Europa League 19/20 : FC Astana 2-1 Manchester United

Manchester United turun dalam perlawanan Europa League sebagai pelengkap jadual sahaja serta untuk penentuan juara kumpulan L selepas sudah mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.

Lawan Setan Merah adalah FC Astana yang belum mencatatkan sebarang kemenangan selepas 4 perlawanan dan Ole Gunnar Solksjaer menurunkan barisan pemain muda dan anak-anak.

Dengan jadual yang padat menanti pada bulan November dan sudah mengesahkan tempat ini masanya Ole Gunnar Solskjaer mencuba formula ke atas pemain muda.

FC Astana merupakan kelab dari Kazakhstan.

Pemain handalan Manchester United yang berwajah keanak-anakan, Jesse Lingard telah dilantik menjadi ketua pasukan bagi membimbing rakan sepasukan.

Sangat menakjubkan perlawanan yang dipamerkan pemain muda ini yang berterusan menyerang selepas 5 minit permainan berlangsung.

Akhirnya pada minit ke-10 Jesse Lingard menunjukkan contoh melalui tauladan dengan menjaringkan gol pembukaan yang powerful.

Gol pertama Lingard sejak januari 2019 yang dijaringkan ketika bertemu Arsenal di FA Cup selepas itu Lingard kemarau gol dalam 28 perlawanan.

Beberapa peluang lagi hadir selepas itu dan gagal diterjemah dengan satu jaringan.

Ketika permainan hampir memasuki minit ke-20, paparan di layar siarang langsung menunjukkan statistik bahawa Setan Merah sudah melakukan 6 percubaan. Luar biasa.

Selepas itu permainan Setan Merah mula kendur tetapi masih lagi mampu membuat serangan, FC Astana pula kelihatan makin selesa dan mula mendapat rentak.

Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

FC Astana memulakan permainan babak kedua dengan penuh meyakinkan dan garang, mereka jelas mahukan gol sebanyak yang mungkin dan terus mengasask.

Entah bagaimana Tahith Chong gagal menyudahkan peluang terbuka ketika beliau tidak dikawal dan gawang juga sudah tiada penjaganya. Rambut tutup mata?

Lebih parah selepas Tahith Chong melepaskan peluang keemasan FC Astana menyamakan kedudukan hasil jaringan Dmitriy Shomko pada minit ke-55.

Tidak lama berselang FC Astana dua gol di depan, Di’Shon Bernard menjaringkan gol sendiri selepas tertampan percubaan pemain FC Astana.

Pada minit ke-74 FC Astana membazirkan peluang untuk menjarakkan kedudukan ketika tidak dikawal.

Penjaga gol FC Astana, Nenad Eric nyata cemerlang menafikan beberapa percubaan merbahaya Manchester United.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh pemain muda Setan Merah untuk mengubah perlawanan sekurang-kurangnya seri.

Kebangkitan luar biasa FC Astana dari Kazakhstan yang akan menjadi satu memori buat negara dan kelab sekaligus menamatkan 6 kekalahan berturut-turut di Europa League.

FC ASTANA (4-4-2): Eruc; Rukavina, Postnikov (Janga 90+1), Logvinenko, Shomko; Beysebekov, Maevski, Sigurjonsson, Rotariu; Khizhnichenko (Pertsukh 85), Murtazayev;

Subs not used: Muzhikov, Zhakipbayev, Mokin, Zhalmukan, Prokopenko

Manchester United (4-2-3-1): Grant; Laird, Tuanzebe, Bernard, Shaw; Garner (Ramazani, 84), Levitt; Chong (Bughail-Mellor 65), Lingard, Gomes (Galbraith 89); Greenwood

Subs not used: Puigmal, Bughail-Mellor, Kovar, Taylor, Mengi

Baca Juga

Baca Juga