Everton Sudah Memulakan Rundingan Untuk Mendapatkan Thiago Silva

Everton dilaporkan sudah memulakan rundingan bersama Thiago Silva untuk membawanya ke Goodison Park secara percuma pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Silva yang kini sudah berusia 35 tahun dijangka akan meninggalkan Paris Saint Germain musim panas ini selepas menghabiskan baki perlawanan saingan Liga Juara-juara untuk kelab.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa pasukan dari premier league itu sangat berminat untuk menandatangani pemain pertahanan senior Brazil tersebut secara percuma.

Menurut laporan dari pakar perpindahan pemain, Nicolo Schira, The Toffees terpaksa bersaing dengan banyak kelab lain untuk mendapatkan Silva, namun pengurus pasukan mereka, Carlo Ancelotti akan menjadi penentu untuk usaha mereka itu.

Ancelotti sendiri sebelum ini pernah menghabiskan masa dengan Thiago Silva ketika mereka berdua di Perancis bersama PSG.

Silva menjadi sangat terkenal ketika beraksi di Brazil dan beliau berjaya mendapatkan tempat untuk beraksi bersama AC Milan pada tahun 2009.

Setelah itu beliau telah ditandatangani oleh Paris Saint Germain pada tahun 2012 dengan yuran perpindahan €42 juta.

Beliau sendiri secara terang-terangan tidak mahu kembali beraksi bersama Fluminense dan menegaskan bahawa dirinya masih berminat untuk berkelana di Eropah.

“Saya secara jujurnya bersyukur dan berterima kasih kepada Fluminense atas segala apa yang telah mereka berikan kepada saya, tetapi saya masih ada matlamat yang harus dicapai di Eropah.”

Jelas Thiago Silva.

Berita tentang Silva bakal menyertai Everton disambut dengan penuh kegembiraan oleh kesemua peminat The Toffees.

“Saya akan membeli jersi Everton pertama peribadi sekiranya perkara ini benar-benar terjadi.”

“Saya rasa Silva akan menjadi salah satu penandatanganan jangka pendek terbaik Everton, dia terbukti hebat, pemenang sejati, ketua terbaik.”

“Adalah menjadi satu hal yang sangat bagus apabila mendapatkan seorang kepala yang berpengalaman dan sehebat dia untuk berada di barisan pertahanan pasukan, dia pasti tahu apa yang harus dilakukan untuk memastikan pasukannya menang.”

Antara komen-komen dari peminat Everton yang begitu teruja menanti kehadiran pemain berpengalaman itu ke Goodison Park pada musim panas nanti.

BACA:  Di Usia 37 Tahun, Thiago Silva Pamer Aksi Kepantasan Menakjubkan Untuk Selamatkan Gawang Gol Chelsea