FA Cup Final 2020/21: Chelsea 0-1 Leicester City

Perlawanan akhir FA Cup musim 2020/21 menemukan pasukan yang kembali ke jalan yang benar Chelsea di bawah Thomas Tuchel dan skuad bimbingan Brendan Rodgers, Leicester City yang mahu mencipta sejarah.

Leicester City mara ke separuh akhir FA Cup buat pertama kali dalam tempoh 39 tahun selepas menewaskan Manchester United 3-1 dan kali terakhir The Foxes ke separuh akhir pada tahun 1982.

Sebelum itu The Foxes telah tewas dalam kelima perlawanan suku akhir FA Cup secara berturut-turut sehinggalah kemenangan ke atas Manchester United dan mara ke final selepas menewasakan Southampton.

Ini merupakan perlawanan akhir FA Cup pertama Leicester City dalam tempoh 52 tahun dan kali terakhir ke final pada tahun 1969.

Chelsea ke final FA Cup buat kali keempat dalam tempoh 5 musim terakhir dan ini final ke-15 dalam sejarah Chelsea sejak ditubuhkan dan kali ini Chelsea diperkasakan dengan kejuruteraan Jerman, Thomas Tuchel.

Hanya Arsenal dan Manchester United yang mara ke final lebih banyak berbanding Chelsea masing-masing 21 dan 20 serta Arsenal juara terbanyak dengan 13 kali angkat trofi.

Perlawanan separuh masa pertama berakhir seri tanpa jaringan dengan perlawanan yang jelas dikuasai Chelsea dan permainan berlangsung agak membosankan mungkin kerana hujan yang menimpa.

Tiada langsung percubaan menarik dan berbahaya yang boleh menyebabkan penonton menjerit keterujaan atau mencarut kegeraman dengan percubaan banyak ke laut.

Timo Werner meneruskan rutin beliau sebagai penyerang yang berbakat tetapi langsung tidak berbahaya yang banyak membazirkan peluang dan kadang-kala membuat keputusan yang salah dengan tidak menghantar bola kepada rakan.

Kalau bukan perlawanan akhir dah lama tukar channel tengok game Juventus lawan Inter Milan.

Selepas 15 minit permainan babak kedua berlangsung tiada apa yang menarik sehinggalahn Youri Tielemans meletakkan Leicester City dihadapan pada minit ke-63.

Youri Tielemans meledak satu rembatan padu namati dari luar kotak penalti dan berjaya menewaskan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga. Jarak 3/4 padang tu.

Sebelum jaringan itu bola telah terkena tangan pemain Leicester City dalam kotak penalti namun tiada apa yang diberikan.

Kasper Schmeichel telah melakukan satu aksi menyelamat luar biasa dengan menepis keluar tandukan pemain Chelsea ketika bola hampir masuk.

Peluang terbaik untuk Chelsea menyamakan kedudukan hadir lagi melalui rembatan padu Mason Mount namun Kasper Schmeichel telah menepis keluar dengan aksi menyelamat berkelas dunia.

Kemudian hantaran Ben Chilwell berjaya menghasilkan gol penyamaan selepas masuk dari kiri dan menolak bola ke tengah gawang lalu hasil kelam kabut gol terhasil.

Video Assistant Referee (VAR) telah memeriksa untuk mengesahkan gol itu dan didapati Ben Chilwell terlebih dahulu offside – No Goal.

Masa kecederaan selama lima minit diberikan dan tiada apa yang mampu dihasilkan Chelsea dalam tempoh itu dan kedudukan kekal hingga wisel penamat.

Leicester City muncul juara FA Cup buat pertama kali dalam sejarah kelab dan menjadi pasukan ke-44 menjulang trofi FA Cup.

Brendan Rodgers menjadi pengurus pertama memenangi Enlish dan Scottish FA Cup sejak Sir Alex Ferguson melakukannya bersama Aberdeen dan Manchester United.

Chelsea: Arrizabalaga, Azpilicueta, Thiago Silva, Rudiger, James, Kante, Jorginho, Alonso, Ziyech, Mount, Werner.

Subs: Pulisic, Zouma, Mendy, Giroud, Hudson-Odoi, Chilwell, Gilmour, Havertz, Emerson Palmieri.

Leicester City: Schmeichel, Fofana, Evans, Soyuncu, Castagne, Tielemans, Ndidi, Thomas, Perez, Vardy, Iheanacho.

Subs: Morgan, Maddison, Albrighton, Ward, Amartey, Choudhury, Ricardo Pereira, Mendy, Praet.

Referee: Michael Oliver (Northumberland).

BACA:  Berang Dituduh Atur Perlawanan, Conte Gelar Mourinho Sebagai Talam Dua Muka