Perlawanan kedua separuh akhir FA Cup terus berlangsung di Stadium keramat England, Stadium Wembley menemukan Manchester United dan kudapan mereka musim ini, Chelsea.
Arsenal terlebih dahulu mara ke final selepas mengejutkan juara bertahan Manchester City dengan kemenangan dua gol tanpa balas hasil jaringan Pierre-Emerick Aubameyang.
Kemaraan Arsenal ke final FA Cup mengukuhkan lagi status mereka sebagai pasukan paling berjaya di kejohanan ini dengan 13 gelaran daripada 20 perlawanan akhir.
Once players, now managers…
LET'S GO 🤩#EmiratesFACup #MUNCHE pic.twitter.com/cNcSxPetpZ
— The Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) July 19, 2020
Ole Gunnar Solskjaer dan Frank Lampard yang kelihatan ceria dirakam menghantuk penumbuk tanda bersalaman normal baru sebelum perlawanan bermula.
Selepas sepak mula Manchester United tampak lebih baik sebelum bermain seperti meminta penyepak.
Chelsea pantas menyerap tekanan perlawanan dan mula menguasai perlawanan membuatkan Setan Merah banyak berkubu di kawasan sendiri.
Sesekali Setan Merah cuba menyerang dan peluang terbaik hadir melalui sepakan percuma cantik Bruno Fernandes yang berjaya ditepis penjaga gol Chelsea, Wilfredo Caballero.
Ketika perlawanan memasuki minit ke-40 satu kejadian diingini terjadi ketika perebutan bola di udara antara Giroud, Bailly dan Maguire.
Eric Bailly telah menanduk kepada Harry Maguire menyebabkan kedua pemain pertahahanan Manchester United itu terbaring di padang menahan kesakitan.
Kedua-dua pemain segera diberikan rawatan dan Harry Maguire kelihatan masih mampu beraksi selepas diberikan rawatan dan kepalanya dibalut.
Teruk kecederaan yang dialami oleh Eric Bailly dan terpaksa menerima rawatan di tepi padang selama 10 minit sebelum dikejarkan ke hospital.
Eric Bailly has been stretchered off with a head injury. Get well soon 🙏 pic.twitter.com/yZdNWiUHwO
— B/R Football (@brfootball) July 19, 2020
Eric Bailly dikeluarkan dan Anthony Martial dimasukkan, tersenyum Martial sebelum masuk mendengar kata-kata Ole Gunnar Solskjaer. Punchline padu ni.
Pengadil perlawanan, Mike Dean telah menambah masa kecederaan selama 12 minit selepas perlawanan bersambung.
Minit 45+11 separuh masa pertama menyaksikan Chelsea berjaya membuka tirai jaringan melalui satu kuisan bersahaja Olivier Giroud.
Cantik hantaran rendah Cesar Azpilicueta yang mencari Giroud yang gagal dikawal kemas Viktor Lindelof.
16 – Since his debut in the FA Cup in January 2013, Olivier Giroud has scored 16 goals in the competition – only Sergio Aguero (19) has netted more in this period. Specialist. pic.twitter.com/ru7kBveuXW
— OptaJoe (@OptaJoe) July 19, 2020
Tanpa perlu merosakkan rambut yang kemas berpomade, satu kuisan ringkassudah cukup buat Giroud membuatkan David De Gea menggelupur.
Pengulas beranggapan Lindelof dan De Gea masih boleh melakukan lebih baik untuk menafikan gol itu.
Chelsea tidak menunggu lama apabila separuh masa kedua bersambung dengan menggandakan kedudukan melalui rembatan luar kotak penalti Mason Mount.
6 – Manchester United have been eliminated from the FA Cup by Chelsea for a sixth time (including three of the last four seasons) – only Arsenal (7) have knocked the Red Devils out of the competition on more occasions. Agony. #MNUCHE pic.twitter.com/q7ldUjR8Gv
— OptaJoe (@OptaJoe) July 19, 2020
Entah apa yang difikirkan oleh Brandon William dari tepi padang apabila melambung bola ke tengah yang pantas di sambar Mount.
Tanpa dikawal Mount menggunakan masa yang ada membawa bola sedikit kehadapan sebelum melepaskan rembatan.
Tidaklah kencang sangat rembatan Mount tapi sudah cukup untuk menewaskan De Gea yang kelihatan dungu di gawang dalam perlawanan ini.
18 – No player has scored more goals in all competitions for Frank Lampard in his managerial career than Mason Mount (18). Entrusted. pic.twitter.com/BWjqgi5t06
— OptaJoe (@OptaJoe) July 19, 2020
Untuk mengejar kedudukan dan menambah sengat Ole memasukkan Paul Pogba dan Mason Greenwood.
Dua gol tampak tidak cukup untuk Chelsea yang masih dahagakan gol tambahan dan memaksa De Gea kembali bermain bola menyelamatkan gawang.
Manchester United terus mencuba dan semakin mencuba semakin buntu untuk mencari gol.
Chelsea tampak terus yakin dan kehadiran gol ketiga terus menambah keyakikan mereka untuk ke final.
14 – Chelsea have reached their 14th FA Cup final; indeed, only Arsenal (21 including 2019-20) and Manchester United (20) will have made the final on more occasions than the Blues.
Triumphant. #MNUCHE pic.twitter.com/HEXxw4YduE— OptaJoe (@OptaJoe) July 19, 2020
Hantaran silang Marcus Alonso mencari Rudiger namun sempat dipintas Maguire dengan satu tolakan ke gawang sendiri.
Kali ketiga De Gea tertewas dan kali ini dikaki rakan sepasukan.
Frank Lampard dan anak buahnya tidak lagi rela digelar sebagai ‘perempuan simpanan’ Setan Merah yang sebelum ini asyik diratah semahunya.
17 – Since his debut for Man Utd in February, Bruno Fernandes has been directly involved in more goals in all competitions than any other Premier League player in this period (9 goals, 8 assists). Consolation. pic.twitter.com/0DY33qDWLA
— OptaJoe (@OptaJoe) July 19, 2020
Gol yang dicari Manchester United akhirnya tiba apabila Callum Hudson-Odoi menjatuhkan Anthony Martial di dalam kotak penalti.
Bruno Fernandes mudah menjaringkan gol itu dengan menghantar bola ke kiri gawang. Gol saguhati.
Selepas memberikan gol saguhati kepada Setan Merah, Chelsea sekadar berpoco-poco sahaja menunggu perlawanan tamat.
Chelsea mara ke final FA Cup buat kali ke-14 dalam sejarah kelab dan bakal muncul juara kerana Arsenal lawan di final.
Tiada apa yang perlu dikesalkan oleh Setan Merah dalam perlawanan ini kerana tiga gol Chelsea terhasil kerana kemurahan hati pemain sendiri.
Kesebelasan Utama Manchester United 1-3 Chelsea
Manchester United lineup: De Gea, Wan-Bissaka, Bailly, Lindelof, Maguire, Williams, Matic, Fred, Fernandes, James, Rashford
Subs: Romero, Fosu-Mensah, Andreas, Mata, McTominay, Pogba, Greenwood, Ighalo, Martial
Chelsea lineup: Caballero, Azpilicueta, Rudiger, Zouma, James, Jorginho, Kovacic, Alonso, Willian, Giroud, Mount
Subs: Kepa, Christensen, Tomori, Emerson, Loftus-Cheek, Hudson-Odoi, Pedro, Pulisic, Abraham