Europa League 2020/21: AC Milan 0-1 Manchester United (Agg. 3-2)

Perlawanan separuh masa pertama berlangsung agak hambar dengan permainan yang berhati-hati daripada Manchester United dan AC Milan dan menurut pengulas perlawanan lebih kepada perlawanan taktikal.

Hanya dua sahaja percubaan tepat daripada 5 percubaan yang dilakukan oleh AC Milan dan Manchester United hanya mendaftarkan satu percubaan tepat daripada 4 percubaan.

Babak kedua menyaksikan Marcus Rashford dikeluarkan dan Paul Pogba yang sudah lama berehat diberi peluang untuk beraksi semula dan ternyata sentuhannya masih ada.

Hanya empat minit sahaja diperlukan Paul Pogba untuk menjaringkan gol pendahuluan buat Manchester United hasil situasi kelam kabut di depan gawang AC Milan.

Beberapa hantaran yang cuba dilakukan Pogba sangkut namun kembali semula ke kaki Poba yang akhirnya membuat satu percubaan yang nakal dan agak jahat.

Terkesima Gianluigi Donnarumma melihat percubaan depan mata Pogba yang gagal beliau selamatkan.

Selepas jaringan tersebut Manchester United mula menguasai perlawanan dan terus menekan AC Milan untuk gol tambahan sehinggalah pada minit ke-65.

Pada minit ke-65 semua mata tertumpu ke bangku simpanan dan kamera ketika siaran langsung juga mula memberi fokus kepada Zlatan Ibrahimovic yang masuk menggantikan Samuel Castillejo.

Zlatan Ibrahimovic pernah menjulang trofi kejuaraan Europa League bersama Manchester United dan ketika itu beliau tidak dapat beraksi kerana kecederaan lutut.

Kemasukan pemain kebangsaan Sweden yang terkenal dengan sifat angkuh itu nyata memberi impak dan semangat menyerang AC Milan mula membara.

Peluang terbaik diperolehi oleh Zlatan Ibrahimovic melalui satu sundulan tajam yang gagal disaingi Luke Shaw, namun tandukan Zlatan berjaya ditepis keluar oleh Dean Henderson.

AC Milan terus menyerang beberapa peluang terbaik mereka telah digagalkan oleh Dean Henderson dan peluang tak baik sangkut dibahagian pertahanan.

Walaupun kemasukkan Zlatan seperti memberi impak namun secara statistiknya Zlatan telah offside sebanyak 3 kali lebih banyak dari hantaran tepat yang dilakukan beliau iaitu dua sahaja.

AC Milan gagal untuk mencari gol penyamaan lewat permainan seperti yang dilakukan pada perlawanan pertama dan Manchester United mara lagi ke suku akhir.

Kecemerlangan Dean Henderson tidak dapat dinafikan dalam perlawanan ini dengan menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dan tidak bahaya AC Milan.

Musim ini dalam semua kejohanan, Dean Henderson telah beraksi dalam 18 perlawanan dengan 11 perlawanan tanpa bolos dan hanya melepaskan 8 gol.

Impak yang diberikan Paul Pogba juga sangat padu walaupun bermain untuk 45 minit sahaja dengan mencatatkan paling banyak percubaan iaitu tiga dan mencipta dua peluang.

AC Milan (4-2-3-1) G Donnarumma; Kalulu, Tomori, Kjaer, Theo Hernandez; Kessie, Meite; Saelemakers, Hakan Calhanoglu, Krunic; Castillejo.

Substitutes: Tatarusanu, A Donnarumma, Bennacer, Dalot, Tonali, Ibrahimovic, Brahim Diaz, Tonin, Gabbia.

Man Utd (4-2-3-1) Henderson; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw; McTominay, Fred; James, Bruno Fernandes, Rashford; Greenwood.

Substitutes: De Gea, Grant, Pogba, Diallo, Alex Telles, Matic, Williams, van de Beek, Tuanzebe.

Referee Felix Brych (Germany).

Europa League 2020/21: Manchester United 1-1 AC Milan

Saingan bola sepak Eropah minggu ini diteruskan selepas selesai beberapa perlawanan kejohanan Eropah paling agung, Champions League dan ada beberapa pasukan sudah melayakkan diri ke suku akhir.

Bagi saingan kelas kedua Eropah, Europa League baru sahaja memasuki pusingan 16 terbaik dan perlawanan paling lejen sudah pasti perlawanan antara Manchester United menentang AC Milan.

Pertembungan kedua-dua pasukan ini sudah pasti menggamit kenangan ketika kedua-dua pasukan ini menjadi gergasi Eropah hampir sedekad lalu sebelum menjadi kelakar seperti sekarang.

Ole Gunnar Solskjaer menukar barisan pertahanan dalam perlawanan ini dengan menurunkan Eric Bailly dan Alex Telles dengan merehatkan Victor Lindelof dan Luke Shaw.

