EURO 2020: Portugal 2-2 Perancis

Perlawanan sedap di hari terakhir perlawanan peringkat kumpulan terus disajikan oleh pasukan kumpulan F yang masih lagi memburu tempat ke pusingan 16 terbaik.

Hanya Perancis yang sudah mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya selepas mengumpul empat mata dari dua perlawanan awal dengan satu menang dan satu seri.

Satu slot automatik masih lagi dan satu slot selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik masih lagi terbuka buat Jerman, Hungary dan Portugal.

Perlawanan antara Portugal dan Perancis ini berakhir dengan keputusan seri dengan tiga gol terhasil melalui sepakan penalti.

Walaupun seri permainan berlangsung dengan sangat sedap menyaksikan aksi kejar mengejar seindah bunga di taman.

Kylian Mbappe terlebih dahulu mencuba selepas menerima hantaran lolos yang cantik dan percubaan Mbappe mudah di ditepis keluar penjaga gol Portugal, Rui Patricio.

Cristiano Ronaldo telah membuka tirai jaringan pada minit ke-31 melalui sepakan penalti selepas penjaga Perancis, Hugo Lloris menumbuk dan menyiku muka Danilo Pereira.

Berpunca dari sepakan percuma Danilo Pereira datang menanduk dan Hugo Lloris cuba mencabar, Danilo berjaya menanduk walaupun liar.

Cubaan Hugo Lloris menumbuk sedikit terlewat dan kepala Danilo Pereira menjadi mangsa, mudah buat Ronaldo melebarkan rekod jaringan.

Sebelum tamat separuh pertama, Perancis pula mendapat sepakan penalti selepas hantaran Paul Pogba mencari Kylian Mbappe jauh tersasar.

Namun Nelson Semedo ada membuat tolakan lemah lembuh kepada Mbappe yang segera merebahkan badan.

Karim Benzema akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama di kejohanan Euro mudah menyempurnakan sepakan penalti.

Dua minit separuh masa kedua bersambung, Karim Benzema menggandakan kedudukan buat Perancis apabila tenang meyudahkan hantaran Paul Pogba yang sungguh genius.

Video Assistant Referee (VAR) menangguhkan keraian gol apabila menngesyaki Benzema offside sebelum mengesahkan jaringan tersebut.

Pada minit ke-60 penalti hadir, kali ini menjadi milik Portugal lagi selepas cubaan Ronaldo melakukan hantaran lintang jelas terkena tangan Jules Kounde.

Ronaldo menewaskan Hugo Lloris sekali dengan sepakan ke arah yang sama dan menghantar Lloris terbang ke arah bertentangan.

Ini merupakan gol kelima Ronaldo bagi Euro 2020 dan melebarkan rekod selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman Euro dengan 14 gol.

Ronaldo juga telah menyamakan rekod selaku penjaring terbanyak peringkat antarabangsa yang selama ini dipegang Ali Daie dengan 109 gol.

Perancis hampir saja menjaringkan gol ketiga melalui rembatan deras Paul Pogba namun berjaya ditepis Rui Patricio yang terkena tiang.

Tindakan sususlan daripada Antoine Griezmann sekali lagi berjaya ditepis Rui Patricio. Double save yang gila-gila.

Portugal: Patricio; Semedo, Pepe, Dias, Guerreiro; Moutinho, Danilo, Sanches; Silva, Ronaldo, Jota

Subs: Lopes, Palhinha, Oliveira, Felix, R Silva, Dalot, Neves, Fernandes, A Silva, Fonte

France: Lloris; Koundé, Varane, Kimpembe, Hernandez; Kanté, Pogba; Tolisso, Griezmann, Mbappe; Benzema

Subs: Mandanda, Maignan, Lenglet, Pavard, Digne, Sissoko, Coman, Rabiot, Zouma, Ben Yeddder, Giroud, Lemar

Referee: A Lahoz (Spain)

Portugal 2-4 Jerman

Perlawanan diatas kertas antara yang tersedap di kumpulan F akhirnya tiba masa sepak mulanya dan perlawanan ini nyata tidak mengecewakan lagi menghiburkan.

Enam gol terhasil dengan dua gol sendiri dijaringkan dalam perlawanan menyaksikan Jerman mempamerkan kebangkitan sensasi.

