FA Lancar Siasatan Selepas Pemain Masukkan Jari Ke Lubang Belakang Lawan

Pelik, jijik tapi benar, Nottinghamshire FA telah melancarkan satu siasatan rasmi selepas ada pemain yang telah dituduh memasukkan satu jari atau beberapa jari ke lubang belakang jubor pemain lawan ketika perlawanan.

Sudah tidak mampu difikirkan akal yang waras jika satu jari sahaja tetapi kemungkinan beberapa jari turut terlibat yang memang di luar kebiasaan ini terjadi di perlawanan Sunday League.

Insiden yang secara tepatnya berlaku pada 8 Januari, tetapi mesej daripada pasukan disiplin FA mengenainya kini telah bocor, memberikan butiran lanjut tentang apa yang terjadi.

Dalam mesej yang bocor itu, terdapat permintaan supaya kenyataan saksi dikeluarkan kepada jurulatih, pemain dan peminat yang hadir pada perlawanan itu.

Menurut Nottinghamshire Live, mesej itu berbunyi:

“Telah dilaporkan kepada kami bahawa semasa perlawanan antara [pasukan tuan rumah] dan [pasukan lawan], seorang pemain didakwa memasukkan jarinya ke dalam dubur pemain lawan.”

Nottinghamshire FA telah mengesahkan bahawa mereka menyedari kejadian itu, kemudian melancarkan siasatan, walaupun Polis Nottinghamshire tempatan mengakui mereka tidak mengetahui semua itu.

LADbible telah menghubungi Nottinghamshire FA dan Polis Nottinghamshire untuk mendapatkan ulasan lanjut bagi mengesahkan berapa jari yang terlibat sebenarnya.

Insiden serangan seksual di padang bola sepak telah dilaporkan sebelum ini, dengan FA mengeluarkan penggantungan perlawanan yang panjang ke atas pesalah.

Tahun lalu, seorang pemain bola sepak bukan Liga telah digantung sembilan perlawanan selepas didakwa meramas buah zakar bukan satu tetapi dua pemain lawan dalam satu perlawanan.

Connor Jackson telah dikenakan penggantungan sembilan perlawanan itu selepas insiden dalam perlawanan Liga Daerah Barat Laut antara pasukannya Longridge Town dan Northwich Victoria.

Walaupun Connor Jackson telah tampil menafikan bahawa dia melanggar Peraturan FA E3: Kelakuan Tidak Wajar, larangan perlawanan yang panjang masih kekal.

Insiden serupa berlaku dalam kesatuan ragbi, selepas Joe Marler dari England dibuang padang dan dikenakan penggantungan 10 minggu kerana meramas buah zakar kapten Wales, Alun Wyn Jones semasa kejohanan Enam Negara pada 2020.

Joe Marler didapati bersalah kerana ‘meramas, memutar atau memicit’ kemaluan Alun Wyn Jones dan pada mulanya diharamkan selama 12 minggu kerana melancarkan serangan cakar pemutus zuriat.

Bagaimanapun, disebabkan ‘perwatakan baik’ dan ‘penyesalan’, hukuman selama tiga minggu telah diketepikan dari penggantungannya, tetapi lagi seminggu kemudian ditambah kerana rekod disiplin Joe Marler yang lemah.

Joe Marler mengakui melakukannya tetapi menafikan bahawa dia telah ‘merangkap, memulas atau memicit’ buah zakar Alun Wyn Jones Jones, dia menerima bahawa dia melakukan perbuatan keji.

Tetapi panel di perbicaraan kesnya tidak bersetuju, jadi menghukumnya dengan penggantungan perlawanan yang panjang.

Baca Juga

Baca Juga