Europa League 2019/20 Separuh Akhir: Sevilla 2-1 Manchester United

Saingan bola sepak Eropah kelas dua, Europa League telah memasuki peringkat separuh akhir dan perlawanan pertama adalah pertemuan antara kelab Sepanyol menentang Manchester United.

Sevilla merupakan pasukan yang tidak boleh dipandang mudah di Europa League kerana mereka pakar dan mempunyai sejarah yang membanggakan di kejohanan ini.

Kelab paling berjaya di Andalusia ini telah berjaya merangkul Europa League sebanyak 5 kali secara double(2005/06, 2006/07) dan hatrik(2013/14, 2014/15. 2015/16).

Kejayaan hatrik Sevilla menjadi juara Europa League ini telah hadir melalui air tangan Unai Emery. Pengurus yang kemudiannya rosak ketika bersama Arsenal.

Entah kenapa Ole Gunnar Solskjaer menurunkan David De Gea menggantikan Sergio Romero yang sangat cemerlang di kempen Europa League.

Manchester United di depan pada minit ke-9 hasil jaringan Bruno Fernandes dan sudah pasti jika Fernandes menjaringkan gol, maka gol tersebut wajib dari sepakan penalti.

Marcus Rashford telah dijatuhkan dan dikasari oleh pemain pertahanan Sevilla, Diego Carlos di dalam kotak dan sangat jelas itu satu penalti.

Kerana kekasaran itu, Rashford terpaksa menerima rawatan di tepi padang dan perlawanan dihentikan buat seketika.

Pada minit ke-26 Suso yang tidak dikawal telah berjaya menyamakan kedudukan dengan satu rembatan sedikit lencong yang mudah menewaskan David De Gea.

Selepas melambung-lambung bola sebelum disusuli hantaran pendek, Sergio Reguilon telah melakukan hantaran leret ke kotak penalti.

Hantaran mudah dan ringkas itu cukup untuk membuatkan Harry Maguire bingung dan Brandon William ke laut dan bola menemui Suso untuk gol penyamaan.

Anthony Martial memperoleh satu ruang dan peluang untuk melepaskan satu rembatan lencong tapi sayang bola sedikit tinggi melepasi palang.

Kekasaran ke atas Paul Pogba menyebabkan sepakan percuma diberi dan Marcus Rashford melakukan satu sepakan percuma yang padu tetapi tidak mampu menewaskan Yassine Bounou.

Cantik rembatan Bruno Fernandes pada penghujung 45 minit pertama namun bola sepakannya terus menuju ke arah Yassine Bounou yang terus menghadang dengan tangannya.

Separuh masa kedua menyaksikan Setan Merah bermula garang dengan serangan dan percubaan yang bertubi-tubi namun tiada satu pun yang berjaya ditukar menjadi jaringan.

Anthony Martial memperoleh dua peluang secara berturut-turut kurang seminit dengan berjaya lolos daripada barisan pertahanan Sevilla dan hanya tinggal Yassine Bounou untuk ditewaskan.

Tetapi kedua-kedua peluang itu gagal disempurnakan Martial. Permainan mula menjadi sedikit hambar.

Pada minit ke-78 hantaran silang Jesus Navas berjaya sampai ke kaki Luuk de Jong yang tidak dikawal lalu mudah melakukan satu tolakan mudah menewaskan David De Gea.

Entah apa yang dilakukan oleh pertahanan Setan Merah, nak berharap kepada De Gea yang memang dah tak boleh harap?

Enam minit masa kecederaan diberikan oleh pengadil dan tiada apa yang mampu dilakukan Setan Merah selain berharap kepada penalti lagi.

Namun tiada sepakan penalti diberi dan pengadil meniupkan wisel penamat tanda berakhirnya musim buat Setan Merah.

Tiga kali Ole Gunnar Solskjaer kecundang diseparuh akhir, League Cup, FA Cup dan terkini Europa League. Sevilla dijangka bertemu Inter Milan di Final.

Sevilla: Bounou; Navas, Kounde, Carlos, Reguilon; Jordan (Gudelj 88), Fernando, Banega; Suso (Vasquez 75), En-Nesyri (de Jong 56), Ocampos (Munir 56)

Subs not used: Vaclik, Gomez, Escudero, Oliver, Lara, Diaz, Rodriguez, Perez

Manchester United: De Gea; Wan-Bissaka (Mata 88), Maguire, Lindelof, Williams (Fosu-Mensah 87); Pogba, Fred; Greenwood (Ighalo 90+3), Fernandes, Rashford (James 87); Martial

Subs not used: Bailly, Mata, Grant, Lingard, Pereira, Romero, Matic, McTominay, Mengi

BACA:  Jadon Sancho Kembali Untuk Selamatkan Man Utd Dari Kekalahan