Fabinho Pemain Pertama Diikat Liverpool Bagi Saingan Musim 2018/19

Tanpa disangka-sangka dan diduga dalam diam Liverpool membuat kerja ketika dunia berbicara mengenai perlawanan akhir Champions League.

Kesilapan Karius yang kelakar teruk sehingga menambat hati Mia Khalifa serta petisyen dan saman ke atas Sergio Ramos kerana mencederakan Salah masih menjadi bualan.

Liverpool dengan penuh bergayanya lagi misteri mengumumkan bahawa mereka telah mengikat pemain baru bagi menghadapi musim 2018/19.

Liverpool Football Club (LFC) telah mengesahkan perjanjian telah dipersetujui untuk membawa Fabinho dari AS Monaco.

Fabinho merupakan pemain tengah Brazil akan secara rasminya menjadi ahli keluarga The Reds pada 1 Julai selepas menyelesaikan pemeriksaan kesihatan dan memyemak kontrak jangka panjang di Melwood.

https://twitter.com/LFC/status/1001246189004652544/video/1

“Aku sangat teruja untuk berada di kelab ini yang super hebat dan aku akan cipta sejarah disini.” Ujar Fabinho yang sudah pandai menyebut tentang sejarah.

Pemain berusia 24 tahun ini telah membuat 225 penampilan dan menjaringkan 29 gol sepanjang 5 musim bersama Monaco.

Pengurus Liverpool, Jurgen Kloop nyata teruja dengan kehadiran Fabinho.

“Beliau mempunyai keupayaan dan mentaliti untuk bermain diperingkat tertinggi dalam beberapa posisi.

Beliau boleh bermain sebagai pemain nombor ‘6’, ‘8’ atau ‘2’. Ini sangat bagus.”
Ujar Klopp.

Dengan berita ini penyokong Liverpool mula berkira-kira meletakkan Jordan Henderson di bangku simpanan dan Virgil Van Dijk menjadi Kapten.

Semangat mereka mula kembali dan melaungkan kata keramat mereka :

“Liverpool power! This is our year!”

Sungguh mudah mereka tertipu. Tetapi Tahniah Liverpool. Satu urusniaga yang bagus serta licin dan lincir.

Baca Juga

Baca Juga