Europa League 2019/20 Final: Sevilla 3-2 Inter Milan

Saingan bola sepak Eropah kelas kedua, Europa League hampir menemui noktahnya bagi musim 2019/20 apabila telah tiba di perlawanan akhir menemukan Sevilla dari La Liga dan Inter Milan dari Italy.

Sevilla merupakan pasukan yang tidak boleh dipandang mudah di Europa League kerana mereka pakar dan mempunyai sejarah yang membanggakan di kejohanan ini.

Kelab paling berjaya di Andalusia ini telah berjaya merangkul Europa League sebanyak 5 kali secara double(2005/06, 2006/07) dan hatrik(2013/14, 2014/15. 2015/16).

Sevilla mara ke final sebanyak 5 kali dan muncul juara sebanyak 5 kali. OP!

Kejayaan hatrik Sevilla menjadi juara Europa League ini telah hadir melalui air tangan Unai Emery. Pengurus yang kemudiannya rosak ketika bersama Arsenal.

Inter Milan pula dalam misi mencari kejuaraaan ke-4 di Europa League selepas memahat nama dengan 3 kejuaraan pada tahun 1991, 1994 dan 1998.

Pada ketika itu Europa League dikenali sebagai UEFA Cup.

Romelu Lukaku nyata menggunakan kelebihan fizikal badan beliau dengan efektif sekali diadun kepantasan dan kekuatan badan membuatkan tidak apa dapat menghalang.

Bermula dari serangan balas pantas, Lukaku pantas melakukan larian dan berjaya mendapatkan bola, situasi ini menyebabkan Diego Carlos telah melakukan kekasaran.

Tiada kad merah dan menjadi persoalan, hanya layangan kad kuning sahaja buat Diego Carlos dan penalti telah dihadiahkan oleh pengadil dan tenang disempurnakan Lukaku.

Gol minit kelima daripada Lukaku itu telah kembali diimbangkan oleh Luuk De Jong pada minit ke-12 melalui satu sundulan terbang yang sungguh cantik.

Luuk De Jong meneruskan aksi kebangkitan Sevilla dengan gol kedua pada minit ke-33 juga melalui sundulan, kali ini sundulan lencong mencari penjuru gawang.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Diego Godin menanduk masuk sepakan percuma Marcelo Brozovic dan mengikat kedudukan kepada 2-2.

Minit ke-65 menyaksikan Lukaku telah terlepas peluang untuk kembali meletakkan Inter Milan dihadapan dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Sevilla, Yssine Bounou.

Ketika perlawanan berbaki 15 minit, Diego Carlos telah bertukar dari zero to hero dan Lukaku pula dari hero to zero.

Tendangan akrobatik yang digelar tendangan melepasi kepala atau overhead kick Diego Carlos jelas gagal menemui gawang jika diikutkan pergerakan bola.

Terima kasih kepada refleksi pantas kaki Lukaku yang mahu mengeluarkan bola malangnya bola tertolak ke gawang sendiri. Maka terhasillah gol sendiri.

Gol ketiga yang menjadi gol kemenangan Sevilla ini merupakan hasil jaringan Lukaku dan tidak mampu dikejar Inter Milan hingga tamat perlawanan.

Dengan kemenangan ini membolehkan Sevilla meraih gelaran Europa League buat kali ke-6 dalam sejarah dan menjadi pasukan paling berjaya di Europa League.

6 kali ke final 6 kali muncul juara dalam tempoh 14 tahun. 2005/06, 2006/07, 2013/14, 2014/15. 2015/16 dan 2019/20. Grande.

Sevilla pakar Europa League.

SEVILLA: (4-3-3) Bounou; Jesus Navas, Kounde, Diego Carlos (Gudelj 86), Reguilon; Jordan, Fernando, Banega; Ocampos (Munir 70), de Jong (En-Nesyri 85), Suso (Franco Vazquez 77)

SUBS NOT USED: Diaz (GK), Vaclik (GK); Sergi Gomez, Escudero, Torres, Alonso, Genaro, Perez

INTER MILAN: (3-5-2) Handanovic; Godin (Candreva 90), de Vrij, Bastoni; D’Ambrosio (Moses 78), Barella, Brozovic, Gagliardini (Sanchez 78), Young; Lukaku, Martinez (Eriksen 78)

SUBS NOT USED: Padelli (GK); Sensi, Ranocchia, Valero, Esposito, Pirola, Biraghi, Skriniar

Baca Juga

Baca Juga