F : 30 – Peta Hala Tuju Atau Roadmap FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia atau panggilan manjanya FAM telah melancarkan pelan jangka panjang iaitu Peta Hala Tuju atau Roadmap FAM yang diberi nama F:30 dengan mensasarkan Malaysia menjadi lima negara terbaik Asia menjelang 2030.

Peta hala tuju FAM meletakkan tempoh 12 tahun sebagai masa untuk dilaksanakan dan seperti biasa akan dipecahkan mengikut beberapa fasa dan Road Map FAM ini dibahagikan kepada 3 pelan Strategik iaitu :

Fasa pertama (2019-2022) – Membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan dan pembangunan modal insan serta infrastruktur, disusuli

Fasa kedua (2023-2026) – Mencapai peringkat Asia

Fasa ketiga (2027-2030) – Melahirkan sebuah pasukan kebangsaan yang mencecah taraf dunia.

Pelan Strategik 1

Pelan strategik 2 akan dilancarkan pada pada 2023 dan pelan strategik 3 pula akan dilancarkan pada 2026.

Pelan Strategik 2 dan 3

Pelan strategik 2 Malaysia akan mula menguasai Asean dengan menjadi pencabar di Asia dan Pelan strategik 3 dunia akan melihat Malaysia sebagai pencabar dengan prestasi padu di Asia dengan kuasa mencapai tahap 99 petala langit.

Pelan Strategik 1 (2019-2022)

Pelan strategik 1 yang merupakan fasa pertama Peta Hala Tuju FAM ini merangkumi 3 teras utama :

1. Kepimpinan

  • Kakitangan
  • Polisi

2. Pembangunan

  • Bola Sepak
  • Rakan Kerjasama
  • Infrastruktur
  • Ahli Gabungan

3. Pertandingan

  • Bola Sepak Lelaki
  • Bola Sepak Wanita
  • Futsal
Rumusan Pelan Strategik 1

Nak tahu Pelan Hala Tuju ini dengan lebih terperinci beserta lukisan muat turun la disini di sini.

F:30 ini telah dirasmikan secara bersama oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino, Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa dan Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Seperti yang dipetik dari laman sesawang FAM, Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin menyifatkan Peta Hala Tuju F:30 ini merupakan agenda negara dan simbol kesungguhan FAM melaksanakan pelan pembangunan menyeluruh di setiap lapisan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara bola sepak yang disegani.

“Peta Hala Tuju ini adalah agenda negara, agenda untuk semua, untuk saya, untuk FAM, untuk semua pemegang taruh dan penyokong, dan jika kita mahu merealisasikan visi ini, kita perlukan semua pihak untuk turut serta dalam mencapai objektif yang sama,” kata Dato’ Haji Hamidin.

“Tempoh 12 tahun adalah sasaran yang realistik mengambil kira ekosistem bola sepak tempatan ketika ini.

“Teras kepada peta hala tuju ini ialah memperkasakan ahli gabungan dari sudut pembangunan modal insan dan pertandingan, pengenalan DNA bola sepak Malaysia menerusi kurikulum kejurulatihan yang seragam, serta pembangunan akar umbi yang mantap.

“Dalam peta hala tuju ini juga, FAM bercadang mewujudkan sekelompok pengadil profesional bertujuan meningkatkan mutu pengadilan,” katanya.

Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata F:30 FAM ini sejajar dengan Program FIFA Foward.

“Pelan ini juga sejajar dengan Program FIFA Forward yang kami kemas kinikan baru-baru ini bertujuan memperkasakan negara anggota FIFA,” kata Infantino.

Baca Juga

Baca Juga