Europa League 2020/21: Olympiacos 1-3 Arsenal

Arsenal boleh dikatakan mendapat laluan mudah dalam pusingan 16 terbaik Europa League selepas diundi bertemu Olympiacos yang datang selepas keciciran di peringkat kumpulan Champions League.

Perlawanan ini dihidangkan dengan aksi jaringan yang padu diselit sedikit dengan aksi kelakar yang amat.

Martin Oedegaard membuka tirai jaringan Arsenal pada minit ke-34 dengan satu remabatan yang meroket dan merobek gawang Olympiacos selepas membazirkan peluang sebelum itu.

Pemain kebangsaan Denmark itu akhirnya membuka akaun jaringan bersama Arsenal dan jaringan pertama beliau hadir di pentas Eropah. Selera tajam.

Penjaga gol Olympiacos mempunyai masa untuk melakukan sesuatu namun ternyata kaget dan terkaku lalu terpaku dan telah terlambat apabila reaksi balas dilakukan.

Pada separuh masa kedua, Olympiacos menyamakan kedudukan melalui Youssef El Arabi dalam satu situasi yang kelakar ditunjukkan Bernd Leno.

Bernd Leno menerima hantaran kebelakang ketika beliau telah keluar dari kawasan gol dalam situasi yang selamat dan terkawal dari ancaman.

Namun tindakan Bernd Leno menghantar bola kepada Danny Ceballos yang kelakar telah merubah segalanya apabila dua pemain Olympiacos datang menekan Ceballos.

Bola yang tiba ke kaki Ceballos mudah dirampas Youssef El Arabi yang membuat satu jaringan mudah ketika Leno cuba kembali ke posisi.

Arsenal tidak panik seperti Leno dan Ceballos apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh 5 minit untuk kemenangan 3-1

Gabriel kembali meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-80 selepas menyempurnakan suapan daripada si rambut kembang, Willian.

Lima minit berselang Mohamed Elneny terus menjarakkan kedudukan bagi membolehkan Arsenal membawa bekalan gol ke tempat lawan minggu hadapan.

Aksi kelakar Leno dan Ceballos menjadi kurang kelakar dengan kemenangan ini dan sudah pasti memberi kelegaan yang amat.

Arsenal terus cemerlang di Europa League dengan mencatatkan 8 kemenangan dalam 9 perlawanan Europa League musim ini dengan sekali seri.

Arsenal juga menjadi pasukan paling banyak menjaringkan gol setakat ini dengan 27 jaringan.

Olympiakos (4-3-3): José Sá; Lala, Sokratis, Ba, Reebciuk; M’Vila, Camara, Bouchalakis; Valbuena, El-Arabi, Bruma

Subs: Karargyris, Tzolakis, Fortunis, Ahmed Hassan, Androutsos, Masouras, Drager, Holebas, Sourlis, Randjelovic

Arsenal (4-2-3-1): Leno; Bellerín, David Luiz, Gabriel, Tierney; Thomas, Xhaka; Saka, Odegaard, Willian; Aubameyang

Subs: Ryan, Cedric, Chambers, Holding, Pablo Mari, Elneny, Ceballos, Smith Rowe, Pepe, Martinelli, Lacazette, Hein

Referee: Daniel Siebert (Germany)

BACA:  Komputer Super Ramalkan Arsenal Akan Julang UEL Musim Ini