Europa League 2020/21: Rapid Vienna 1-2 Arsenal

Arsenal yang dikatakan sangat hebat oleh penyokong mereka dibawah bimbingan Mikel Arteta memulakan kempen Eropah kelas bawahan, Europa League dengan langkah kanan apabila menewaskan Rapid Vienna 2-1.

Rapid Vienna merupakan kelab bola sepak yang beraksi di Liga Austria dan tiada kaitan dengan jenama pengangkutan awam iaitu Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras(RAPID).

Perlawanan yang sepatutnya mudah buat Arsenal tidak menjadi mudah kerana Arsenal sangat hebat hanya di mulut penyokong mereka sahaja namun aksi kebangkitan yang disajikan amat sedap ditonton.

Tempoh 45 minit pertama menyaksikan aksi sangat bergelut di depan gol lawan walaupun menguasai hampir 3/4 masa permainan menyaksikan tiada sebarang gol dijaringkan.

Hanya satu sahaja percubaan tepat yang berjaya dihadirkan ke kubu Rapid Vienna dan mujur buat Arsenal lawannya juga agak ke laut di depan gol.

Namun Rapid Vienna terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-51 menerusi jaringan Taxiarchis Fountas.

Pemain pertahanan yang sentiasa dicaci David Luiz memberi inspirasi kepada kebangkitan Arsenal dengan jaringan penyamaan pada minit ke-70.

Ternyata jaringan David Luiz menyedarkan Pierre Emerick-Aubameyang dari lamunan dan menjalankan tugas hakikinya sebagai penyerang berbisa Arsenal.

Hasilnya 4 minit kemudian Pierre Emerick-Aubameyang telah menjaringkan gol kemenangan dan memberi kemenangan di malam jumaat.

Dengan penguasaan 69 peratus permainan jumlah percubaan Rapid Vienna lebih banyak berbanding Arsenal dan mencatatkan jumlah percubaan tepat yang sama.

Hanya jaringan gol sahaja membezakan antara pemenang dan mereka yang tewas.

Arsenal (3-4-3): Leno 5; Luiz 7, Gabriel 7.5, Kolasinac 7; Cedric 6.5, Partey 8.5, Elneny 7, Saka 7 (Tierney 84, 6.5); Pepe 7 (Nelson 90), Lacazette 6 (Willock 84, 6.5), Nketiah 6 (Aubameyang 61, 6).

Subs not used: Runarsson, Macey, Maitland-Niles, Mustafi, Xhaka.

BACA:  Barcelona Kini Dianggap Arsenal Dalam Saingan La Liga