FA Cup 2019/20 : Manchester United 1-0 Wolverhampton Wanderers

Manchester United turun untuk perlawanan ulangan FA Cup selepas mencatatkan keputusana seri tanpa jaringan pada perlawan pertama menentang Wolverhampton Wanderers.

Sudah menjadi amalan di FA Cup apabila keputusan seri dicatat maka pasukan terbabit akan bermain perlawanan ulangan dan menambahkan lagi kepadatan jadual.

Pertambahan perlawanan bermakna peminat terbaik mengeluarkan wang yang lebih untuk menyaksikan perlawanan yang tidak menarik ini.

Lebih memburukkan keadaan, Manchester United menjual tiket sehingga £55 bagi peminat yang tidak mempunyai pas bermusim atau ahli.

Dasar Setan!

Pedro Neto terus menjadi pemain yang bernasib malang apabila melibatkan Video Assistant Referee(VAR) yang membuatkan ramai menyampah.

Pemain muda itu meletakkan Wolves di hadapan pada minit ke-9 dengan satu penyudah yang tenang menewaskan Sergio Romero.

Namun VAR merampas kegembiraan Pedro Neto dengan membatalkan jaringan itu.

Pemeriksaan VAR mendapati bola terkena tangan Raul Jimenez ketika Harry Maguire melakukan terjahan sebelum bola datang kepada Neto.

Dalam perlawanan menentang Liverpool di Anfield Disember lalu, VAR juga telah membatalkan gol Neto.

Wolves tidak berputus asa dan percubaan Wolves kali ini pula dinafika oleh tiang gol. Dua kali Setan Merah bernasib baik.

Akhirnya Manchester United berjaya berada di depan hasil jaringan Juan Mata pada minit ke-67. Jaringan yang dinanti-nanti.

Mata bijak melepasi perangkap offside dan membuat larian solo dari tengah padang selepas menerima hantaran Anthony Marial.

Dengan hanya berdepan dengan penjaga Wolves, John Ruddy sahaja, Mata menyungkit bola dan bola meleleh masuk ke gawang.

Manis sungguh jaringan mata.

Marcus Rashford masuk pada minit ke-63 tetapi hanya sempat berada di padang selama 17 minit sahaja kerana kecederaan.

Pada minit ke-80 Rashford telah dikeluarkan dan digantikan dengan pemain serba hebat, Jesse Lingard.

Kecederaan Rahford menimbulkan kegusaran samada pemain harapan Setan Merah itu mampu beraksi menentang Liverpool minggu ini.

Gol Mata sudah cukup untuk membawa Manchester United ke pusingan ke-4 bertemu pemenangan perlawanan antara Watford atau Tranmere.

MANCHESTER UNITED (4-2-3-1): Romero 7; Wan-Bissaka 6, Maguire 6, Lindelof 6, Williams 7; Matic 6, Fred 7; James 7.5 (Rashford 6, 63min; Lingard 79), Mata 7, Greenwood 6 (Pereira 6, 63); Martial 7

Subs not used: Jones, Grant, Dalot, Chong

WOLVES (3-4-3): Ruddy 8; Saiss 6, Coady 6, Dendoncker 6; Doherty 6, Moutinho 6, Neves 7, Jonny 6 (Vinagre 6, 75); Traore 7 (Buur 88), Jimenez 7, Neto 6 (Gibbs-White 6, 71)

Subs not used: Bennett, Rui Patricio, Kilman, Ashley-Seal

Baca Juga

Baca Juga