EURO 2020: Slovakia 0-5 Sepanyol

Sepanyol akhirnya menemui cara untuk menjaringkan gol dan mencatatkan kemenangan besar dan penuh bergaya lima gol tanpa balas menentang Slovakia.

Kemenangan ini sekaligus melayakkan Sepanyol ke pusingan kalah mati selaku naib juara kumpulan dibelakang Sweden.

Aymeric Laporte, Pablo Sarabia dan Ferran Torres mencetak nama selaku penjaring selepas dua perlawanan kesenduan teruk.

Gol sendiri yang aneh dari pemain Newcastle United, Martin Dubravka telah memecahkan kebuntuan gol di La Cartuja Stadium Seville.

Alvaro Morata meneruskan kebencian penyokong Sepanyok kepadanya apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-11.

Gol sendiri Martin Dubravka telah menjadi pemangkin semangat buat Sepanyol menambah lagi gol melalui Aymeric Laporte, Pablo Sarabia dan Ferran Torres.

Jaringan kelima Sepanyol juga hadir melalui gol sendiri pemain Slovakia, Juraj Kucka

Slovakia (4-2-3-1): Dubravka; Pekarik, Satka, Skriniar, Hubocan; Kucka, Hromada; Haraslin, Hamsik, Mak; Duda.

Subs: Valjent, Gregus, Weiss, Suslov, Benes, Kuciak, Hrosovsky, Hancko, Duris, Lobotka, Rodak, Koscelnik.

Spain (4-3-3): Simon; Azpilicueta, Garcia, Laporte, Alba; Busquets, Koke, Pedri; Moreno, Morata, Sarabia.

Subs: De Gea, P Torres, Marcos Llorente, Thiago, F Torres, Sanchez, Gaya, Rodri, Fabian, Olmo, Traore, Oyarzabal.

Sepanyol 1-1 Poland

Sepanyol yang tampak terdesak mencari kemenangnan selepas seri menentang Sweden turun untuk perlawanan kedua bertemu Poland sebuah pasukan yang agak sederhana.

Sejujurnya hanya Robert Lewandowski sahaja pemain bintang Poland yang tidak mempunyai pemain hebat lain disekelilingnya.

Namun mereka masih mempunyai kaki untuk bermain dan juga semangat perjuangan tinggi, lantaran itu perlawanan ini tidak mudah untuk Sepanyol.

Tewas bermakna peluang untuk Poland mara sudah tetutup menang masih cerah dan seri akan terus berpeluang, sama apa yang dihadapi Sepanyol.

Alvaro Morata meletakkan Sepanyol di depan pada minit ke-25 dan gol itu pada mulanya dibatalkan apabila penjaga garisan mengangkat bendera keranan offside.

Namun Video Assistant Referee (VAR) kembali mengesahkan jaringan tersebut dan memberi jaringan pertama untuk Sepanyol.

Pada minit ke-43, rembatan cantik Karol Swiderski berjaya menewaskan Unai Simon namun bola terkenan tiang.

Lantunan bola itu tepat kepada Robert Lewandowski yang tidak dikawal tetapi rembatan susulan Lewandowski ditepis sebelah tangan oleh Unai Simon.

Pada minit ke-54 akhirnya Lewandowski berjaya menjaringkan gol pertama di Euro 2020 melalui satu sundulan tajam hasil umpanan Kamil Jozwiak.

Robert Lewandowski menjadi pemain Poland pertama menjaringkan gol di tiga Edisi berbeza iaitu pada Euro 2020, 2016 dan 2012.

Empat minit kemudian Sepanyol telah memperolehi sepakan penalti selepas Jakub Moder telah memijak kaki Gerard Moreno.

Gerard Moreno gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila cubaannya terkena tiang dan tindakan susulan Morata ke laut.

Walaupun menguasai perlawanan sehingga 76 peratus hanya 10 percubaan yang berjaya dilakukan Sepanyol dengan hanya lima percubaan tepat.

Sepanyol menguasai perlawanan dengan permainan hantaran pendek dan bermain dengan selamat serta takut mencuba melakukan gerakan yang kreatif.

Serba tidak kena dengan permainan Sepanyol, ketika menentang Sweden hanya penyudah menjadi masalah dan menentang Poland serba tidak menjadi.

Spain (4-1-2-3) Simon; M Llorente, Laporte, P Torres, Alba; Rodri; Koke, Pedri; Moreno, Morata, Olmo.

Substitutes: de Gea, Sanchez, Azpilicueta, D Llorente, Thiago Alcantara, F Torres, Garcia, Gaya, Fabian Ruiz, Traore, Oyarzabal, Sarabia.

Poland (3-1-4-2) Szczesny; Bereszynski, Glik, Bednarek; Moder; Jozwiak, Klich, Zielinski, Puchacz; Lewandowski, Swiderski.

Substitutes: Skorupski, Fabianski, Dawidowicz, Kedziora, Kozlowski, Linetty, Rybus, Placheta, Frankowski, Kownacki, Swierczok, Helik.

