FA Cup Suku Akhir: Norwich City 1-2 Manchester United

Pasukan paling hebat dalam peradaban sejarah bola sepak, Manchester United berjaya mara dan lolos ke separuh FA Cup dengan tidak bergaya sekali.

Norwich City menjadi mangsa skuad bimbingan Ole Gunnar Solksjaer dalam permainan yang penuh membosankan dan hambar seperti biasa.

Permainan separuh masa pertama berlangsung dengan penuh kebosanan sekali tanpa sebarang gol dengan Norwich City lebih banyak menekan.

Tiada sebarang percubaan tepat yang dihasilkan oleh kedua-dua pasukan. Bapak bosan.

Enam minit bersambung babak kedua menyaksikan Setan Merah berada di depan hasil jaringan jarak dekat pemain pinjaman, Odion Ighalo.

Ighalo melibas masuk bola dengan penuh bergaya menewaskan Tim Krull.

Pada minit ke-75 Todd Cantwell menyamakan kedudukan melalui satu rembatan padu namati dari luar kotak penalti. Boom! Sergio Romero tertewas.

Memasuki minit ke-89 Norwich bermain 10 orang setelah Timm Klose dilayangkan kad merah kerana memeluk Ighalo.

Tiada apa yang mampu dilakukan Setan Merah dan Norwich mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Norwich hanya mampu bertahan dan berharap perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti dengan berkampung di kawasan sendiri.

Hampir mati kutu Manchester United yang tidak power untuk memecahkan kebuntuan dengan serangan yang tidak la bahaya sangat.

Berbaki dua minit permainan, pemain pertahanan termahal dunia, Harry Maguire muncul wira dengan gol menyapu tanah.

Tim Krull yang sepanjang masa tambahan membuat beberapa aksi menyelamat mengagumkan akhirnya tewas dengan percubaan Maguire.

Musim ini merupakan separuh akhir ke-30 yang dijejaki oleh Manchester United, paling banyak dalam sejarah kejohanan FA Cup.

Begitulah kisah kemenangan tidak bergaya Setan Merah ke separuh akhir.

Mana pasukan juara Premier League disaingan FA Cup? Tanya je jangan marah.

Line Up Norwich City 1-2 Manchester United

Norwich (4-1-4-1): Krul 8; Aarons 6, Godfrey 5, Klose 6 [sent off], Lewis 6.5; Tettey 7; Buendia 7 (Duda 90 6) Rupp 6 (Hernandez 62 7.5), McLean 6, Cantwell 8 (Trybull 89 6); Pukki 5 (Drmic 71 5.5)

Subs: McGovern, Varncic, Leitner, Stiepermann, Idah

Man Utd (4-2-3-1): Romero 6; Dalot 6 (Williams 63 6) Bailly 6 (Martial 97 7), Maguire 8, Shaw 7; Fred 6 (Pogba 77 7) McTominay 6 (Matic 77 6.5); Mata 6 (Greenwood 63 6.5), Fernandes 7.5, Lingard 6 (Rashford 63 6.5); Ighalo 7.5

Subs: De Gea, Pereira, Fosu-Mensah

BACA:  Harry Maguire Ditawarkan Kontrak Baru Yang Sungguh Luar Biasa Menakjubkan