Fabregas : Cinta Saya Terhadap Arsenal Tetap Tidak Berubah

Menjelang perlawanan Community Shield hujung minggu ini, Fabregas dilihat mencuba mengambil hati penyokong Arsenal dengan mengatakan rasa cintanya terhadap Arsenal tidak pernah berubah.

“Apapun yang jadi, dah pun jadi. Rasa cinta saya terhadap kelab ini tidak akan pernah berubah dan apa yang penting, memori (bersama Arsenal) akan terus bersemadi bersama saya.”

during the Barclays Premier League match between Chelsea and Sunderland at Stamford Bridge on May 24, 2015 in London, England.
Fabregas bersama Chelsea berjaya memenangi Liga Inggeris

“Saya tak kisah perkara lain. Saya mempunyai kenangan terindah, kasih dan  rasa hormat terhadap kelab ini. Anda tak akan pernah dengar cakap-cakap buruk dari saya mengenai mereka.”

“Memang ini bukan perlawanan terpenting (Community Shield) tapi kami tetap mahu bersaing dan menang. Ia adalah satu perlawanan besar, perlawanan derby London di Wembley di hadapan semua penyokong – akan menjadi satu perlawanan menarik untuk disertai.”

“Malah dalam perlawanan pra musim pun kami masih mahu menang. Kami tak risau walaupun Arsenal mungkin lebih cergas dari kami memandangkan mereka memulakan latihan pra musim 10 hari lebih awal dari kami, tapi kami adalah pahlawan bugis, dan kami mahu menang. mungkin perlawanan ini nanti akan menjadi satu perlawanan yang menarik.”

Sebagai rekod, Fabregas berjaya memenangi medal Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea musim lalu dan muncul sebagai pemain paling banyak melakukan assist.

Baca Juga

Baca Juga