Manchester United mencatatkan kemenangan sensasi dengan kebangkitan epik selepas ketinggalan satu gol kepada West Ham United dan menang dengan dua jaringan saat akhir di pusingan kelima FA Cup.
Manchester United turun dalam usaha mereka untuk terus kekal dalam saingan Piala FA selepas berjaya melepasi cabaran Barcelona dalam saingan Eropah kelas kedua, Europa League.
Erik Ten Hag berjaya menghadirkan trofi pertama ke Old Trafford sejak tahun 2017 di mana mereka menjuarai Europa League ketika dibimbing Jose Mourinho.
Kemarau piala berjaya ditamatkan selepas menewaskan Newcastle United dalam perlawanan akhir Carabao Cup 2-0 hanya selepas 7 bulan Erik Ten Hag memimpin.
30 – @ManUtd have now won 30 games in all competitions this season after 41 matches; only in 2006-07 and 2012-13 (both after 40 matches) have they reached this win total sooner, winning the Premier League title in both campaigns. Force. pic.twitter.com/cCrUUFSZ2b
— OptaJoe (@OptaJoe) March 1, 2023
Satu piala sudah di dalam tangan dan tiga Piala lagi boleh direbut Manchester United dan pastinya Piala FA adalah sasaran yang lebih logik dan jelas berbanding Europa League apatah lagi Premier League.
Dengan jadual yang padat dan Liverpool menanti pada Ahad disaingan liga memaksa Erik Ten Hag merehatkan pemain utama Diogo Dalot, Harry Maguire, Victor Lindelof dan Tyrell Malacia bermula.
Marcus Rashforfd dan Casemiro juga direhatkan dengan Alejandro Garnacho bermula dengan Marcel Sabitzer dan Scott McTominay bergandingan dibelakang Bruno Fernandes.
Marcel Sabitzer mencuba dengan satu rembatan leret deras yang lalu antara dua kaki Nayef Aguerd namun Alphonse Areola berjaya menepis dan kemudian Antony pula mencuba.
Man Utd's last 19 games at Old Trafford:
WDWWWWWWWWWWWWWDWWW
◉ Goals: 44
◉ Conceded: 10
◉ Clean sheets: 11And they have another home draw in the cup. 🤫 pic.twitter.com/pdguZFjf9J
— Squawka (@Squawka) March 1, 2023
Walaupun Manchester United menguasai permainan namun West Ham United lebih mengancam dengan 4 percubaan tepat berbanding Setan Merah. Tanpa tonggak utama ketajaman jelas dirasai.
Selepas rehat, Erik Ten Hag terus memasukkan Casemiro bagi menggantikan Scott McTominay.
Pada minit ke-55 Said Benrahma meletakkan West Ham United di hadapan. Entah bagaimana gol terhasil kerana terjadi gangguan siaran ketika gol itu terhasil.
Selepas jaringan Said Benrahma itu, Lisandro Martinez dan Marcus Rashford terus dimasukkan, Antony dan Victor Lindelof direhatkan.
Man United welcomed Casemiro back after he was named in the FIFPro World XI ❤️ pic.twitter.com/vqCxwLWg2q
— ESPN UK (@ESPNUK) February 28, 2023
Casemiro berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan tajam persis jaringan ketika menentang Newcastle United di perlawanan akhir Carabao Cup.
Penilaian VAR kali ini telah membatalkan jaringan penyamaan Casemiro itu kerana terlebih dahulu ofsaid dan West Ham terus mempunyai kelebihan.
Tidak lama selepas gol dibatalkan, pada minit ke-77 Nayef Aguerd menjaringkan gol sendiri apabila menanduk bola sepakan penjuru Bruno Fernandes menewaskan Areola.
Keputusan seri adalah tidak bagus buat Manchester United yang terpaksa bermaian perlawanan ulangan dalam tempoh 10 hari yang pastinya memadatkan jadual perlawanan.
18-year-old Alejandro Garnacho has scored four goals for Man Utd this season, three have changed the game state:
◉ Winner vs. Real Sociedad (17')
◉ Winner vs. Fulham (90+3')
◎ Go-ahead vs. West Ham (90')Fred robbed him of hat-trick of winners. 😅 pic.twitter.com/cKr1RZAVxU
— Squawka (@Squawka) March 1, 2023
Dihujung permainan Alejandro Garnacho menjaringkan gol kemenangan dengan satu rembatan lencong indah selepas rembatan Weghorst yang ditampan jatuh ke kakinya.
Kemudian Marcus Rashford hampir menjaringkan gol ketiga yang sipi-sipi keluar selepas ditepis sedikit oleh Areola.
Ketika permainan seakan berakhir 2-1, Fred yang hanya kurang 10 minit di padang muncul wira menjaringkan gol ketiga dengan satu rembatan leret ke tengah namun cukup untuk menewaskan Areola.
Manchester United mara ke suku akhir dan terus menghidupkan impian 4 piala musim ini yang nyata tidak mustahil serta seronok dapat dilihat jika gagal disaat akhir seperti Liverpool musim lalu.
Kesebelasan Utama Manchester United: De Gea, Dalot, Lindelof, Maguire, Malacia, McTominay, Sabitzer, Fernandes, Antony, Garnacho, Weghorst.
Pemain Simpanan: Heaton, Martinez, Varane, Wan-Bissaka, Casemiro, Fred, Pellistri, Elanga, Rashford.
Kesebelasan Utama West Ham United: Areola, Johnson, Aguerd, Ogbonna, Emerson, Rice, Soucek, Paqueta, Fornals, Antonio, Benrahma.
Pemain Simpanan: Anang, Downes, Cresswell, Kehrer, Bowen, Scamacca, Swyer, Mubama.