FA Cup Suku Akhir: Leicester City 3-1 Manchester United

Saingan FA Cup bagi musim 2020/21 kembali bersambung di peringkat separuh akhir dan pertemuan antara Leicester City menentang Manchester United menjadi tumpuan kerana menemukan pasukan yang hampir setara.

Turun menentang Leicester City sudah pasti berbaloi untuk ditunggu oleh para pembenci Manchester United kerana kemampuan yang ada pada The Foxes dan itulah yang terjadi dalam perlawanan ini.

Dalam perlawanan ini satu keanehan terjadi dengan pemilihan para pemain yang telah dibuat oleh Ole Gunnar Solskjaer yang merehatkan beberapa pemain utama.

Bruno Fernandes, Scott Mctominay dan Luke Shaw direhatkan dan Anthony Martial diberikan peranan penting seperti biasa untuk menjadi pemerhati di dalam padang.

Agak menghairankan kerana Ole Gunnar Solskjaer tidak menurunkan barisan terkuat kerana ini perlawanan terakhir sebelum rehat untuk perlawanan antarabangsa.

Kau pelik ke tak? Jika menang sudah pasti Ole Gunnar Solskjaer akan menjadi seorang yang genius namun itu tidak terjadi.

Donny Van De Beek yang jarang diberikan peluang untuk beraksi menggantikan peranan Bruno Fernandes. Entah kenapa Ole mengambil risiko ini.

Tempoh 20 minit pertama permainan agak membosankan dan Manchester United bermain dengan sangat tidak lancar tertutama di bahagian tengah.

Gol Kelechi Iheanacho telah membuka mata dan menyegarkan kembali mata yang hampir kuyu yang disebabkan lawak bukan-bukan dari Fred.

Serangan yang tidak berbahaya Leicester City berjaya dipatahkan dengan mudah. Harry Maguire menghantar bola kepada Fred untuk merencanakan serangan.

Namun Fred memilih sebaliknya dengan membuat hantaran ke belakang kepada Dean Henderson selepas pemain Leicester City datang menekan.

Tolakan bersahaja Fred itu nyata lemah dan kelajuan bola itu tidak cukup untuk sampai kepada Dean Henderson.

Kelechi Iheanacho datang dengan deras untuk menyambar dan melarikan dari Dean Henderson yang ibarat rimau datang menerpa.

Larian bola Kelechi Iheanacho berjaya dan gawang sudah terbuka luas untuk Iheanacho membuat satu tolakan mudah untuk gol pendahaluan Leicester City.

Selepas kejadian itu, Fred dapat dilihat bersungguh-sungguh mengejar bola seperti mahu menebus kesilapan.

Mason Greenwood menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-38 selepas hantaran Paul Pogba telah dibodohkan dengan satu dummy dari Donny Van De Beek.

Aksi mengelirukan Van De Beek itu menyebabkan bola selamat ke kaki Mason Greenwood yang terus melepaskan rembatan.

Mungkin itulah satu-satunya momen dari Van de Beek dalam perlawanan ini sebelum dikeluarkan.

Bersambung 7 minit permainan babak kedua menyaksikan Leicester City kembali dihadapan dengan satu rembatan padu dari Youri Tielemans.

Ole seperti biasa tidak panik namun telah melakukan empat pertukaran serentak pada minit ke-64.

Namenja Matic, Paul Pogba, Donny Van De Beek dan Alex Telles dikeluarkan dan Bruno Fernandes, Scott McTominay, Luke Shaw dan Edison Cavani masuk.

Namun kehancuran telah terjadi dan kemasukan pemain ini tidak merubah apa-apa dengan permainan terus kelaut. Cuma nampak lebih menyerang dan tidak berbahaya langsung.

Dikala Manchester United cuba mencari gol penyamaan, Scott McTominay telah memberikan sepakan percuma kepada Leicester City yang menjadi punca gol ketiga.

Kelechi Iheanacho menjaringkan gol ketiga melalui satu sundulan tajam selepas McTominay gagal mengawal kemas pemain yang licik itu.

Pengulas mula menyebut mengenai comeback yang pernah dan mampu dilakukan Setan Merah namun tidak dalam perlawanan ini.

Leicester City berjaya mara ke separuh akhir FA Cup buat pertama kali dalam tempoh 39 tahun, perlawanan ke-100 Brendan Rodgers selaku pengurus dan kali terakhir mereka layak pada musim 1981/82.

The Foxes telah tewas dalam kelima perlawanan suku akhir FA Cup secara berturut-turut sehinggalah kemenangan ke atas Manchester United yang sayur.

Leicester (3-4-1-2) Schmeichel; Fofana, Evans, Soyuncu; Albrighton, Ndidi, Tielemans, Castagne; Perez; Iheanacho, Vardy.

Substitutes: Ward, Daley-Campbell, Amartey, Fuchs, Thomas, Mendy, Choudhury, Praet, Leshabela.

Man Utd (4-2-3-1) Henderson; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Telles; Fred, Matic; Greenwood, van de Beek, Pogba; Martial.

Substitutes: De Gea, Shaw, Tuanzebe, Williams, Amad, Bruno Fernandes, James, McTominay, Cavani.

Referee Andre Marriner.

BACA:  EPL: Dua Gol McTominay Bantu Man Utd Tewaskan Chelsea Di Old Trafford