Eusebio Sacristan : Jurulatih Yang ‘Reject’ Barcelona, Enggan Menjadi Penganti Enrique

Bayangkan pada suatu hari, telefon bimbit kau berdering dan kelihatan nombor pemanggil bermula dengan +34. Lalu kau jawab panggilan tersebut. Kedengaran seorang lelaki yang bercakap dalam bahasa Inggeris loghat Sepanyol menyatakan dirinya dari FC Barcelona dan ingin melamar kau sebagai ketua jurulatih mereka yang baharu untuk menggantikan Luis Enrique.

Dengan sepantas kilat, pasti kau akan mengatakan,”Ya, aku nak!”

Ye lah, Barcelona kot. Kau akan berpeluang melatih pemain kelas dunia seperti Leo Messi, Neymar Jr, Luis Suarez, Ivan Rakitic dan ramai lagi. Selain itu, kau turut berpeluang bekerjasama dengan pihak pengurusan yang tip top dan pengadil-pengadil UEFA yang bertimbang rasa.

Dengan kata lain, kau campak bola ke tengah padang, kau main Candy Crush, cukup 90 minit kau celebrate kemenangan. Cukup mudah bukan.

Pun begitu, peluang ini telah ditolak oleh seorang lelaki – Eusebio Sacristan.

Siapa Eusebio Sacristan ni?

Eusebio Sacristan merupakan seorang bekas pemain tengah Barcelona dari 1988 sehingga 1995, dan telah bermain lebih 300 perlawanan, memenangi empat La Liga dan satu Piala Eropah bersama skuad Blaugrana ini.

Eusebio ketika bermain untuk Barcelona.

Selepas bersara dari sebagai pemain, Eusebio telah menjadi pembantu jurulatih bersama pasukan utama Barcelona, sebelum disunting Celta Vigo selama semusim pada 2009-10, dan kembali ke Barcelona pada musim berikutnya untuk melatih pasukan Barcelona B.

Bersama Barcelona B, Eusebio telah membawa pasukan tersebut menduduki tangga ketiga Segunda Vision – divisyen 2 piramid bola sepak Sepanyol sekaligus melayakkan pasukan Barca B bermain di La Liga. Namun, disebabkan undang-undang yang melarang pasukan B bertanding dalam liga yang sama dengan pasukan A, maka Barca B tidak dinaikkan liga.

Kejayaan tersebut amatlah luar biasa kerana barisan pemain yang diuruskan oleh Eusebio ketika itu bukanlah barisan pemain bintang.

Pada hujung musim tersebut juga, Gerard Martino telah dipecat oleh Barcelona dan ketika ini, Eusebio berasakan dia mempunyai peluang yang cerah untuk mengikut jejak langkah Pep Guardiola, dinaikkan pangkat dari pasukan B.

Eusebio menjadi jurulatih Barcelona B.

Namun harapannya tinggal harapan apabila Barcelona telah memilih Luis Enrique yang ketika itu sedang melatih Celta Vigo. Perlantikan ini ternyata telah menghilangkan senyuman ikhlas di bibir Eusebio Sacristan.

Kini ketika ditanya adakah dia akan membuat pusingan-U untuk kembali ke Barcelona, dia sekadar memberikan jawapan yang tidak ingin didengari oleh peminat Barca.

“Aku memang consider jawatan ni masa aku di Barca B,” lelaki berusia 53 tahun ini memulakan bicara.

“Tapi depa tak pernah consider aku. Mungkin aku tak cuku bagus kot untuk depa masa tu.

“Sekarang aku gembira yang depa ni masukkan nama aku dalam senarai pendek pengganti Enrique. Tapi dulu depa tak buat macam ni pun.

“Suatu masa dulu, masa aku jadi jurulatih tim B,  aku nak sangat depa ambil aku, tapi depa tak ambil. Harey betoi.

“La ni, aku dah masuk fasa lain dalam hidup aku. Aku sedang dalam detik indah dalam karier aku dan aku tak mau orang lain kacau. Faham dak?” Eusebio membentak, lantas berlalu pergi, menjauhi wartawan.

Namun, sempat dia berpaling dan berkata,” Sekarang aku cukup selesa kat sini. La Real ni kelab yang bagi aku suasana kerja yang ideal dan ini yang aku nak dalam hidup aku la ni. Babai.”

Eusebio kini bersama Sociedad.

Eusebio kini bersama kelab Real Sociedad, mula menjadi jurulatih di kelab tersebut pada tahun 2015, menggantikan pengurus lagenda Manchester United, Sir David Moyes. Real Sociedad kini berada di tangga kelima selepas 29 perlawanan, 8 mata di belakang pasukan tangga keempat, Sevilla.

Sekiranya Sevilla tergelincir seperti Steven Gerrard, pasti Eusebio akan membawa Sociedad ke Liga Juara-juara!

Sokongan Luis Suarez

Bekas pemain Barcelona yang memenangi Ballon d’Or pada tahun 1960, Luis Suarez, turut berharap Eusebio akan membuat u-turn. Lagipun sekarang kan musim orang buat u-turn.

Baru-baru ini, Suarez ada mengatakan bahawa dah lama dia suruh Barca pilih Eusebio.

Inilah Suarez pemenang Ballon d’Or pada tahun 1960. Kacak kan?

“Dah berbulan aku cakap. Eusebio patut dipilih. Dia kenal kelab ni dan dia buat kerja yang hebat di Sociedad. Sebab Eusebio lah Sociedad bermain dengan cantik, hanya beberapa bulan selepas mereka ni tercungap-cungap di bawah jagaan orang Inggeris tu!” ujar Suarez. Lantang.

Mungkin Suarez lupa bahawa orang Inggeris tersebut bernama Moyes, dan Moyes bukanlah orang Inggeris. Dia orang Scotland. Tapi tak penting pun semua tu.

Tambahan pula, Eusebio merupakan anak didik Suarez ketika Suarez menjadi jurulatih pasukan bawah-21 Sepanyol pada tahun 1986, dan mereka telah memenangi Kejuaraan Eropah bawah-21 pada tahun tersebut.

Ketika ditanya mengenai calon lain untuk menggantikan Enrique, Suarez memberikan pandangannya.

Sampaoli – jurulatih Sevilla

“Valverde lakukan tugas yang baik di Bibao dan pasukan Sampaoli bermain bola sepak dengan cukup cantik. Mereka semua ni dah buat yang terbaik.

Ernesto Valverde – jurulatih Bilbao

Seorang lagi calon yang disenaraipendekkan sebagai pengganti Enrique ialah pembantunya, Carlos Unzue. Carlos Unzue merupakan pembantu Luis Enrique sejak di Celta Vigo. Unzue dikenali sebagai seorang yang cukup berdisiplin dan bekerja keras.

Namun, kemampuan Unzue untuk mengetuai barisan kejurulatihan Barcelona sedikit diragui, memandangkan dia sekadar menjadi ketua jurulatih ketika di Racing Santander, kira-kira lima tahun lalu.

Unzue bersama Enrique.

Siapa pun yang menjadi pengurus Barca, tugas berat bakal menanti, meskipun tidak seberat menjadi jurulatih pasukan Liga Malaysia.

Pemain bintang memerlukan seorang ketua yang boleh mereka ikut. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Tata Martino. Dek pemain bintang tak puas hati, maka jurulatih yang ditendang keluar. Tak pun kau tengok lah Perak. Dekat sikit.

Artikel ini dirujuk, diklepet dan diautakan dari Daily Mail

Baca Juga

Baca Juga