FA England Disarankan Supaya Melantik Pep Guardiola Sebagai Pengganti Southgate

Persatuan Bola Sepak England telah disarankan supaya melantik Pep Guardiola sebagai pengurus skuad The Three Liones.

Tekanan untuk Gareth Southgate sepertinya semakin memuncak pada ketika ini, terutama sekali selepas melihat beberapa siri keputusan buruk skuad England sejak kebelakangan ini.

Skuad The Three Liones turut dibelasah 4-0 di tangan Hungary di halaman mereka sendiri sebelum ini dan ia merupakan kekalahan paling memalukan England sejak 12 tahun lalu.

Southgate turut menerima chanting negatif dari peminat yang sepertinya sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan beliau.

“Kamu tak tahu apa yang kamu sedang lakukan.”

Itulah chanting yang didengari ketika aksi yang dilangsungkan di Molineux pada bulan lalu.

Para peminat di media sosial juga turut sama meluahkan rasa tidak percaya mereka kepada kepimpinan Gareth Southgate pada ketika ini.

Para penyokong England pada ketika ini sangat berharap agar FA melantik pengurus Brighton, Graham Potter untuk menjadi pengganti Gareth Southgate.

Peminat teruja melihat corak permainan yang beliau terapkan, dan turut kagum dengan pencapaian beliau membawa Brighton mengakhiri saingan liga di kedudukan kesembilan pada musim lalu.

Walau bagaimanapun, bekas bintang England, Jack Wilshere dan Darren Bent pula tampil untuk memberikan cadangan yang lebih kreatif kepada Persatuan Bola Sepak England.

Kedua-dua mereka merasakan yang Pep Guardiola sebenarnya lebih mampu mendapatkan yang terbaik dari para pemain yang ada dalam skuad England pada ketika ini.

“Saya rasa dia boleh lakukan lebih lagi dengan pemain-pemain itu semua, separuh dari mereka bermain dalam pasukan dia!”

Jelas Darren Bent kepada talkSPORT.

“Gareth bukanlah pengurus yang lebih bagus berbanding Pep Guardiola. Separuh pemain dari skuad dia lebih kenal Pep berbanding dia kerana mereka sentiasa bersama Pep.”

“Kamu afa [Raheem] Sterling, [John] Stones, [Kyle] Walker, [Jack Grealish], [Phil] Foden, dan dia mungkin akan dapat Kalvin Phillips selepas ini – sudah enam dari mereka.”

Wilshere kemudiannya menambah:

“Saya tak rasa kita bercakap benda yang buruk tentang pengurus sekarang tapi Pep memang yang terbaik di dunia. Saya tak rasa ia boleh dilakukan sekarang tapi ke depan ini, saya rasa ia boleh berlaku. Saya boleh nampak itu.”

Kontrak Southgate bersama skuad England sebenarnya akan tamat selepas berakhirnya kempen Piala Dunia Qatar nanti.

Walau bagaimanapun, beliau sebelum ini sudah menandatangani kontrak baru bersama kelab, dan beliau akan kekal sebagai pengurus baru England hingga 2024.

Walaupun beliau sebelum ini berjaya bawa England ke peringkat separuh akhir saingan Piala Dunia dan juga aksi perlawanan akhir pertama mereka sejak 1966 dalam saingan Euro pada musim panas lalu, namun ia sebenarnya masih tak mampu meyakinkan peminat.

Ramai peminat yang telah melemparkan komen negatif kepada bekas pengurus Middlesbrough itu.

Selepas kejayaan beliau bersama skuad Barcelona dan Bayern Munich, Guardiola sudah berjaya memenangi empat gelaran Premier League bersama Manchester City.

Sejak 2016, Guardiola sepertinya berjaya mengubah kancah bola sepak Inggeris ke arah yang lebih baik.

Kontrak beliau bersama Manchester City akan tamat pada 2023 nanti, dengan Pep Guardiola sendiri pernah mendedahkan hasratnya mahu menguruskan skuad antarabangsa.

“Gareth Southgate telah melakukan kerja yang sungguh menakjubkan dan dia baru sahaja menandatangani kontrak baru, jadi tahniah.”

Jelas Pep Guardiola pada November lalu.

“Saya tak fikir tentang itu, tapi ketika saya selesai di sini, adalah menjadi satu kebanggaan untuk saya andai dapat berada di pentas Piala Dunia atau European Cup.”

BACA:  Kenali Micah Hamilton, Budak Milo Di Etihad Yang Menjadi Bintang Baharu Man City