Evans Dimas Ke Selangor?

Evan Dimas sudah pasti meninggalkan Bhayangkara FC usai berjaya membantu kelab tersebut menjuarai Liga 1 Indonesia dan beberapa kelab telah dikaitkan dengan pemain ini termasuklah sebuah pasukan dari Malaysia, Selangor.

Gelandang Timnas Indonesia ini dikatakan telah memilih Selangor berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus Bhayangkara FC, Sumardji sebagaimana dipetik dari Goal.com :

“Sebenarnya Evan Dimas sudah berbincang dengan aku udah lama, semasa perlawanan minggu 30 lagi. Dimas minta pendapat aku untuk bermain di luar kerana ada tawaran diterima.” Ujar Sumardji.

“Prinsip aku mudah saja, jika kamu mahu bermain di luar, aku dengan bangga dan berbesar hati akan lepaskan tetapi dengan syarat harus di ambil kira gajinya, kalau tinggi dipersilakan, Tetapi kalau rendah jangan pergi, kekal saja bersama aku.”

AKBP Sumardji

“Kalau gaji tinggi tak tun tuang, tak tun tuang, kamu pergi saja, tak tun tuang, tak tun tuang.”

“Dimas akan ke Selangor jika dia meninggalkan kelab, Ilham Udin Armaiyn juga menerima tawaran dari Selangor FA. Kalau gajinya lumayan, no problem.”

Sebelum ini Dimas mengakui sudah dihubungi Sriwijaya FC, namun tiada perjanjian yang dimeterai antara mereka sebelum berita perpindahannya ke Selangor tersebar.

Selain Sriwijaya FC, Dimas juga dikaitkan dengan pasukan dari Thailand, Chonburi FC namun gaji yang ditawarkan Selangor lebih besar iaitu RM83,570 (USD20,000).

Nama :- Evan Dimas Darmono
Warganegara :- Indonesia
Umur :- 22 Tahun
Ketinggian :- 1.67M
Posisi :- Midfield
Bekas Pasukan :- Persebaya Surabaya,Bhayangkara

Baca Juga

Baca Juga