merupakan penyandang juara Euro.

Hungary bermain di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri di Puskas Arena, Budapest memberi semangat tambahan kepada Hungary.

Dengan kapasiti 67,000 penonton, Puskas Arena merupakan satu-satunya veneu perlawanan Euro 2020 yang mempunyai kapasiti penuh penonton.

Hungary menampilkan permainan bertahan penuh berdisiplin dari awal permainan dengan permainan berpasukan memadatkan pemain dikawasan sendiri ketika Portugal datang.

Cristiano Ronaldo mendapat peluang terbaik melalui satu hantaran yang panjang tetapi lemah tolakan dilakukan dan penjaga garisan mengangkat bendera tanda offside.

Pada minit ke-40 Diogo Jota melepaskan rembatan kencang dengan satu sentuhan disusuli putaran dengan rembatan selepas menerima hantaran Nelson Semedo.

Penjaga gol Hungary, Peter Gulacsi telah bersedia dengan melakukan satu hadangan.

Cristiano Ronaldo melepaskan peluang keemasan apabila voli beliau meliar ke langit. Bagaimana Ronaldo boleh terlepas peluang sebegitu dan Ronaldo sendiri tampak tidak percaya.

Tamat separuh masa pertama kedudukan terikat seri tanpa jaringan dengan Portugal menguasai 64 peratus perlawanan hanya mampu menghadirkan 2 sahaja percubaan tepat daripada 6 percubaan.

Ternyata permainan bertahan duduk lebih kebawah dengan penuh semangat Hungary membuatkan Portugal mati kutu.

Hungary akhirnya berjaya memberi kegembiraan buat penyokong 60,000 mereka dengan jaringan pendahuluan tapi sayang gol itu dibatalkan kerana offside.

Pada minit ke-84 Rafa Silva telah melakukan hantaran silang yang terbias kaki pemain Hungary dan bola sampai kepada Raphael Guerreiro.

Raphael Guerreiro terus melepaskan satu rembatan dan sekali lagi terbias menyebabkan Peter Gulacsi akhirnya tertewas jua. Portugal akhirnya di depan.

Cara permainan bertahan Hungary mula memakan diri apabila mereka kelihatan penat dan mula koyak serta tidak mampu menampilkan permainan berdisiplin seperti 80 minit pertama.

Dua minit kemudian Willi Orban telah menjatuhkan Rafa Silva dalam kotak penalti dan Cristiano Ronaldo tampil membuat sepakan bukan Bruno Fernandes.

Tiada masalah untuk Ronaldo menyempurnakan sepakan itu untuk memberi Portugal gol kedua perlawanan.

Sejarah tercipta apabila Cristiano Ronaldo menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Euro memecahkan rekod 37 tahun Michel Platini.

Cristiano Ronaldo meledakkan gol ketiga pada minit ke-92 dengan hantaran pendek di dalam kotak yang dimulakan oleh Rafa Silva.

Gerakan itu telah menyebabkan Ronaldo berada dalam situasi satu lawan satu dengan Peter Gulacsi dan mudah menolak masuk untuk gol ketiga.

Ronaldo terus melebarkan rekod penjaringkan sepanjang zaman Euro dengan 11 gol dalam 22 perlawanan dan ketika ini hanya Antoine Griezmann yang mampu mengejar.

Setakat ini Griezmann sudah menjaringkan 6 gol dan merupakan pemain yang masih aktif bermain terdekat untuk mencabar.

Ini merupakan gol ke-106 gol antarabangsa Ronaldo dan hanya tiga lagi untuk menyamai rekod penjaring gol terbanyak antarbangsa milik Ali Daie dengan 109 gol.

Hungary: Gulácsi, Fiola, Orbán, Attila Szalai, Lovrencsics, Kleinheisler, Nagy, Schäfer, Botka, Sallai, Adam Szalai

Subs: Dibusz, Bogdan, Lang, Kecskés, Cseri, R. Varga, Siger, K Varga, Nikolic, Schon, Bolla

Portugal: Rui Patrício, Semedo, Rúben Dias, Pepe, Guerreiro, Danilo, William, Bruno Fernandes, Bernardo Silva, Cristiano Ronaldo, Diogo Jota

Subs: Lopes, Rui Silva, Fonte, Joao Moutinho, Andre Silva, Rafa Silva, Renato Sanches, Neves, Goncalves, Joao Felix, Oliveira, Mendes

BACA:  Statistik Terperinci Hatrik Lionel Messi VS Cristiano Ronaldo, Siapa Lebih Luar Biasa?