Pasukan paling agung dalam sejarah peradaban bola sepak dunia, Manchester United telah mula pandai menjaringkan banyak gol dalam satu perlawanan dan juga mula reti untuk mencatatkan kemenangan tanpa bolos.
Mason Greenwood menjadi nadi kemenangan Setan Merah, selepas aksi luar biasa ditunjukkan pemain itu ketika membantu Manchester United menang 4-0 ke atas AZ Alkmaar dari Belanda, dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.
Manchester United tiada tekanan untuk menang dalam perlawanan terakhir ini. Kerana sudah mengesahkan kemaraan mereka lebih awal sebelum ini dan kemenangan menjadi amaran awal kepada pasukan daripada Champions League.
Pemain muda, Mason Greenwood merupakan bintang utama dalam kemenangan 4-0 Manchester United ke atas AZ Alkmaar itu. Greenwood melakukan rembatan kemas untuk gol kedua selepas gol pembukaan oleh kapten marvel yang tiad tolok banding, Ashley Young.
Mason Greenwood turut berjaya mendapatkan penalti untuk Manchester United yang dengan mudah disempurnakan oleh pemain veteran Juan Mata. Mason Greenwood berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya untuk gol keempat Man United, tidak lama selepas itu.
Gol kedua itu menjadikan Greenwood pemain paling muda mencetak double di kejohanan Eropah. Juan Mata juga sensasi dengan gol dan 2 bantuan gol dalam perlawanan ini.
Greenwood sudah menjaringkan 6 gol untuk United musim ini. Mengatasi rekod Alexis Sanchez dan hanya Marcus Rashford (13 gol) menjaringkan lebih banyak gol daripada pemain berusia 18 tahun itu.
Manchester United (4-2-3-1): Romero 6; Young 6.5 (Laird 68, 6.5), Tuanzebe 7, Maguire 6.5 (Jones 68, 6), Williams 7; Garner 6.5, Matic 6.5; Greenwood 8, Mata 7, Pereira 7; Martial 6 (Chong 59, 6).
Subs: Grant, Rashford, Fred, McTominay.
AZ Alkmaar (4-3-3): Bizot 5; Svensson 5.5, Clasie 5, Wuytens 6, Wijndal 6; Midtsjo 5.5, Stengs 6.5, Koopmeiners 6; Sugawara 6.5 (Vlaar 68, 6), De Wit 6 (Druijf 63, 6), Idrissi 7 (Ouwejan 77, 6).
Subs: De Boer, Aboukhal, Reijnders, Kramer.