Referee Daniele Orsato (Italy).

Sepanyol 0-0 Sweden

Satu-satunya pasukan yang menjadi juara Euro secara back-to-back atau dua kali berturut-turut, Sepanyol turun untuk perlawanan pertama mereka di EURO 2020 menentang Sweden.

Sepanyol dan Sweden berada dalam kumpulan E bersama dua lagi pasukan Poland dan juga Slovakia, Sepanyol boleh dianggap sebagai pilihan juara kumpulan ni.

Namun keraguan yang nyata dizahirkan peminat bola sepak melihat senarai pemain yang dibawa oleh Luis Enrique yang meninggalkan Sergio Ramos.

Rata-rata muka baharu menjadi harapan pasukan Sepanyol dan kurang pemain berpengalaman, dengan Alvaro Morata di depan, agak mengerikan dikenangkan pengalaman penyerang itu.

Bakat dan potensi ada pemain yang dibawa oleh Luis Enrique ini tidak boleh dipertikaikan lagi dan Euro 2020 ini mungkin menjadi pendedahan terbaik buat mereka.

Menentang Sweden diatas kertas bukanlah sesuatu yang sukar buat Sepanyol yang nyata lebih bagus namun dalam bola sepak semuanya boleh tejadi.

Sepanyol turun beraksi di Estadio de La Cartuja, Sevilla selaku tuan rumah bersama Euro 2020 mempunyai kelebihan apabila beraksi ditempat sama diperingkat kumpulan.

Segalanya bagus dan menarik permainan yang ditampilkan oleh Sepanyol dengan penguasaan permainan yang tidak boleh bawa bincang.

Perencanaan serangan yang dilakukan Sepanyol cukup rasa, cukup rencah dan umami dengan kepantasan dan ketepatan hantaran namun tiada hasil.

Sepanyol gagal mengambil peluang dari usaha mereka untuk menghasilkan sesuatu yang terpenting dalam permainan bola sepak iaitu gol.

Peluang terbaik Sepanyol sudah pasti hadir melalui Alvaro Morata yang kini disaing sengit Timo Werner dalam membazirkan peluang.

Ketika hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol Sweden, Robin Olsen arah sepakan Morata dituju di luar gawang yang sememangnya lebih luas.

Nama Alvaro Morata yang semakin tidak bergigi sentuhan penyudahnya terus menjadi sebutan dan trending di media sosial walaupun perlawanan belum berakhir.

Alvaro Morata telah melakukan tiga percubaan namun tiada satu pun menjadi percubaan tepat dan melepaskan satu peluang terbaik untuk menghasilkan gol.

Pablo Sarabia masuka pada minit ke-66 menggantikan Morata selepas tiada jaringan terhasil untuk menambah sengat.

Dani Olmo telah melakukan satu tandukan jarak dekat namun berjaya ditepis Robin Olsen dan tindakan susulan Koke pula tidak menerjah jaring.

Peluang terbaik Sweden hadir melalui pemain muda La Liga, Alexander Isak yang melakukan rembatan dan terbias kepada pemain pertahanan Sepanyol.

Bola tergolek masuk menuju gawang tetapi terkena tiang lalu bola melantun kembali ke dakapan Unai Simon yang jelas sangat bersyukur.

Alexander Isak telah mempamerkan kemahiran gelecekan beliau apabila berjaya melepasi tiga pemain Sepanyol dan menghantar bola kepada Marcus Berg yang tidak dikawal.

Namun Marcus Berg memilih jalan seperti Alvaro Morata dengan satu percubaan jauh dari gawang yang terbentang luas di depan mata.

Siapa lagi teruk membazir, Marcus Berg ke Alvaro Morata?

Enam minit masa kecederaan diberikan oleh pengadil dan Sepanyol terus melancarkan serangan bertali arus dan jelas mahukan tiga mata.

Lima pertukaran yang dilakukan oleh Luis Enrique nyata tidak dapat menghasilkan gol sehingga tamat perlawanan dengan kekentalan benteng Sweden.

Pemain Manchester United, Victor Lindelof telah diangkat sebagai star of the match bagi mengenang kepaduan aksinya mempertahankan gawang dari bolos.

Spain Starting XI: Simon, Marcos Llorente, Laporte, Pau Torres, Jordi Alba, Koke, Rodri, Gonzalez, Ferran Torres, Morata, Olmo.

Subs: de Gea, Azpilicueta, Diego Llorente, Gerard, Thiago, Garcia, Sanchez, Gaya, Fabian, Traore, Oyarzabal, Sarabia.

Sweden Starting XI: Olsen, Lustig, Danielson, Lindelof, Augustinsson, Sebastian Larsson, Ekdal, Olsson, Forsberg, Berg, Isak.

Subs: Granqvist, Bengtsson, Johnsson, Svensson, Helander, Sema, Krafth, Claesson, Jansson, Quaison, Nordfeldt, Jordan Larsson,
Cajuste.

Referee: Slavko Vincic (Slovenia)

Baca Juga

Baca Juga