Europa League 2020/21: Arsenal 0-1 Olympiacos (Agg. 3-2)

Arsenal turun dalam perlawanan timbal balik Europa League menentang Olympiacos dengan agak selesa selepas membawa bekalan tiga gol tempat lawan selepas menang 3-1 dengan aksi kebangkitan minggu lalu.

Dalam perlawanan di Stadium Emirates ini Arsenal hampir dikejutkan dengan semangat kebangkitan pahlawan Greek yang ditunjukkan oleh Olympiacos.

Walaupun tewas Arsenal layak ke suku akhir dengan agregat 3-2 dan ternyata bekalan dari perlawanan pertama sudah cukup untuk Arsenal mara untuk rakyat London.

Dengan kelebihan yang ada, Arsenal tidak bermain sambil lewa dan mahu memastikan mereka layak secara mutlak namun sentuhan penyudah tidak hadir.

Arsenal telah membazirkan 5 peluang terbesar mereka yang gagal diterjemahkan dengan jaringan walaupun sebiji. Dua di separuh masa pertama dan tiga di separuh masa kedua.

Youssef El-Arabi memecahkan kebuntuan melalui satu rembatan yang terbias Gabriel yang mudah menewaskan Bernd Leno pada minit ke-51.

Untuk mara, Olympiacos perlu mencari dua gol lagi tetapi pemain pertahanan pasukan dari Greece itu, Ousseynou Ba telah mengutip dua kad kuning pada minit ke-82.

Dua kad kuning bermakna kad merah dan Olympiacos terpaksa bermain 10 orang untuk baki 10 minit permainan dan memudahkan Arsenal mempertahankan kelebihan.

Ini merupakan kali keempat Arsenal mara ke suku akhir dalam lima musim terakhir mereka di Europa League.

Rekod tanpa kalah Arsenal dalam 9 perlawanan di Europa League musim ini akhirnya lebuh pada perlawanan ke-10 di kaki Olympiacos. Tetap layak.

Arsenal (4-3-3) Bernd Leno; Hector Bellerin, David Luiz, Gabriel, Kieran Tierney; Danny Ceballos, Mohamed Elneny, Granit Xhaka; Nicolas Pepe, Pierre Emerick Aubameyang, Emile Smith Rowe.

Substitutes: Ryan, Okwonko, Lacazette, Odegaard, Holding, Cedric, Partey, Chambers, Pablo Mari, Nelson, Nketiah, Martinelli.

Olympiakos (3-4-3) Jose Sa; Sokratis, Ba, Holebas; Androutsos, M’Vila, Camara, Reabciuk; Masouras, El-Arabi, Fortounis.

Substitutes: Karargyris, Tzolakis, Bouchalakis, Vrousai, Drager, Bruma, Lala, Sourlis, Randjelovic.

Referee Carlos del Cerro Grande (Spain)

Europa League 2020/21: Olympiacos 1-3 Arsenal

Arsenal boleh dikatakan mendapat laluan mudah dalam pusingan 16 terbaik Europa League selepas diundi bertemu Olympiacos yang datang selepas keciciran di peringkat kumpulan Champions League.

Perlawanan ini dihidangkan dengan aksi jaringan yang padu diselit sedikit dengan aksi kelakar yang amat.

Martin Oedegaard membuka tirai jaringan Arsenal pada minit ke-34 dengan satu remabatan yang meroket dan merobek gawang Olympiacos selepas membazirkan peluang sebelum itu.

Pemain kebangsaan Denmark itu akhirnya membuka akaun jaringan bersama Arsenal dan jaringan pertama beliau hadir di pentas Eropah. Selera tajam.

Penjaga gol Olympiacos mempunyai masa untuk melakukan sesuatu namun ternyata kaget dan terkaku lalu terpaku dan telah terlambat apabila reaksi balas dilakukan.

Pada separuh masa kedua, Olympiacos menyamakan kedudukan melalui Youssef El Arabi dalam satu situasi yang kelakar ditunjukkan Bernd Leno.

Bernd Leno menerima hantaran kebelakang ketika beliau telah keluar dari kawasan gol dalam situasi yang selamat dan terkawal dari ancaman.

Namun tindakan Bernd Leno menghantar bola kepada Danny Ceballos yang kelakar telah merubah segalanya apabila dua pemain Olympiacos datang menekan Ceballos.

Bola yang tiba ke kaki Ceballos mudah dirampas Youssef El Arabi yang membuat satu jaringan mudah ketika Leno cuba kembali ke posisi.

Arsenal tidak panik seperti Leno dan Ceballos apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh 5 minit untuk kemenangan 3-1

Gabriel kembali meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-80 selepas menyempurnakan suapan daripada si rambut kembang, Willian.

Lima minit berselang Mohamed Elneny terus menjarakkan kedudukan bagi membolehkan Arsenal membawa bekalan gol ke tempat lawan minggu hadapan.

Aksi kelakar Leno dan Ceballos menjadi kurang kelakar dengan kemenangan ini dan sudah pasti memberi kelegaan yang amat.

Arsenal terus cemerlang di Europa League dengan mencatatkan 8 kemenangan dalam 9 perlawanan Europa League musim ini dengan sekali seri.

Arsenal juga menjadi pasukan paling banyak menjaringkan gol setakat ini dengan 27 jaringan.

Olympiakos (4-3-3): José Sá; Lala, Sokratis, Ba, Reebciuk; M’Vila, Camara, Bouchalakis; Valbuena, El-Arabi, Bruma

Subs: Karargyris, Tzolakis, Fortunis, Ahmed Hassan, Androutsos, Masouras, Drager, Holebas, Sourlis, Randjelovic

Arsenal (4-2-3-1): Bernd Leno; Hector Bellerín, David Luiz, Gabriel, Kieran Tierney; Thomas Partney, Xhaka; Saka, Odegaard, Willian; Aubameyang

Subs: Ryan, Cedric, Chambers, Holding, Pablo Mari, Elneny, Ceballos, Smith Rowe, Pepe, Martinelli, Lacazette, Hein

Referee: Daniel Siebert (Germany)

BACA:  Arsene Wenger Menyesal Kerana Bersama Arsenal Terlalu Lama