AC Milan pula kehilangan pemain tonggak mereka, Zlatan Ibrahimovic keran kecederaan betis sekaligus melenyapkan impian reunion Zlatan Ibrahimovic bersama bekas pasukannya itu.

Selain Zlatan, AC Milan juga kehilangan khidmat Theo Hernandez, Ante Rebic, Mario Mandzukic, Hakan Calhanoglu dan Ismael Bennacer untuk perlawanan ini.

Beraksi di Old Trafford nyata tidak menggentarkan AC Milan yang terus menekan seawal permainan bermula dan perluang terbaik hadir melalui bola lambungan jarak jauh Simon Kjaer.

Rafeak Leao yang menggalas tugas menyerang tanpa pemain utama berjaya melarikan bola untuk melakukan satu percubaan namun penjaga garisan telah mengangkat bendera tanda offside.

Selepas 10 minit permainan Franck Kessie telah menjaringkan gol pembukaan dengan satu rembatan menggelembung beraras sederhana namun cukup untuk menewaskan Dean Henderson.

Namun jaringan yang telah terhasil itu dirujuk kepada Video Assistan Referee(VAR) kerana ada unsur-unsur kecurangan dan tidak keadilan.

Selepas beberapa detik penelitian dilakukan maka jelas kelihatan bola telah terkena tangan Franck Kessie ketika mengawal bola sebelum percubaan dilakukan.

Manchester United agak goyang dan gugup dalam perlawanan ini dengan deretan hantaran yang tidak lepas dan berjaya dipotong pemain AC Milan.

Selepas 30 minit permainan, barulah Manchester United tampak sedikit tenang dan mula mendapat rentak serta berjaya melakukan gerakan dengan lebih baik.

Entah bagaimana ketua pasukan hebat, Harry Naguire boleh terlepas peluang terbuka lagi terhidang luas yang berpunca daripada sepakan penjuru.

Bola sampai kepada Maguire dan tiang gol yang statik tidak bergerak sahaja ketika itu, hanya satu tolakan mudah sahaja diperlukan Maguire untuk menghasilkan gol.

Namun percubaan Maguire telah terkena tiang yang halus kejadiaannya berbanding gawang yang terbuka luas dan bola melantun ke kawasan permainan.

Separuh masa kedua bermula, Anthony Martial yang disayangi ramai dan dianggap sebagai False Player telah dikeluarkan dan digantikan dengan Amad Diallo.

Ternyata keputusan Ole Gunnar Solskjaer mengeluarkan Martial yang tidak berfungsi dan gagal memberi sumbangan dalam banyak perlawanan membuahkan hasil.

Lima minit dipadan Amad Diallo membalas kepercayaan Ole dengan gol pembukaan melalui satu sundulan hasil umpanan genius pemain harapan dunia, Bruno Fernandes.

Bukan tandukan biasa-biasa dilakukan oleh Diallo kerana sundulan itu dilakukan dengan membelakangi gawang atau no look header.

Macnhester United tampak lebih garang selepas memperolehi gol semangat.

Pada minit ke-70, Daniel James terlepas peluang untuk menggandakan kedudukan selepas hantara Mason Greenwood gagal disempurnakan kerana terlebih guna kuasa.

Ketika permainan bakal berpihak kepada Manchester United dengan masa kecederaan berbaki lebih kurang seminit, Simon Kjaer hadir dengan gol penyamaan.

Berpunca dari sepakan sudut, mudah buat Simon Kjaer yang tidak dicabar melakukan satu tandukan bebas yang cuba ditepis keluar Dean Henderson namun bola tidak naik ke atas.

Jaringan sangat berharga buat AC Milan dan menjadi bekalan untuk perlawanan kedua dengan jaringan gol tempat lawan.

Gol Simon Kjaer ini juga telah menamatkan aksi tanpa bolos Setan Merah selama 503 minit dalam semua kejohanan.

Manchester United: Dean Henderson; Aaron Wan-BIssaka, Eric Bailly, Harry Maguire, Alex Telles; Scott McTominay, Namenja Matic; Daniel James, Bruno Fernandes, Mason Greenwood; Anthony Martial

Subs: Shola Shoretire, Axel Tuanzebe, Luke Shaw, Brandon Williams, Fred, Lee Grant, Victor Lindelof, Bishop, Traoré, Amad Diallo

AC Milan: Domarunma; Calabria, Kjaer, Tomori, Dalot; Krunic, Meite, Kssie; Saelemaekers, Rafael Leao, Daz

Subs: Tatarunsanu, Castillejo, Tonali, Kalulu, Tonin, Gabba, Donnarumma

BACA:  Manchester United & Ajax Capai Kesepakatan €100 Juta Untuk Perpindahan Antony