Bekas pemain Manchester United, Patrice Evra telah menganjing teruk Liam dan Noel Gallagher di Twitter berikutan kekalahan Manchester City dalam Liga Juara-Juara Eropah di tangan Chelsea.
City, yang disokong oleh adik-beradik Oasis itu, tewas 1-0 dalam perlawanan tersebut.
Evra menyiarkan video di laman Twitternya, yang menampilkan dirinya memakai rambut palsu dengan gaya yang ala Oasis dengan rambut dan cermin mata Liam yang serupa dengan yang dipakai oleh penyanyi popular era 90-an itu.
Setelah menyanyikan lagu Wonderwall, mantan pemain bola sepak itu berkata: “Liam! Kau kat mana. Kau masih ingat masa kau gelakkan aku ketika United kalah? Sekarang giliran kau pulak.”
“Jangan cemburu. Saya hanya ingin mengatakan bahawa ini adalah hari Isnin yang istimewa untuk kau, Liam. Dan berhenti mengatakan Manchester berwarna biru – Saya mendapat lebih banyak piala daripada keseluruhan kelab kamu tu. ”
Evra menamatkan videonya dengan menyanyikan lagu ‘Wonderwall’ sekali lagi, tetapi menukar perkataan menjadi “Mungkin kamu akan memenanginya [UCL] ketika saya berusia 90 tahun. Lagipun kamu hanyalah jiran saya yang bising.”
🎶Maybe you going to win it 🏆 when I’m ninetyyyyy and after all you’re my noisy neighbourrrrr 🎶 🔥😘 @NoelGallagher @liamgallagher @oasis #ilovethisgame #positive4evra #mondaymotivation #forevrared #manchesterunited pic.twitter.com/Qyn2jpet0t
— Patrice Evra (@Evra) May 31, 2021
Sebelum ini Evra pernah menyatakan bahawa City tak akan sesekali menang UCL dalam sejarah mereka.
“Tak akan pernah!! City tak akan pernah menang UCL. Aku sangat menghormati muzik kamu. Bahkan ada satu hari tu saya hampir bergaduh dengan pemain pemain United kerana saya memainkan lagu Wonderwall sebelum perlawanan.”
Sebelum ini Akaun Twitter rasmi pasukan bola sepak Chelsea secara halus dan genius telah melakukan troll kepada Manchester City, Noel Gallagher dan Liam Gallagher.
Dengan bijaknya admin Twitter Chelsea telah menggunakan lirik-lirik lagu terkenal Oasis untuk memerli Manchester City dan peminat susah mati mereka.
Adik beradik Gallagher yang merupakan anggota kumpulan rock legenda Oasis yang sememangnya terkenal sebagai peminat sejati Manchester City.
Ever wanted to hear Pep Guardiola sing ‘Don’t Look Back in Anger’ by Oasis while puffing on a cigar? Well, enjoy. 🤣
Incredible stuff. 🎵
— SPORTbible (@sportbible) May 17, 2021
Noel Thomas David Gallagher, penyanyi simpanan merupakan abang kepada William John Paul “Liam” Gallagher yang merupakan penyayi utama kumpulan Oasis.
Noel dan Liam Gallagher tidak melepaskan peluang hadir ke perlawanan penuh bersejarah Manchester City yang pertama kali mara ke final Champions League.
Manchester City mengikut jejak tujuh lagi pasukan yang tewas dalam percubaan pertama di perlawanan akhir Champions League.
Incredible reaction shots from the Chelsea fans, Liam Gallagher, Noel Gallagher & Roman Abramovich #ChampionsLeagueFinal #MCICHE pic.twitter.com/3bg1SwXOUq
— Tom Flynn (@tomflynn_photo) May 29, 2021
Reaksi kecewa Noel dan Liam Gallagher telah dirakam oleh peminat dan dikompilasikan dalam satu video yang turut memaparkan pemilik Chelse, Roman Abramovich.
Noel Gallagher sempat ditemuramah oleh Jamie Carragher dan rakan-rakan sebelum perlawanan dan Noel sempat mengutuk nyanyian Carragher.
“Mate itu lagi teruk dari salah satu gol sendiri kau jaringkan.”