Cristiano Ronaldo membuka tirai jaringan melalui satu serangan balas pantas yang berpunca dari sepakan penjuru Toni Kroos yang berjaya dipotong.

Ronaldo telah berjaya mendapatkan bola daripada sepakan penjuru Tony Kroos dan terus menghantar kepada Bernardo Silva sebelum terus membuat larian.

Diogo Jota turut menyusul disebelah kiri dengan larian pantas untuk menyokong serangan pantas itu, larian Ronaldo berjaya menarik dua pemain Jerman.

Ini membuatkan Jota bebas tidak dikawal, Bernardo Silva dapat melihat situasi itu dan terus menghantar bola kepada Jota.

Jota terus membawa bola rapat kepada penjaga gol sebelum menghantar kepada Ronaldo untuk satu tolakan mudah. Gol ke-12 Ronaldo pada minit ke-15.

Selepas jaringan tersebut Ronaldo telah menghasilkan satu hantaran no look pass dengan penuh bergaya lagi menganjing.

Dua pilih minit kemudian, Jerman menyamakan kedudukan melalui gol sendiri Ruben Dias melalui satu hantaran silang Jerman.

Empat minit berselang Raphael Guerreiro pula menjaringkan gol sendiri juga berpunca dari hantaran silang dan terus meletakkan Jerman di depan.

Kebangkitan Jerman dilakukan melalui dengan cara yang sangat jahat melalui dua gol sendiri Portugal dengan kejuruteraan Jerman yang kembali berfungsi.

Separuh masa kedua menyaksikan Jerman terus mengganas apabila dua gol tidak cukup selamat buat mereka.

Pada minit ke-51 Kai Havertz terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga selepas mudah menolak masuk umpanan Robin Gosens. Tiada lagi gol sendiri.

Lima minit kemudian Robin Gosens pula mencetak nama sebagai penjaring gol selepas menyelesaikan hantaran Joshua Kimmich.

Jerman yang ketumpulan penyudah serangan ketika menentang Perancis telah menyelesaikan masalah itu ketika bertemu penyandang juara.

Portugal tidak berputus asa dan melancarkan serangan bertali arus, namun Jerman bijak memadatkan bahagian tengah.

Keadaan ini memaksa Portugal masuk dan bermain lebih banyak di bahagian sisi padang.

Diogo Jota berjaya menjaringkan gol kedua selepas berjaya menolak masuka hantaran Ronaldo melalui satu sundulan.

Reanto Sanchez membuat rembatan jarak jauh yang deras amat dan terkena tiang lalu bola melantun kembali ke tengah padang.

Kedudukan 4-2 ini kekal hingga tamat perlawanan dan keputusan ini sangat kena dengan kumpulan F yang dilabel sebagai kumpulan maut.

Perancis hampir terkena dengan Hungary namun berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui Antoine Griezmann untuk memperoleh satu mata.

Tekanan kembali ke bahu Portugal yang akan menentang Perancis pada perlawanan terakhir dan Jerman pula menentang Hungary.

Portugal: Rui Patrício, Nélson Semedo, Pepe, Rúben Dias, Guerreiro, Ronaldo (C), Bernardo Silva, Bruno Fernandes, Danilo, William Carvalho, Diogo Jota.

Germany: Neuer (C), Rüdiger, Ginter, Hummels, Kimmich, Havertz, Kroos, Gnabry, Gosens, Gündoğan, Müller.

Referee: Anthony Taylor (England)

Hungary 0-3 Portugal

Pertembungan Hungary menentang Portugal merupakan perlawanan pembukaan kumpulan maut iaitu kumpulan F di mana aksi perlawanan kumpulan ini ditunggu ramai peminat bola sepak.

Kumpulan ini turut dihuni oleh juara Piala Dunia 2018, Perancis dan juga juara Piala Konfederasi 2017, Jerman. Untuk makluman, Portugal merupakan penyandang juara Euro.

Hungary bermain di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri di Puskas Arena, Budapest memberi semangat tambahan kepada Hungary.

Dengan kapasiti 67,000 penonton, Puskas Arena merupakan satu-satunya veneu perlawanan Euro 2020 yang mempunyai kapasiti penuh penonton.

