FA Cup Suku Akhir: Leicester City 0-1 Chelsea

Sebelum ini skuad Chelsea tidak berpeluh menyingkirkan sang penakluk dunia Liverpool, dari saingan Piala FA.

Minggu lalu mereka berpeluh menewaskan Manchester City untuk membantu Liverpool mempercepatkan urusan penabalan sebagai Juara saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Chelsea dijadualkan bertemu Leicester City yang telah mara ke peringkat suku akhir saingan Piala FA selepas menewaskan Birmingham City di pusingan 16 terbaik.

Chelsea berkunjung ke King Power Stadium dengan megah selepas berjaya menewaskan bekas Juara premier league musim lalu Manchester City.

Perlawanan bermula dengan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi tiada sebarang gol awal yang terhasil.

Emerson Palmieri kelihatan sangat gugup dan sering membuat kesilapan berbahaya yang mungkin boleh mengundang padah buat pasukannya.

Kedua-dua pasukan diuji beberapa kali dan kedua-dua mereka cemerlang menjaga gawang gol masing-masing dari dibolosi.

20 minit terakhir babak pertama perlawanan berjalan dengan agak membosankan dan tiada gerakan berbahaya yang berjaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan Frank Lampard telah membuat tiga pertukaran serentak sebaik masuk babak kedua perlawanan.

Kemasukkan Ross Barkley memberi impak positif dalam unit serangan pasukan Chelsea dan mereka beberapa kali berjaya untuk menguji gawang gol Kasper Schmeichel.

Pada minit ke-63, hasil hantaran lintang dari Willian, Ross Barkley bijak menolak masuk bola menerjah gawang gol Leicester bagi memberi jaringan kemenangan untuk pasukan Chelsea.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan tiada sebarang gol yang berjaya dihasilkan sehingga tamat perlawanan.

Chelsea berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala FA untuk bertemu Manchester United.

Senarai Pemain Chelsea dan Leicester City:

Pemain utama Leicester City

Kasper Schmeichel, James Justin, Johny Evans, Caglar Soyuncu, Ben Chilwell, Wilfred Ndidi, Ayoze Perez, Dennis Praet, Youri Tielemans, Harvey Barnes, Jamie Vardy.

Pemain simpanan

Danny Ward, Christian Fuchs, Ryan Bennet, Wes Morgan, Nampalys Mendy, Demarai Gray, Hamza Choudhury, Marc Albrighton, Kelechi Ihianacho.

Pemain utama Chelsea

Willy Caballero, Reece James, Antonio Rudiger, Kurt Zouma, Emerson Palmieri, Mason Mount, Ngolo Kante, Billy Gilmour, Christian Pulisic, Tammy Abraham, Willian.

Pemain simpanan

Kepa Arrizabalaga, Marcos Alonso, Cesar Azpilicueta, Ross Barkley, Jorginho, Mateo Kovacic, Ruben Loftus Cheek, Olivier Giroud, Pedro.

BACA:  Hudson-Odoi Hantar Permohonan Rasmi Untuk Berpindah, Morata Hampir Sertai Atletico Madrid