Evra dibuang Padang Selepas Menyepak Kepala Penyokong Sendiri

Patrick Evra telah dibuang padang walaupun perlawanan Marseille menentang Vitoria de Guimaraes belum bermula dalam saingan Europa League peringkat kumpulan.

Pemain pertahanan Marseille itu dilayangkan kad merah selepas menendang kepala penyokong ketika sesi pemanas badan. Mungkin badan sudah panas maka dilepaskan tendangan ke kepala.

Evra ketika kejadian sedang bersiap sedia dipadang sebelum beliau didatangi oleh sekumpulan penyokong Marseille di tepi padang.

Kumpulan penyokong tersebut tidak berpuas hati dengan tahap prestasi Evra bersama Marseille musim ini. Mereka cuba melepasi kawasan sempadan penyokong untuk berdepan dengan Evra.

Malangnya Evra telah bertindak ganas, mungkin dirasuk hantu Cantona lalu melepaskan tendangan tanpa bayang ke kepala penyokong tersebut.

Senget mulut rakan sepasukan Evra yang cuba menghalang Evra bertindak ganas melepaskan tendangan ala Kung Fu dengan penuh bergaya.

Ini merupakan peristiwa pertama dalam sejarah Europa League sejak dijenamkan semula pada 2009 di mana pemain dibuang padang sebelum sepak mula.

Evra merupakan seorang pemain yang ceria dan sering memberi membuat video kelakar di Instagram. Entah apa yang membutkan Evra naik hantu.

Pada minggu ini juga Evra telah mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video di laman Instagram dengan aksi menjilat parang.

Nama Patrice Evra mungkin lebih diingati ketika dia menabur khidmat bersama Manchester United di mana dia telah memenangi banyak trofi kejuaraan.

Berbadan agak rendah berbanding pemain eropah lain, Evra menguasai posisi pertahanan kiri United untuk tempoh yang lama sebelum Louis Van Gaal menjualnya ke Juventus.

Bersama Perancis, dia telah melakukan 81 penampilan dan lebih menarik, dia telah bermain kesemua tujuh perlawanan Perancis ketika kejohanan Eropah musim panas yang tahun lalu, sebelum tewas kepada Portugal dalam perlawanan akhir.

Kini Evra akan diingati dengan aksi tendangan Kung Fu tanpa bayang.

Baca Juga

Baca Juga