FA Cup 2019/20 : Chelsea 2-0 Nottingham Forest

Tiada kejutan dalam perlawanan ini dan seperti dijangka Chelsea mudah untuk mara ke pusingan ke-4 menewaskan pasukan pra-sejarah Nottingham Forest.

Callum Hudson-Odoi memecahkan kebuntuan dengan gol pembukaan dengan satu gerakan memotong ke dalam sebelum melepas rembatan menggunakan kaki yang lemah.

Ross Barkley menggandakan kedudukan selepas menolak masuk bola muntah hasil rembatan Callum Hudson-Odoi.

Nottingham Forest mendapat harapan penalti yang palsu selepas Fikayo Tomori membuat kekasaran namun VAR mengesan pemain Nottingham Forest terlebih dahulu offside.

Pada minit ke-66 Nottingham Forest merapatkan kedudukan melalui satu sundulan tajam namun VAR membatalkan jaringan itu kerana offside.

Chelsea: Caballero, James, Christensen, Tomori, Emerson Palmieri, Barkley, Jorginho, Kovacic, Pedro, Batshuayi, Hudson-Odoi.

Subs: Rudiger, Willian, Giroud, Mount, Azpilicueta,Cumming, Lamptey.

Nottm Forest: Smith, Jenkinson, Dawson, Tobias Figueiredo,Yuri Ribeiro, Semedo, Adomah, Yates, Joao Carvalho, Mighten, Johnson.

Subs: Benalouane, Fornah, Sole, En-Neyah, Shelvey, Hefele, Lawrence-Gabriel.

Baca Juga

Baca Juga