Europa League 2020/21: Dinamo Zagreb 3-0 Tottenham Hotspur (Agg. 3-2)

Malam yang serba tidak menjadi buat Tottenham Hotspur yang tidak mengikut jiran mereka Arsenal dalam kempen mereka di Europa League pusingan 16 terbaik apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Dinamo Zagreb.

Arsenal tewas namun tetap mara dan Spurs juga tewas namun ditendang keluar walaupun mempunyai kelebihan dua gol hasil daripada perlawanan pertama.

Dinamo Zagreb boleh dikatakan turun dengan keadaan yang tempang selepas pengurus mereka telah meletakkan jawatan dua hari hari sebelum perlawanan berlangsung.

Zoran Mamic yang merupakan pengurus merangkan pengarah bola sepak Dinamo Zagreb telah dijatuhkan hukuman penjara selama emapat tahun dan lapan bulan.

Hukuman ini dijatuhkan kepada Zoran Mamic selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengelak dari membayar cukai yang dilaporkan bernilai £1.4 juta dan menyeleweng £13 juta hasil penjualan pemain Dinamo.

Namun di padang semangat perjuangan dan kebangkitan penuh kegilaan yang dipamerkan oleh kelab Croatia ini apabila berjaya memadamkan kelebihan agregat Spurs.

Nama yang akan menghantui Spurs untuk beberapa ketika selepas ini sudah pasti dan tiada sangsi lagi adalah Mislav Orsic yang mencetak hatrik.

Mislav Orsic memulakan detik kebangkitan ketika perlawanan berbaki 30 minit dengan satu jaringan spektakular rembatan lencong diluar kawasan gol.

Menerima hantaran daripada Lovro Majer, Mislav Orsic memotong ke dalam sambil mengesan ruang, peluang serta sudut sesuai untuk merembat dan boom!

Penjaga gol Dinamo Zagreb, Dominik Livakovic juga perlu diberikan pujian dengan beberapa aksi menyelamat dan luar biasa.

Pada minit ke-82, Mislav Orsic telah menyamakan agregat dan sekaligus membawa perlawanan ke masa tambahan selepas terikat kedudukan untuk tempoh 90 minit.

Gol ini sungguh cantik kerana terhasil daripada kerjasama berpasukan.

Permulaan mimpi ngeri Spurs hadir pada minit ke-106 apabila Mislav Orsic telah melengkapkan hatrik beliau dengan satu lagi gol padu.

Menerima hantaran Iyayi Believe Atiemwen dari tengah padang, Mislav Orsiv melengkapkan kisah dongeng bola sepak dengan satu larian solo.

Aksi individu yang sangat cemerlang dari Mislav Orsiv yang melepasi 4 pemain Spurs yang cuba menekan dan sebelum mengadap 3 pemain pertahan Spurs, Orsiv merembat.

Hugo Lloris tewas buat kali ketiga di kaki Mislav Orsiv dan Spurs gagal mencari gol dengan kecemerlangan si penjaga gawang, Dominik Livakovic.

Hatrick ini telah menobatkan Orsiv sebagai pemain kedua menjaringkan hatrik ke atas Spurs dalam kejohanan utama Eropah selepas Serge Gnabry menjaringkan empat gol di Champions League musim lalu.

Mislav Orsic juga menjadi pemain pertama dalam sejarah Dinamo Zagreb menjaringkan hatrik menentang pasukan Inggeris di kejohanan utama Eropah.

Dinamo Zagreb (4-3-3) Livakovic, Ristovski, Lauritsen, Theophile-Catherine, Franjic; Majer, Jakic, Ademi; Ivanusec, Petkovic, Orsic.

Substitutes: Zagorac, Josipovic, Gavranovic, Cabraja, Kastrati, Leovac, Tolic, Burton, J Misic, Stojanovic, Peric, Atiemwen.

Tottenham Hotspur (4-2-3-1) Lloris; Aurier, Sanchez, Dier, Davies; Sissoko, Winks; Lamela, Alli, Lucas Moura; Kane.

Substitutes: Hart, Doherty, Reguilon, Alderweireld, Bale, Lo Celso, Bergwijn, Tanganga, Ndombele, Carlos Vinicius, Scarlett, Lavinier.

Referee Davide Massa (Italy)

BACA:  Kane Ikat Kontrak Baru Selama 6 Tahun Untuk Bersama Spurs Sehingga 2024