Hungary menampilkan permainan bertahan penuh berdisiplin dari awal permainan dengan permainan berpasukan memadatkan pemain dikawasan sendiri ketika Portugal datang.

Cristiano Ronaldo mendapat peluang terbaik melalui satu hantaran yang panjang tetapi lemah tolakan dilakukan dan penjaga garisan mengangkat bendera tanda offside.

Pada minit ke-40 Diogo Jota melepaskan rembatan kencang dengan satu sentuhan disusuli putaran dengan rembatan selepas menerima hantaran Nelson Semedo.

Penjaga gol Hungary, Peter Gulacsi telah bersedia dengan melakukan satu hadangan.

Cristiano Ronaldo melepaskan peluang keemasan apabila voli beliau meliar ke langit. Bagaimana Ronaldo boleh terlepas peluang sebegitu dan Ronaldo sendiri tampak tidak percaya.

Tamat separuh masa pertama kedudukan terikat seri tanpa jaringan dengan Portugal menguasai 64 peratus perlawanan hanya mampu menghadirkan 2 sahaja percubaan tepat daripada 6 percubaan.

Ternyata permainan bertahan duduk lebih kebawah dengan penuh semangat Hungary membuatkan Portugal mati kutu.

Hungary akhirnya berjaya memberi kegembiraan buat penyokong 60,000 mereka dengan jaringan pendahuluan tapi sayang gol itu dibatalkan kerana offside.

Pada minit ke-84 Rafa Silva telah melakukan hantaran silang yang terbias kaki pemain Hungary dan bola sampai kepada Raphael Guerreiro.

Raphael Guerreiro terus melepaskan satu rembatan dan sekali lagi terbias menyebabkan Peter Gulacsi akhirnya tertewas jua. Portugal akhirnya di depan.

Cara permainan bertahan Hungary mula memakan diri apabila mereka kelihatan penat dan mula koyak serta tidak mampu menampilkan permainan berdisiplin seperti 80 minit pertama.

Dua minit kemudian Willi Orban telah menjatuhkan Rafa Silva dalam kotak penalti dan Cristiano Ronaldo tampil membuat sepakan bukan Bruno Fernandes.

Tiada masalah untuk Ronaldo menyempurnakan sepakan itu untuk memberi Portugal gol kedua perlawanan.

Sejarah tercipta apabila Cristiano Ronaldo menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Euro memecahkan rekod 37 tahun Michel Platini.

Cristiano Ronaldo meledakkan gol ketiga pada minit ke-92 dengan hantaran pendek di dalam kotak yang dimulakan oleh Rafa Silva.

Gerakan itu telah menyebabkan Ronaldo berada dalam situasi satu lawan satu dengan Peter Gulacsi dan mudah menolak masuk untuk gol ketiga.

Ronaldo terus melebarkan rekod penjaringkan sepanjang zaman Euro dengan 11 gol dalam 22 perlawanan dan ketika ini hanya Antoine Griezmann yang mampu mengejar.

Setakat ini Griezmann sudah menjaringkan 6 gol dan merupakan pemain yang masih aktif bermain terdekat untuk mencabar.

Ini merupakan gol ke-106 gol antarabangsa Ronaldo dan hanya tiga lagi untuk menyamai rekod penjaring gol terbanyak antarbangsa milik Ali Daie dengan 109 gol.

Hungary: Gulácsi, Fiola, Orbán, Attila Szalai, Lovrencsics, Kleinheisler, Nagy, Schäfer, Botka, Sallai, Adam Szalai

Subs: Dibusz, Bogdan, Lang, Kecskés, Cseri, R. Varga, Siger, K Varga, Nikolic, Schon, Bolla

Portugal: Rui Patrício, Semedo, Rúben Dias, Pepe, Guerreiro, Danilo, William, Bruno Fernandes, Bernardo Silva, Cristiano Ronaldo, Diogo Jota

Subs: Lopes, Rui Silva, Fonte, Joao Moutinho, Andre Silva, Rafa Silva, Renato Sanches, Neves, Goncalves, Joao Felix, Oliveira, Mendes

BACA:  "Keputusan Jadikan Mbappe Kapten Pasukan Buat Saya Sembelit"- Griezmann