FA Cup 2020/21 Semi Final: Chelsea 1-0 Manchester City

Chelsea terus cemerlang dibawah bimbingan kejuruteraan Jerman, Thomas Tuchel apabila mara ke perlawanan akhir FA Cup bagi musim 2020/21 selepas berjaya ke separuh akhir Champions League beberapa hari lalu.

Sejak mengambil alih Chelsea Thomas Tuchel terus cemerlang dan kini menjadi pengurus dari Jerman Pertama yang berjaya membawa pasukan mara ke perlawanan akhir FA Cup.

Selepas enam percubaan Thomas Tuchel akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Pep Guardiola dan tewas dalam kesemua 5 percubaan pertama.

Kemenangan tipis satu gol hasil jaringan Hakim Ziyech sudah cukup untuk Chelsea menewaskan Manhcester City dan memusnahkan impian quadruple (empat piala semusim) City.

Secara statistiknya perlawanan kelihatan seimbang dari segi penguasaan bola serta percubaan melainkan jaringan gol yang membawa perbezaan besar.

Aksi di padang pula jelas menunjukkan Chelsea lebih sedap dan layak untuk menang malahan mampu untuk menjaringkan lebih banyak gol tapi dah tak gol nak buat macam mana.

Manchester City dalam dua tiga perlawanan ini agak goyah dan tidak kebal seperti sebelum-sebelum ini.

Gol tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh Hakim Ziyech pada minit ke-55 hasil satu serangan pantas yang bermula di kiri padang.

Timo Werner yang menerima bola dari tengah padang melarikan bola secara solo sebelum menghantar kepada Hakim Ziyech untuk disudahkan.

Gol ini telah membawa Chelsea ke final FA Cup buat kali keempat dalam tempoh 5 musim terakhir dan ini final ke-15 dalam sejarah Chelsea sejak ditubuhkan.

Hanya Arsenal dan Manchester United yang mara ke final lebih banyak berbanding Chelsea masing-masing 21 dan 20 serta Arsenal juara terbanyak dengan 13 kali angkat trofi.

Chelsea akan berdepan samada Leicester City atau Southampton yang akan beraksi esok di final.

Chelsea: Kepa, Azpilicueta, Thiago Silva, Rudiger, James, Jorginho, Kante, Chilwell, Ziyech, Werner, Mount.

Subs: Caballero, Alonso, Emerson, Zouma, Gilmour, Havertz, Hudson-Odoi, Pulisic, Giroud.

Manchester City: Steffen, Cancelo, Dias, Laporte, Mendy, Rodrigo, Fernandinho, De Bruyne, Torres, Sterling, Jesus.

Subs: Ederson, Walker, Stones, Ake, Gundogan, Zinchenko, Bernardo, Mahrez, Foden.

BACA:  Apa Lagi Chelsea Mahu? Kekalahan Kepada City Menimbulkan Persoalan Besar