FA Cup 2020/21 Semi Final: Leicester City 1-0 Southampton

Leicester City mara ke separuh akhir FA Cup buat pertama kali dalam tempoh 39 tahun selepas menewaskan Manchester United 3-1 dan kali terakhir The Foxes ke separuh akhir pada tahun 1982.

Sebelum ini The Foxes telah tewas dalam kelima perlawanan suku akhir FA Cup secara berturut-turut sehinggalah kemenangan ke atas Manchester United.

Lebih manis perlawanan itu merupakan perlawanan ke-100 Brendan Rodgers selaku pengurus Leicester United yang pernah mencipta kisah dongeng.

Bertemu Southampton di separuh akhir merupakan satu laluan agak mudah untuk ke final berbanding bertemu Chelsea atau Manchester City.

Dan itulah dibuktikan oleh The Foxes apabila mara ke final apabila menewaskan Southampton dengan kemenangan tipis 1-0.

Ini merupakan perlawanan akhir FA Cup pertama Leicester City dalam tempoh 52 tahun dan kali terakhir ke final pada tahun 1969.

Kelechi Iheanacho terus garang merobek lawan apabila menjadi penjaring gol tunggal dalam perlawanan ini di separuh masa kedua.

Pada minit ke-55 Jamie Vardy telah membawa bola ke atas dari sebelah kiri dan menghantar bola kepada Kelechi Iheanacho dengan ruang terbuka.

Percubaan pertama Kelechi Iheanacho jauh dari sasaran tetapi terkena pemain Southampton dan bola kembali ke kaki beliau.

Percubaan kedua tiada maaf bagimu dan terus menjadi gol kemenangan.

Kelechi Iheanacho menjadi pemain Nigeria pertama menjaringkan 15 gol semusim dalam semua kejohanan untuk kelab Inggeris sejak Odion Ighalo melakukannya pada 2015/16 untuk Watford dengan 17 gol.

Dengan prestasi semasa dan dengan baki perlawanan tersisa, Kelechi Iheanacho mampu untuk menjaringkan 20 gol musim ini.

Ini merupakan kali kelapan Southampton terciduk di separuh akhir dalam 10 percubaan mereka dan dua daripadanya datang dalam 4 musim terakhir ini.

Leicester City (3-4-1-2) Schmeichel; Fofana, Evans, Soyuncu; Castagne, Tielemans, Ndidi, Ricardo; Perez; Iheanacho, Vardy.

Substitutes: Ward, Amartey, Thomas, Choudhury, Mendy, Praet, Albrighton, Under, Maddison.

Southampton (4-4-2) Forster; Walker-Peters, Bednarek, Vestergaard, Bertrand; Armstrong, Ward-Prowse, Diallo, Djenepo; Redmond, Ings.

Substitutes: McCarthy, Stephens, Salisu, Jankewitz, Ferry, Tella, Walcott, Nlundulu, Adams.

Referee Chris Kavanagh.

BACA:  Premier League 2022/22: Leicester City 4-2 Manchester United