Fabinho Mahu Racun Mbappe Sertai Liverpool

Pemain tengah baru Liverpool, Fabinho berkata beliau akan cuba meyakinkan Kylian Mbappe untuk berpindah ke Anfield pada masa hadapan.

Fabinho pernah bermain bersama Mbappe ketika mewakili Monaco dua musim lepas. Mereka berdua berjaya membantu Monaco menamatkan dominasi Paris Saint-Germain di Perancis dengan menjuarai Ligue 1 pada musim 2016/2017.

Adakah pemenang Piala Dunia berminat untuk sertai Liverpool yang sudah sekian lama mandul tanpa sebarang trofi ?

Selain itu, Monaco juga cemerlang di peringkat Eropah dimana mereka layak sehingga peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah sebelum ditewaskan Juventus.

Berikutan prestasi cemerlang Monaco pada musim itu, beberapa pemain utama mereka telah dipancing kelab-kelab besar sekitar Eropah seperti Mbappe, Benjamin Mendy, Bernardo Silva dan Tiemoue Bakayoko.

Mbappe paling mencuri tumpuan apabila berpindah ke PSG dengan yuran perpindahan sekitar £166 juta, menjadikan beliau pemain kedua termahal dunia di belakang Neymar.

Fabinho pula memilih untuk tidak mengikut jejak langkah Mbappe dan kekal di Monaco semusim lagi. Walau bagaimanapun, tawaran dari Liverpool tiba dan Fabinho mengambil keputusan untuk meninggalkan Monaco musim panas ini dengan yuran perpindahan dianggarkan berjumlah €45 juta (£39 juta/$52 juta).

Dulu mereka berdua berkawan baik. Sekarang, Fabinho mahu racun Mbappe ke England selepas setahun berpisah

Liverpool yang bernafsu besar padap tirai perpindahan kali ini juga telah menandatangani Xherdan Shaqiri, Naby Keita dan Alisson Becker. Alisson menjadi penjaga gol termahal dunia apabila Liverpool membayar £65 juta kepada AS Roma untuk melengkapkan perpindahan tersebut.

Selepas melihat anak buahnya kecundang di perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lepas, Jurgen Klopp merasakan beliau perlu berbelanja besar untuk memantapkan skuad Liverpool bagi mencabar Liga Perdana Inggeris dan juga kejohanan peringkat Eropah.

Klopp mungkin boleh memasang impian untuk mendapatkan khidmat Mbappe kerana Fabinho akan cuba memujuk Mbappe untuk menyertai The Kop pada masa hadapan.

Mahal jugak Fabinho. Jangan jadi macam Bakayoko sudah

“Mbappe sudah berkata yang beliau akan kekal di Paris Saint-Germain musim depan. Tetapi saya akan cuba perlahan-lahan memujuk untuk datang ke Liverpool pada masa depan.”

Walaupun sudah tidak beraksi dalam satu pasukan lagi, Fabinho dan Mbappe masih berkawan rapat dan sering berkomunikasi. Ia terbukti apabila Mbappe menghantar mesej mengucapakan tahniah kepada Fabinho berikutan perpindahannya ke Liverpool.

“Kylian Mbappe ada menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan tahniah atas perpindahan saya ke Liverpool. Malangnya, saya masih lagi belum mempunyai peluang untuk mengucapkan tahniah kepada beliau atas kejayaan Perancis di Piala Dunia 2018.”

“Apa yang Perancis telah lakukan adalah perkara yang sangat fantastik, Apa yang Mbappe telah lakukan sepanjang dua tahun bergelar pemain profesional amatlah menakjubkan.”

“Beliau menjadi satu fenomena dan wajar diberi pujian. Sebaik sahaja saya mempunyai peluang, saya akan mengucapkan tahniah kepada beliau.”

BACA:  [VIDEO]: Andy Carroll Akhirnya Cetak Jaringan Tercantik Sepanjang Kariernya Dari Jarak 40 Meter