FA Cup 19/20 : Wolves 0-0 Manchester United

FA Cup atau Piala FA pusingan ketiga telah memulakan saingan bagi musim 2019/20 dengan menyajikan perlawanan yang menarik, hambar dan membosankan semua yang menonton.

Perlawanan yang hambar dan membosankan sudah sudah pasti membabitkan pasukan yang tidak membuatkan anda kering gusi, Manchester United.

Kekalahan kepada Arsenal sudah pasti mahu ditebus kembali oleh Manchester United tetapi melihatkan senyuman Ole Gunnar Solskjaer maka keputusan tidak penting.

Jika keputusan di Premier League tidak penting apatah lagi Piala FA dan apa yang penting formula demi formula dicuba.

Ole Gunnar Solskjaer tidak menurunkan barisan terkuatnya dalam perlawanan ini. Kuat tak kuat sama je lemah. kan?

Perlawanan berlangsung hambar dari kedua-dua pasukan untuk tempoh 45 minit pertama dan tiada jaringan terhasil.

Manchester United menamatkan separuh masa pertama dengan 4 percubaan dan tanpa sebarang percubaan tepat. Rutin yang mereka lakukan beberapa bulan lalu.

Percubaan terbaik Setan Merah hadir pada minit ke-70 apabila percubaan Marcus Rashford yang melencongkan bola tertampan pemain Wolves lalu terkena tiang.

Doherty menjaringkan gol pendahuluan buat Wolves yang bakal menjadi gol kemenangan namun dibatalkan kerana bola terkena tangan. Nasib baik.

Tiada lagi percubaan tepat Setan Merah untuk separuh masa kedua dan bermakna tiada percubaan tepat dari Setan Merah dalam perlawanan ini.

Keputusan seri menyebabkan pemenang akan ditentukan dalam perlawanan kedua.

Wolves XI: Ruddy, Dendoncker, Coady, Kilman, Doherty, Saiss, Neves, Vinagre, Adama, Ashley-Seal, Neto

Manchester United: Romero, Young, Lindelof, Maguire, Williams, Pereira, Matic, Chong, Mata, James, Greenwood

Baca Juga

Baca Juga