"Mate that was worse than one of your own goals." @NoelGallagher got @Carra23 💀 pic.twitter.com/OQuxPtYh7R
— Champions League on CBS Sports (@UCLonCBSSports) May 29, 2021
Selepas perlawanan Noel Gallagher tidak seceria sebelum itu dan lebih pedih lirik lagu Oasis telah digunakan Chelsea untuk menganjing.
Chelsea telah menggunakan lirik daripada lagu Oasis yang berjudul Live Forever sebagai kapsyen ciapan dengan gambar Cesar Azpilicueta mencium trofi.
“You and I are gonna live forever.”
You and I are gonna live forever… pic.twitter.com/MPzrIZJsRY
— Champions of Europe 🏆 (@ChelseaFC) May 30, 2021
Ciapan kedua di Twitter rasmi Chelsea masih menggunakan lirik lagi Live Forever dengan lirik sedikit ditukar dan diubah.
We see things they’ll never see ditukarkan kepada We see things you’ll never see. Perkataan they ditukar kepada you.
“We see things you’ll never see”
We see things you'll never see. pic.twitter.com/k3hYqMZ1xq
— Champions of Europe 🏆 (@ChelseaFC) May 29, 2021
Ciapan ketiga pula menggunakan lirik daripada lagu Oasis yang berjudul Acquiesce disertakan gambar pasukan Chelsea menjulang piala di bilik persalinan.
Bait lirik itu berbunyi begini jika dinyanyikan:
“Because we need each other, we believe in one another”
Because we need each other, we believe in one another… pic.twitter.com/6bbSpVvrwB
— Champions of Europe 🏆 (@ChelseaFC) May 30, 2021
Ciapan terakhir tidak menggunakan lirik lagu tetapi telah menganjing gaya ciapan Liam Gallagher yang kebelakang ini mengakhiri ciapan dengan LG x.
Gambar N’Golo Kante yang jelas kelihatan malu dan segan untuk mengangkat piala dikelilingi rakan sepasukan telah digunakan.
“Champions of Europe. As you were. NG x”
Champions of Europe. As you were. NG x pic.twitter.com/bbE3kJ1Aah
— Champions of Europe 🏆 (@ChelseaFC) May 29, 2021
Ramai yang menyukai troll yang dilakukan oleh admin Twitter Chelsea ini dan ada mengan ini troll yang sangat epik dan halus permainannnya.
Admin Chelsea ini sepatutnya dinaikkan gaji mereka ujar seorang pengguna Twitter yang lain pula.
Chelsea telah berjaya mencipta sekali lagi detik bersejarah apabila menjuarai Champions League buat kali kedua dalam tempoh 9 tahun dalam tiga perlawanan akhir.
Dalam tempoh 13 tahun ini Chelsea sudah tiga kali ke final dan kali pertama ke final pada tahun 2008 namun tewas kepada Manchester United. Masa tu Setan Merah menang penalti mungkin sebab tiada De Gea.
Maka nikmatilah dan saksikanlah wahai peminat Chelsea detik piala kejuaraan dijulang diiringi dengan sorakan pemain serta percikan bunga api.
Cesar Azpilicueta selaku ketua pasukan telah menjadi pemain yang dipertanggungjawabkan menerima trofi keagungan Eropah itu dibawah ke pentas dan dijulang bersama rakan-rakan.
Aksi dan detik sama dalam apa jua kejohanan bola sepak buat pemenang namun perasaan bercampur baur sudah pasti tersemat di jiwa penyokong pasukan.
Dan inilah kali pertama Pep Guardiola tewas di perlawanan akhir Champions League.
In The 21st Century, 7 Different Clubs Have Played in The UCL Final for The First Time in Their History.
And All Those 7 Clubs LOST Their First Ever Champions League Final. 😶
Tonight, Manchester City will play in The UCL Final for The First Time Ever. 😬 pic.twitter.com/NwOIfuWVJf
— AZR Organization (@AzrOrganization) May 29, 2021
Manchester City yang pertama kali ke final gagal dan mengikut jejak 7 pasukan lagi yang tewas dalam percubaan pertama mereka bagi abad ke-21.
1. Valencia – 2000
2. Bayer leverkusen – 2002
3. AS Monaco – 2004
4. Arsenal – 2006
5. Chelsea – 2008
6. Tottenham Hotspur – 2019
7. Paris Saint-Germain – 2020
8. Manchester City – 2021