FA Cup 2019/20:  Chelsea Tak Berpeluh Singkirkan Juara Dunia

Pasukan Liverpool berkunjung ke Stamford Bridge untuk menentang pasukan Chelsea dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA.

Liverpool telah tewas dua dari tiga perlawanan terakhir mereka setakat ini. The Reds Sudah pastinya mahu memenangi perlawanan ini untuk melayakkan pasukan mereka ke pusingan suku akhir.

Kali terakhir Liverpool dan Chelsea bertemu dalam saingan Piala FA adalah pada tahun 2012. Ketika itu Torres dan Sturridge ada dalam barisan pemain simpanan pasukan Chelsea.

Perlawanan bermula dengan Chelsea lebih mendominasi bahagian tengah serta lebih kerap menguji Adrian. Neco William gagal beraksi dengan baik di awal permainan dan kerap hilang bola.

Pada minit ke-13 atas kesilapan Fabinho yang gagal mengawal bola dengan baik telah dihukum oleh William yang berjaya merembat padu bola menerjah gawang gol pasukan Liverpool.

Chelsea mendahului Liverpool dengan 1-0. Adrian jelas berada dikedudukan yang salah ketika William melepaskan rembatan dan gagal menangkap kemas bola itu menyebabkan gawangnya dibolosi.

Pada minit ke-19 Liverpool hampir menjaringkan gol penyamaan, namun kekebalan benteng pertahanan Chelsea yang berjaya menyerap asakan dari pemain Liverpool serta ketangkasan Kepa yang melakukan triple save telah menggagalkan usaha bertubi-tubi dari the Reds.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada minit-minit akhir babak pertama namun tiada tambahan jaringan yang dilakukan. Chelsea terpaksa melakukan pertukaran awal apabila Kovacic ditimpa kecederaan dan mereka telah memasukkan Mason Mount sebagai pemain gantian.

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan Chelsea mendahului Liverpool 1-0.

Perlawanan separuh masa kedua bermula dengan Liverpool melancarkan beberapa serangan awal namun tidak memberi apa-apa kesan kepada Chelsea.

Chelsea kembali mendominasi permainan pada minit ke 50 dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya serta mendapat dua sepakan percuma dihadapan kotak penalti pasukan Liverpool.

Minit ke-55 Liverpool kembali mendapat rentak dan menggasak kubu Chelsea. Pada minit ke -64  Chelsea mendapat peluang melakukan counter attack menerusi Ross Barkley yang membawa bola laju dari tengah padang ke kubu Liverpool lalu melepaskan rembatan extra padu menewaskan Adrian dan meletakkan Chelsea didepan dengan 2-0.

Selang beberapa minit selepas itu giliran Pedro mendapat peluang melakukan counter attack namun beliau gagal menewaskan Adrian dalam perlawanan satu lawan satu. Pada minit ke-73 Liverpool sekali lagi diuji oleh pasukan Chelsea. Giroud hampir menjaringkan gol ketiga untuk pasukannya namun bola kuisannya sekadar terkena palang.

Chelsea terus menerus menggasak pertahanan Liverpool dan melakukan beberapa serangan menerusi counter attack. Lallana tidak berfungsi dalam unit serangan mahupun pertahanan Liverpool, pada minit ke-80 Jurgen Klopp akhirnya mengeluarkan Lallana dan memasukkan Mo Salah.

Ternyata semuanya sudah terlambat untuk Klopp. Kemasukkan Salah tidak memberi apa-apa sumbangan kepada pasukan Liverpool. Chelsea berjaya menewaskan sang penakluk dunia dengan kemenangan bergaya 2-0.

Senarai Pemain Utama Chelsea Vs Liverpool

Kepa Arrizabalaga, Azpilicueta, Antonio Rudiger, Kurt Zouma, Marcos Alonso, Ross Barkley, Mateo Kovacic, Billy Gilmour, Willian, Olivier Giroud, Pedro.

Senarai Pemain Simpanan Chelsea

Willy Caballero, Reece James, Fikayo Tomori, Jorginho, Mason Mount, Faustino Anjorin, Michy Batshuayi.

Senarai Pemain Utama Liverpool

Adrian, Neco William, Joe Gomez, Virgil Van Dijk, Andrew Robertson, Adam Lallana, Takumi Minamino, Divock Origi, Sadio Mane.

Senarai Pemain Simpanan Liverpool

Andy Lonergan, Joel Matip, James Milner, Mohamad Salah, Alex Oxlade-Chamberlain, Pedro Chirivella, Roberto Firmino.

BACA:  Kegilaan Sarri Buatkan Chelsea Main 10 Orang Dan Malam Morata Dikenang Penyokong PAOK