FA Cup Suku Akhir: Sheffield United 1-2 Arsenal

Dua kekalahan berturut-turut Arsenal di Premier League selepas bersambungnya kembali bola sepak England ditebus dengan dua kemenangan berturut-turut dan kali ini dalam saingan suku akhir FA Cup.

Arsenal yang mendapat jolokan lemah dan lembik mara ke separuh akhir FA Cup selepas menundukkan Sheffield United dengan penuh bergaya dalam perlawanan yang penuh dramatik.

Kemaraan Arsenal ke separuh akhir ini membolehkan mereka mencipta sejarah dan duduk bersama Manchester United sebagai kelab paling banyak mara ke separuh akhir dalam sejarah kejohanan.

Arsenal dan Manchester United merekodkan 30 kali mara ke separuh akhir FA Cup sejak dipertandingkan.

Kemenangan diraih pada penghujung perlawanan dan rasanya kemenangan perlawanan kalah mati sangat manis diraih sedemikian rupa.

Sheffield United terlebih dahulu mengejutkan Arsenal dengan gol pendahuluan seawl minit ke-8 tetapi gol dibatalakn kerana offside oleh VAR.

Pada minit ke-25, Nicolas Pepe tenang menyempurnakan sepakan penalti selepas Alexandrer Lacazette dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Selepas 12 minit bersambung babak kedua sekali lagi gol Sheffield United dibatalkan kerana offside. Nasib baik.

Namun Sheffield United tidak berputus ada malah tidak lemah dan lembik untuk menyamakan kedudukan.

Minit ke-87 menyaksikan segala usaha yang tidak mengenal putus asa Sheffield United membuahkan hasil dengan jaringan penyamaan.

David McGoldrick menolak masuk bola dari jarak dekat yang berpunca daripada lontaran ke dalam yang tidak dikeluarkan dengan kemas oleh pemain Arsenal.

Perlawanan seakan dibawa ke masa tambahan namun itu tidak terjadi.

Pemain gantian, Daniel Ceballos yang masuk menggantikan Joseph Willock menjadi wira Arsenal dengan menjaringkan gol kemenangan ketika masa permainan hampir mati.

Gol pertama Dani Ceballos dalam 18 penampilan untuk Arsenal, kali terkahir Ceballos menjaringkan gol adalah pada bulan Oktober 2019 menentang Standard Liege.

Selepas 18 perlawanan kemarau gol terus membawa Arsenal ke separuh akhir.

Kemenangan penuh bergaya Arsenal ini menemukan mereka dengan Manchester City di separuh akhir.

Line-up Sheffield United 1-2 Arsenal

Berikut merupakan kesebelasan utama serta pemain gantian Sheffield United dan Arsenal.

Starting XI Sheffield United: Henderson (6); Basham (5), Egan (6), Robinson (6); Baldock (6), Lundstram (6), Norwood (6), Fleck (7), Stevens (6); McGoldrick (7), McBurnie (6).

Substitutes Sheffield United: Berge (6), Freeman (6), Sharp (N/A).

Starting XI Arsenal: Martínez (6); Mustafi (6), Luiz (6), Kolašinac (6); Maitland-Niles (6), Willock (6), Xhaka (6), Tierney (6); Pépé (7*), Lacazette (6), Saka (6).

Substitutes Arsenal: Holding (6), Ceballos (7), Nketiah (6), Sokratis (N/A).

BACA:  Mkhitaryan: Mengapa Arsenal Adalah Kelab Impian Saya